Friday, June 4, 2010

Ya Allah..Hancurkanlah Israel

Tengahari tadi berlangsungnya tunjuk perasaan besar-besaran bermula Masjid Kg Baru untuk menentang serangan Israel ke atas flotilla bantuan ke Gaza. Tahniah diucapkan kepada yang menghadiri perhimpunan tersebut, anda semua sememangnya pejuang atau sekurang-kurangnya simpatisan tulen kepada perjuangan Islam. Namun agak mengecewakan juga apabila ada sebuah lagi parti politik dan beberapa perhimpunan NGO mengadakan perhimpunan lain pula yang akhirnya hanya dihadiri hanya 200 orang! Nak sangat kan..Sepatutnya untuk menunjukkan kekuatan perpaduan dan ukhuwah dalam Islam, join je le perhimpunan di Kg Baru. Tapi tidak, nak jugak perhimpunan lain kononnya. Mujurlah umat Islam memilih perhimpunan yang mungkin lebih 'ikhlas' dalam soal ini.

Saya juga setuju kita perlu memboikot produk Israel sebagai satu langkah yang paling 'terdaya' kita lakukan. Namun kita semua perlulah bersatu hati. Ini tidak, sesetengah bersungguh, selebihnya hanya sekadar menunjuk untuk seminggu dua. Bila isu reda, mulalah membeli Loreal atau makan di Starbucks atau McD.

Hmm, sebut tentang McD, hari ni 4 muka penuh Harian Metro memaparkan sumbangan McD kepada masyarakat khususnya Melayu sehingga lahirnya 3-4 orang usahawan yang kononnya berjaya di bawah syarikat itu. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilainya. Namun pelik juga, iklan sebegini jarang kelihatan pada hari-hari 'biasa'. Kali terakhir kita melihat iklan sebegini 2-3 selepas Gaza dibom Israel. Mengapa ya??? Risau le tu..hehe. Apapun saya menyeru rakan-rakan seMuslim, tunjukkan perpaduan dan satu-hati kita dengan memboikot mereka semua. Biarlah ada orang Islam kerja di McD pun, kita mesti tunjukkan kita mampu hidup dan tak mati kelaparan tanpa McD!

No comments: