Wednesday, March 24, 2010

Saudaraku dari England

Uncle Amiruddin, pendeknya Uncle Mer (adik Abahku) sejak remajanya telah merantau ke England. Banyak pengalaman yang ditimba di sana. Dari membaiki kereta seorang Inggeris yang rosak, sehinggalah kini membuka perniagaan (kalau tak silap) di pinggir kota London. Uncle Mer berkahwin dengan seorang wanita Scotland di sana,namanya Agnes. Sehingga kini mempunyai 2 orang cahayamata iaitu Abraham dan Monica.

Bulan lepas, mereka kembali ke Malaysia selepas lebih 14 tahun. Semuanya telah berubah sejak kali terakhir berjumpa. Abraham telah berkahwin dengan gadis dari Bangladesh dan mempunyai seorang anak lelaki. Monica pula dengan orang Tunisia dan seorang anak lelaki dan seorang perempuan.

Auntie Agnes kalau bercakap, sepatah pun tak paham. Loghat Scotland ni pelik sikit. Kalau water ni disebut 'waahdeh'. Uncle Mer jika 14 tahun lepas langsung tak pandai cakap Melayu. Agak pelik juga bagaimana Uncle boleh lupa mother tougue yang ditutur sejak kecil sehingga remaja. Tapi baru ni Alhamdulillah, Uncle dah fasih semua berbahasa Melayu, tapi dgn loghat Pahang le..pekt le pulok..

Anyway, seronok juga mereka sudi berkunjung ke rumah kami di Mentakab. Uncle Mokhtar le jadi tourist guidenya. Mereka mai sini sambil jalan-jalan la, mereka plan ke Langkawi, Tioman, National park..banyak lagi la..yang penting, percutian mereka adalah close to nature. Bandar tak main la, sana lagi hebat..



No comments: