Wednesday, August 8, 2012

How can?

Only two posts in 2012?! How bad..It's not easy in writing blog right? You have to think the ideas, the words, the best deliverance to your loyal readers and accessor. Sometimes you already got the things to write, but right in front of the screen, it is all lost.

It's been nearly four years since i open this stuff, now i realized that is not as simple as you think. I prefer sharing my thoughts in anything, you name it, politics, religion, economics, shopping, food..but i ain't that active. That's a lot of things happen nowadays in our country, but it just me find it so hard to express it.

Why i wrote this post? I don't know. Maybe to show that this blog has come to it's crossroad. Either it's take it or leave it. See you again my friends.

Tuesday, March 13, 2012

Mahindra Scorpio 2.0 (2005), good condition, very nice drive

Saya ingin menjual kenderaan Mahindra Scorpio 2.0 yang dibeli pada 2005. Masih dalam keadaan yang sangat baik.
Ciri-ciri kenderaan ini :
Tahun beli : 2005
Warna : Hijau
Status Pemunya : Persendirian
Gear : Manual
Alat Ganti : Mudah dicari di USF-Hicom
Tempat duduk : 7 (selesa)
Lain-lain : Lampu spotlight, besi penghadang hadapan
Tidak pernah terlibat dengan kemalangan. Pemandu sebelum ini seorang pesara kerajaan (bekas pengetua sekolah). Tiada saman yang masih tertunggak. Amat selesa untuk dipandu.
Harga boleh dirunding jika benar-benar berminat.
Hubungi saya Ahmad Wiraputra Bin Selamat di nombor HP 0126784415 atau e-mel a_wiraputra@yahoo.com.

HARGA : RM29000 (MASIH BOLEH DIRUNDING)

Sunday, January 1, 2012

SIAPA SEDANG MENANG DI SELANGOR?

Ada 2 program di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan pada malam tahun baru. Satu dianjurkan oleh BN iaitu Karnival Sayangi Selangor dan satu lagi anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Countdown 2012.

Karnival BN sarat dengan mesej politik serta hiburan manakala PR memenuhkan agenda majlisnya dengan ilmu dan hiburan Islam. Ini terbukti apabila malam sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan sarat dengan majlis agama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Jumlah pengunjung, rakyat boleh nilai sendiri. PR claim majlisnya dihadiri 80000 pengunjung. BN pula claim ada 250000 pengunjung. 250000 tu sepanjang hari, malam tu berapa ramai pun kita tak pasti. Apapun, kedua-dua event serentak di Shah Alam ini menguji sejauh mana kekuatan PR dan BN di Selangor. Mungkin kerana ramai penganalisis politik menjangka Selangor adalah negeri yang paling menjadi rebutan serta amat 50-50 kedudukannya. Negeri lain dijangka status-quo, yang mana PR mungkin akan mempertahankan negeri-negeri mereka seperti Kelantan, Kedah dan P.Pinang, begitu juga BN. Cuma ramai juga yang berpendapatan, Perak mungkin akan jatuh kembali kepada PR, wallahu a'lam.

Hanya Selangor sahaja yang belum pasti. Sama-samalah kita saksikan.

Saturday, December 31, 2011

Catatan 2 jam selepas 2012

Tahun baru datang lagi. Aku tak begitu peduli pun sebenarnya. Ketika menulis ni pun aku hanya duduk di rumah dengan my lovely wife dan anak-anakku yang comel. Tidak kemana-mana untuk melihat konsert tahun baru, percikan bunga api atau pergaulan bebas anak-anak muda pada detik jam 12 1 Januari 2012.

Apapun, kita kini telah berada di tahun baru. Kena biasalah menulis tarikh dengan tahun yang baru, dan 'kononnya' mencipta lagi azam baru 2012. Pada aku, azam itu tidak memerlukan tahun baru, bila-bila pun boleh buat azam kan.

2011, banyak peristiwa pahit manis ke atas diriku sebenarnya. Yang paling tidak dapat dilupakan pastinya keberangkatan almarhum abahku menemui Allah S.W.T. pada 27 Mei 2011, hari Jumaat. Satu peristiwa yang amat sedih untuk ku ingati semula, dan aku teringat abahku selalu berpesan "Kematian itu suatu yang pasti, oleh itu bersedialah membuat amal sebelum mati".

Kematian abahku menjadikan diriku sebagai ketua keluarga pada masa kini kerana aku adalah anak lelaki yang tertua. Aku juga bertanggungjawab menguruskan pusaka peninggalan almarhum yang sehingga kini masih belum diterima surat kuasa mentadbir untuk pembahagian harta. Harap esok lusa surat itu sudah sampai ke peti pos di Mentakab. Bukan apa, harap segala urusan berkaitan pusaka dapat diuruskan dengan cepat.

2011 juga menyaksikan kami berhari raya buat pertama kalinya tanpa abah tersayang. Aku teringat setiap kali hari raya, kami akan bangun seawal yang boleh untuk solat subuh berjamaah sekaligus bertakbir raya bersama-sama sehingga jam 7.00 pagi. Masa untuk tidur balik pun dan takde, terpaksalah mandi terus dan bersiap-siap untuk masjid bagi mengerjakan solat raya. Abahku selalu berpesan agar tradisi ini diteruskan sehinggalah ke anak cucu dan seterusnya. Insya Allah abah, Insya Allah.

Tahun lepas juga antara tahun yang paling sibuk bagi diriku kerana 2 perkara, pekerjaan dan pengajianku. 2011 merupakan tahun pelajar PJJ di kalangan guru mula mendaftar. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem MyGuru2 kerana mereka hampir tiada pembelajaran bersemuka dan perlu berkomunikasi dengan pensyarah secara atas talian. Memang memenatkan apabila sistem yang kecil perlu digunakan oleh 7000 pelajar secara aktif. MyGuru2 mula merasai bebannya apabila pelajar PJJ secara serentak perlu memuatnaik latihan dan tugasan masing-masing kepada pensyarah dalam masa 2 hari sahaja. Pada pertengahan Jun 2011, MyGuru2 hampir sepenuhnya 'down'!

Pelbagai cara dilakukan untuk meringankan sedikit bebanan sistem MyGuru yang ditadbir olehku. Antaranya disarankan MyGuru diletakkan ke dalam Cloud, yang mana sistem ini khas untuk pelajar PJJ sahaja. Kertas cadangan projek dihantar ke Pusat ICT pada bulan Julai lagi, tetapi Cloud hanya sepenuhnya direalisasikan pada 12 Disember 2011. Alhamdulillah. Kejayaan terbesar bagi diriku tahun ini adalah berjaya menaikkan MyGuru ke awan biru!! Viva MyGuru3

PJJ memberi bala dan rahmat buatku. Bala kerana beban kerja yang satu ketika sampai tak boleh nak lelapkan mata. Rahmat pula kerana melalui PJJlah, aku dan pasukan MyGuru2 berjaya mengesan pelbagai kelemahan sistem yang perlu ditambahbaik dan diperbaiki. Kerja keras kami dalam menjadikan MyGuru2 lebih robust dan stabil membuahkan hasil apabila kami menang beberapa anugerah di peringkat kebangsaan seperti PECIPTA 2011 (Gangsa), Anugerah Inovasi KPT (bersama SMBU), Anugerah Inovasi Negara (AIN) dan Anugerah Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam (MyGOSS). Januari ni boss minta masuk Malaysian Tech Expo (MTE) pulak. Peerggg, x sempat nak rehat, kerja lagikk.

Selain tu, aku juga merasa bangga apabila berjaya membawa kumpulan KIK Pusat ICT yang bernama i-Ray menjadi johan keseluruhan KIK peringkat UPSI. Ini percubaan ketiga i-Ray, yang pertama gagal, kedua gagal, yang ketiga bukan sahaja menang, malah tempat pertama terus menewasakan jagoan KIK seperti Perpustakaan dan JPPHB UPSI.

Alhamdulillah, 2011 menyaksikan aku dan keluarga amat bahagia dan sihat walafiat. Anak-anakku Amanda dan Rayyan dan makin besar dan makin comel (juga semakin lasak). Isteriku juga semakin cun:-) Kadangkala aku fikir, Allah telah memberikan kehidupan yang indah, walaupun aku bukanlah se 'alim' mana. Bila terfikirkan sebegitu, aku jadi insaf dan sebak, kerana memikirkan Allah yang Maha Pemurah begitu bermurah hati dengan diriku. Aku sentiasa berdoa akan hari-hariku akan datang sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan kebahagian kepada aku dan keluarga serta dimantapkan iman dan takwa dalam jiwaku. Tahun baru atau tidak, tak penting, yang penting adalah esok mesti lebih baik dari hari ini dan hari ini mesti lebih baik dari semalam

Wednesday, November 30, 2011

Trip ke Bandung-Jakarta

Baru-baru ini saya dan bos berpeluang ke kota Bandung dan Jakarta Indonesia bagi menghadiri persidangan ICEL 2011 dan berjumpa dengan beberapa organisasi dan perusahaan di sana bagi membincangkan tentang Cloud Computing. Hasil dari perbincangan agak memberangsangkan dan mungkin akan wujud kerjasama menang-menang antara kami di UPSI dengan PT. Acityapura Karya Nagara dan beberapa kolej di sana.

Indonesia mempunyai 200++ juta penduduk. 28 juta sahaja tinggal di Kota Jakarta. Bayangkan seluruh rakyat Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), dikumpulkan ke Negeri Sembilan. Padat kan. Begitulah keadaannya Jakarta. Namun bilangan pelajar dan sumber alamnya juga amat tinggi.

Open University Malaysia (OUM) mungkin mempunyai kurang 30000 pelajar, tetapi Open University di sana ada 500000 pelajar! Atas sebab itu, pihak kami ke sana bagi mencari peluang mengkomersilkan sistem serta kaedah penyelenggaraan sistem seperti Cloud bagi manfaat bersama. Indonesia walaubagaimanapun tidak kalah dengan sistem maklumat serta infrastruktur komputer, namun ada perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam menangani jumlah penduduk yang terlampau ramai serta teramat-amat jauh satu sama lain. Bayangkan di Open university, pelajar mereka mungkin ada di Medan Sumatera, Pontianak di Kalimatan, Ujung Padang di Sulawesi mahupun Jayapura di Irian Jaya. Sedang kita di sini nak uruskan pelajar PJJ di negeri Kedah atau Perlis pun sudah kelam kelibut, inikan pula mereka.

Selain urusan kerja, kami juga berpeluang berjalan-jalan dan melawat beberapa tempat menarik (dan teramat sangat menarik jika ada perempuan yang suka shopping) seperti Pasar Baru, Rumah Mode dan beberapa factory outlet di Bandung. Di Jakarta pula ada Tanah Abang dan Mangga Dua. Kesemua menjual barangan dan pakaian dengan harga yang sangat murah berbanding Malaysia. Bayangkan telekung bersulam yang cantik dengan kain yang halus mulus boleh dijual dengan harga Rp220.000 (RM76.00) sedangkan di negara kita, harganya mungkin mencecah RM200.00. Kain satin dengan kain sulam untuk buat baju, saya beli untuk ibu mertua Rp70000 (RM24.00), ibu kata di Malaysia mau dekat RM100. Tidak hairanlah ada kawan yang boleh ke Bandung pagi balik petang, hanya untuk membeli kain dan menikmati makanan ala-Sunda di sana.

Risau juga kerana kami ke sana betul-betul 3 hari selepas Timnas bola Indonesia tewas kepada Malaysia di Final Sukan Sea. Manalah tahu sentimen kebencian terhadap Malaysia masih menebal dan kami menjadi mangsanya. Namun sangkaan saya meleset sangat-sangat, kerana mereka melayan dan menyambut kami di mana-mana pun dengan sangat baik dan penuh sopan santun. Inilah kelebihan Bandung. Bandarnya tidak semaju KL, tetapi hospitaliti dan layanan mereka kepada tetamu adalah first class.


Seorang rakan yang kebetulan kami jumpa pergi ke Bandung hanya untuk bermain golf. Apabila saya tanya "di Malaysia kan banyak padang golf, kenapa tak main di sana je".

Rakan tersebut menjawab "Orang Malaysia layan tetamu seperti kawan, tapi orang Bandung layan tetamu seperti raja".

Memang kena juga sebab Indonesia sudah tidak beraja. Oleh itu mereka boleh melayan sesiapa sahaja seperti Raja. Tidak hairanlah jika saudara saudari ke Bandung, jika ke Pasar Baru, penuh dengan orang kita di sana. Bukan sahaja kerana harga kain yang murah, tetapi layanan dan makanannya pun sedap.

Apapun kita tidak seharusnya terlalu prejudis kepada mereka, kerana yang terlampau bencikan kita sehingga membakar bendera atau mengancam kita itu terlalu kecil jumlahnya. Yang ketaranya, mereka masih menganggap kita sebagai saudara seIslam dan serumpun yang layak dihormati dan dilayani dengan nyaman.
Pasar Baru, Bandung. Carilah apa saja, memang murah

Makan jap kat Pasar Baru. Ikan Gerume (Kaloi) memang amat popular. Tempe n tauhu tak boleh tinggal, sumber kekuatan orang Jawa

Rumah Mode, factory outlet

Rumah Mode lagi

Berpeluang makan di Kg Daun yang exotic

Pemandangan Bandung, macet (jam) selalu!

Bandung Plaza

Pemandangan indah dari tren Bandung-Jakarta

Menaiki tren ke Jakarta. Rp80000

Kota Jakarta Raya. Nampak tak Gelura Bung Karno

Mangga Dua

Oh ini di Ancol, seafood Bandar Djakarta, memang happening!

Monas, wajib pergi jika ke Jakarta

OTW balik Malaysia, menikmati nasi lemak yang x berapa sedap..huhu

Thursday, September 8, 2011

My Best 20 Ballads Song of All Time

Siapa kata aku tak minat muzik, walaupun nampak macam skema atau 'alim kucing'. Sejak aku Darjah 4 lagi, aku dah berjinak-jinak dengan muzik dan mula mengumpul duit dari belanja sekolah setiap hari. Hehe. Aku masih ingat, kaset yang pertama ku beli dengan wang sendiri adalah Megahit 7.  Mengapa aku beli? Sebab satu lagu je, Now & Forever dari Richard Marx. Yang lain mula dengar semua macam hampeh, tapi dah lama-lama, sedap pulak.:-)

Kemudian terdengar Still Loving You nyanyian Scorpions, sedap la pulak. Beli pulak album Scorpions. Ingat lagi, harga kaset kalau imported RM14.50, kalau tempatan RM13.90. Sejak dari tu, aku dan Adi tak henti-henti membeli kaset. Kakak mula perkenalkan aku dengan Bon Jovi, dengan lagu Always. Huh memang meletup, dan aku pun beli album Bon Jovi pertama iaitu Bon Jovi Live 'Long Way From Home'. Kenapa aku beli album ni??? Ni album live le buduzzz! Hehe, biasalah budak-budak. Masa tu tak biasa beli album, main tangkap je. Takdepun lagu Always dalam tu. Tak lama baru tahu lagu tu dalam album terkini Bon Jovi waktu 'Crossroads'. Apa lagi, tangkap.

Memanglah agak sukar nak beli kaset pada waktu tu sebab kita bukannya bekerja. Tetapi kerana minat tadi, aku telah kumpul semua album Bon Jovi dari yang pertama sampai last. Tak lama 'berkenalan' pula dengan Metallica. Aku dan Adi beli 2 album Metallica sekaligus, Ride dan Kill Em All.

Sedikit demi sedikit kami membina empayar muzik dan kaset kami sendiri, dan memilih Rock dan Heavy Metal sebagai genre. Semua kami try, ada yang terus lekat di hati, tak kurang pula yang hanya sekali sahaja dengar sampailah sekarang. Pantera, Megadeth, Iron Maiden, Sepultura, Alice in Chains, Van Halen, The Eagles, semua kami ada. Kakak pula masa tu meminati Roxette, No Doubt dan yang sewaktu dengannyalah. Apa punya taste le, tapi OK la jugak...haha

Tapi tak tahulah, betullah orang kata, zaman remaja apabila kita minat sesuatu, kita akan jadi lekat padanya. Macam aku, aku meminati muzik Bon Jovi dan Metallica pada waktu aku remaja. Namun bile meningkat usia, aku dapati muzik terkini mereka tidak lagi secocok dengan jiwa. AKu stop beli album BJ sejak Crush, begitu juga Metallica, dengar lagu dari St Anger macam nak muntah. Kadang-kadang terfikir, kerana mereka tak kekalkan sahaja apa yang mereka buat dalam Black Album atau Justice For All. Tapi itulah realitinya, evolusi muzik. Apa yang kita minat dahulu tak semestinya akan terus diminati oleh generasi akan datang. Sebab aku mungkin rakan-rakan sebaya denganku dan segenre denganku akan gelak sakan apabila ramai remaja kini meminati Justin Bieber. Adakah mereka tahu apa erti muzik??!

Aku juga ingin berkongsi 20 lagu ballad dari US yang paling aku minati sejak aku kenali muzik. Kalau korang minat atau tahu lagu-lagu ini, sahkan, jiwa korang memang secocok denganku.

(Tidak mengikut turutan)

1. Green Day - Wake me up when September Ends
2. U2 - Stuck in the moments
3. Chris Cornell - You Know My Name
4. Audioslave - Like A Stone
5. U2 - Beautiful Day

6. Metallica - No Leaf Clover
 7. Beatles - Let it Be
8. Soul Asylum - Runaway TRain
9. Bon Jovi - Always
10. Bon Jovi - This Ain't A Love Song
 11. Bon Jovi - Mystery TRain
12. Robbie Williams - Angels
13. Oasis - Don't Look Back In Anger

14. MLTR - The Actor
15. Meatloaf - I'd Lie For You
16. Savage Garden - I Knew I Loved You
17. Roxette - Almost Unreal
18. Metallica - The Unforgiven
19. MLTR - Complicated Heart
20. Poets of the Fall - Late Goodbye

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Hari ini telah masuk 3 Syawal 1432H. Raya tahun ini adalah yang pertama buat kami sekeluarga tanpa kehadiran abah tercinta. Tiada lagi takbir di rumah selepas subuh yang biasa kami buat. Tiada lagi terikan untuk kami adik beradik siap awal untuk ke masjid di pagi raya. Tiada lagi sampul khas raya dari abah untuk kami dan anak-anak. Tiada lagi persediaan khas 2 hari sebelum raya untuk membeli daging, kuih serta 20 botol air gas. Hanya inisiatif kami sahajalah adik beradik serta mama untuk membeli semua itu. Alhamdulillah, rezeki kami masih ada untuk mendapatkannya.

Apa yang boleh kami lakukan untuk abah hanyalah menziarah pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Tg Kerayong pada pagi 1 syawal. Nampak Adi tidak mampu menahan sebak dan menzahirkan tangisan, sedangkan aku hanya menahannya di dalam hati. Kakak juga sedikit sedih, tapi Mama kelihatan lebih cekal. Memang Adi lebih sentimental berbanding abangnya. Namun yang agak mengejutkan perkuburan tersebut memang mewah dan seperti kenduri yang tiada makanan. Ramai sanak saudara yang ke pusara di situ.

Aku sempat membacakan Yasin serta sedikit tahlil kepada abah. Aku membacakannya dan ingin membuktikan kepada abah, ajaran serta nasihat beliau kepadaku dan adik beradik yang lain tidak akan sia-sia. Cuma kami terlupa membawa tikar dan air untuk disiram atas pusara, maklumlah first time. Tapi Adi cepat sahaja mengambil air yang disediakan di situ oleh AJK Kubur (Tahniah..AJK Tg Kerayong memang rocks!) serta kotak-kotak air buat mengalas punggung untuk duduk.

Alhamdulillah segalanya selesai dan berjalan lancar. Sedih juga meninggalkan abah pada waktu itu seperti sedihnya meninggalkan abah sewaktu tanganku dan adikku sendiri memaut dan meletak abah ke dalam liang lahad. Perasaan yang amat sukar ku gambarkan. Perpisahan untuk selamanya di dunia. Namun jauh di sudut hati, aku gembira kerana ku yakin abah bahagia dan mendapat tempat disisi Allah jua.

Selamat hari raya Abah