Saturday, July 3, 2010

Germany bukti disiplin mampu atasi glamer


Nampaknya pasukan pilihanku di WC kali ini, Germany terus mengganas! Kali ini mangsanya adalah Argentina yang tumbang 0-4. Sebelum ni Germany membelasah England 4-1. Saya melihat kedua-dua perlawanan, satu perkara yang dapat disimpulkan adalah taktik dan strategi perlawanan mengatasi skill atau kemahiran individu. Argentina dan England 'kononnya' pasukan glamer dengan pemain-pemain yang cukup popular dan poster mereka sering menghiasi dinding bilik gadis-gadis seperti Wayne Rooney, Frank Lampard, Carlos Tevez, Lionel Messi dan yang terkini Gonzalo Higuain (wife aku pun minat mamat ni..hehe). Sedangkan Germany hanya dibarisi pemain muda yang kurang dikenali dan rata-ratanya beraksi dalam Bundesliga sahaja, bukan liga yang lebih hangat seperti Seria A atau EPL.

Tetapi kemenangan konkrit Germany ke atas kedua-dua pasukan itu membuktikan disiplin dan kerja keras mampu mengatasi populariti dan mulut 'sombong' Maradona yang sebelum ini memperkecilkan keupayaan Germany. Malah beliau berani mengatakan semi finalis tahun ini akan dikuasai kesemuanya dari Amerika Latin. Pasukan seperti Brazil, Argentina dan England sering dilihat handal terutamanya peminat di Malaysia, namun hakikatnya mereka semua 'overrated' yakni diangungkan tanpa melihat pencapaian sebenar.

Namun takdir menentukan hanya Uruguay yang bernasib baik, itupun dengan bantuan 'tangan tuhan' Luis Suarez yang sengaja menampan bola dari pemain Ghana. Yang lain, baik Brazil, Argentina mahupun Paraguay kesemuanya tersungkur.

Tahniah Germany, walaupun anda muda dan sering diperkecil, anda mampu sampai ke tahap ini. Tahniah Oezil, tahniah Mueller, tahniah Scweinsteiger, tahniah Klose dan Podolski dan semuanya.

No comments: