Saturday, July 3, 2010

Germany bukti disiplin mampu atasi glamer


Nampaknya pasukan pilihanku di WC kali ini, Germany terus mengganas! Kali ini mangsanya adalah Argentina yang tumbang 0-4. Sebelum ni Germany membelasah England 4-1. Saya melihat kedua-dua perlawanan, satu perkara yang dapat disimpulkan adalah taktik dan strategi perlawanan mengatasi skill atau kemahiran individu. Argentina dan England 'kononnya' pasukan glamer dengan pemain-pemain yang cukup popular dan poster mereka sering menghiasi dinding bilik gadis-gadis seperti Wayne Rooney, Frank Lampard, Carlos Tevez, Lionel Messi dan yang terkini Gonzalo Higuain (wife aku pun minat mamat ni..hehe). Sedangkan Germany hanya dibarisi pemain muda yang kurang dikenali dan rata-ratanya beraksi dalam Bundesliga sahaja, bukan liga yang lebih hangat seperti Seria A atau EPL.

Tetapi kemenangan konkrit Germany ke atas kedua-dua pasukan itu membuktikan disiplin dan kerja keras mampu mengatasi populariti dan mulut 'sombong' Maradona yang sebelum ini memperkecilkan keupayaan Germany. Malah beliau berani mengatakan semi finalis tahun ini akan dikuasai kesemuanya dari Amerika Latin. Pasukan seperti Brazil, Argentina dan England sering dilihat handal terutamanya peminat di Malaysia, namun hakikatnya mereka semua 'overrated' yakni diangungkan tanpa melihat pencapaian sebenar.

Namun takdir menentukan hanya Uruguay yang bernasib baik, itupun dengan bantuan 'tangan tuhan' Luis Suarez yang sengaja menampan bola dari pemain Ghana. Yang lain, baik Brazil, Argentina mahupun Paraguay kesemuanya tersungkur.

Tahniah Germany, walaupun anda muda dan sering diperkecil, anda mampu sampai ke tahap ini. Tahniah Oezil, tahniah Mueller, tahniah Scweinsteiger, tahniah Klose dan Podolski dan semuanya.

Friday, July 2, 2010

SUKU AKHIR BEB!! BRAZIL...TOLONGLAH OUT!


Malam ini akan berlangsung perlawanan yang so far paling mengujakan dalam WC2010 ini iaitu Brazil vs Netherlands. Saya menyokong Netherlands. Kenapa? Saya memang tak suka sesebuah sukan terlalu didominasi oleh satu atau 2 negara sahaja kerana ia akan menjadikan kejohanan tersebut membosankan dan inilah yang berlaku pada badminton atau F1. Brazil telah juara 5 kali, Itali dah 4 kali, sesekali nak jugak kita lihat kegembiraan melangit negara-negara yang pertama kali menjulang piala 'kehidupan' itu.

Oleh kerana saya adalah 'kipas susah mati' kepada Germany, saya akan tetap menyokong pasukan tersebut. Tetapi jika Germany kalah, saya akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Netherlands atau Spain. Argentina still boleh terima, but not Brazil..please!!

Sesuatu yang menarik juga dalam WC kali ini, pemain muda yang menjadi tunjang pasukan. Pengalaman kurang menjadi faktor, tapi disiplin, daya usaha dan tenaga yang mampu membawa sesebuah pasukan ke final. Pemain-pemain seperti Gonzalo Higuaian, Mesut Oezil, Thomas Mueller, David Villa dan Wesley Schneijer dijangka menjadi pencorak kepada perlawanan suku akhir malam ini dan esok.

Tengok jangan tak tengok, petang ni kita beli Wise atau Lays banyak2..haha

Wednesday, June 30, 2010

7 tahun meninggalkan U

Tak sangka akan jadi student UPM, dulu selalu kutuk UPM sebagai "Universiti Penuh Manusia"

Selepas 7 tahun meninggalkan meja universiti, aku akan kembali ke sana lagi. Jika dulu UKM, sekarang dekat sikit lagi iaitu UPM. Ramai juga yang cakap, nak sambung pengajian bukannya mudah, tambah lagi jika kita dah lama kerja dan berkeluarga. Tapi nak buat macam mana, mengaji ni lagi lama kita tangguh, lagi malas kita nak sambung. Sekurang-kurangnya ada yang memberi sedikit semangat, selain isteriku sendiri, Hjh Zainab, timbalan pendaftar UPSI juga ada mengatakan, sementara tengah muda ni you sambung la. Bukan untuk gaji, kedudukan atau pangkat, tapi kerana ilmu itu sendiri. Nak mendapatkan ilmu ni seharusnya berguru, sebab tu lah you kena sambung jika ada peluang.

So, i take it all as a challenge la, demi mendapatkan segulung ilmu yang tidak ternilai. Apapun jutaan terima kasih kepada UPSI kerana sudi membantu diri ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni ini.

Siapa nak teman p UPM setiap minggu nih...:-)

Wednesday, June 9, 2010

Brotherly Love is Priceless


I have no elder brother, but i can feel the love and caring within the heart of the elder to his younger in this picture. It almost made me cry because no matter how hard their life is, they maybe in hunger, maybe hurt, the elder never forget to take care and ease his younger.

I wish their life will be better when then grown up, and the younger brother will pay the same love to his elder like what the elder did in this priceless image.

World Cup fever can work up sex appetite


The Star 9th June 2010

THE World Cup fever can affect the sex lives of couples, reported Sin Chew Daily.

Quoting a Singaporean report, the paper said that a urologist had stated that men would secrete more testosterone and adrenaline when the matches became intense.

In the report, a doctor had said that there was a higher chance of husbands having sex with their wives if the team he supported won and after he had had a few rounds of beer.

On the other hand, if the team lost, the excitement died down and the men tended to lose their “oomph” for sex.

My Quote

Wow...so hopefully my favourite team will always win, so i can keep my normal sex life. Hahaha, WC Fever! Even influences sex huh:-)

Friday, June 4, 2010

Ya Allah..Hancurkanlah Israel

Tengahari tadi berlangsungnya tunjuk perasaan besar-besaran bermula Masjid Kg Baru untuk menentang serangan Israel ke atas flotilla bantuan ke Gaza. Tahniah diucapkan kepada yang menghadiri perhimpunan tersebut, anda semua sememangnya pejuang atau sekurang-kurangnya simpatisan tulen kepada perjuangan Islam. Namun agak mengecewakan juga apabila ada sebuah lagi parti politik dan beberapa perhimpunan NGO mengadakan perhimpunan lain pula yang akhirnya hanya dihadiri hanya 200 orang! Nak sangat kan..Sepatutnya untuk menunjukkan kekuatan perpaduan dan ukhuwah dalam Islam, join je le perhimpunan di Kg Baru. Tapi tidak, nak jugak perhimpunan lain kononnya. Mujurlah umat Islam memilih perhimpunan yang mungkin lebih 'ikhlas' dalam soal ini.

Saya juga setuju kita perlu memboikot produk Israel sebagai satu langkah yang paling 'terdaya' kita lakukan. Namun kita semua perlulah bersatu hati. Ini tidak, sesetengah bersungguh, selebihnya hanya sekadar menunjuk untuk seminggu dua. Bila isu reda, mulalah membeli Loreal atau makan di Starbucks atau McD.

Hmm, sebut tentang McD, hari ni 4 muka penuh Harian Metro memaparkan sumbangan McD kepada masyarakat khususnya Melayu sehingga lahirnya 3-4 orang usahawan yang kononnya berjaya di bawah syarikat itu. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilainya. Namun pelik juga, iklan sebegini jarang kelihatan pada hari-hari 'biasa'. Kali terakhir kita melihat iklan sebegini 2-3 selepas Gaza dibom Israel. Mengapa ya??? Risau le tu..hehe. Apapun saya menyeru rakan-rakan seMuslim, tunjukkan perpaduan dan satu-hati kita dengan memboikot mereka semua. Biarlah ada orang Islam kerja di McD pun, kita mesti tunjukkan kita mampu hidup dan tak mati kelaparan tanpa McD!

Thursday, June 3, 2010

My Hari Keluarga

Sejak kerja di KTT sehinggalah UPSI, setiap tahun mesti ada Family Day. Acara ni macam dah menjadi kemestian walau ekonomi mencanak atau merudum. Sesetengahnya membawaku dan family ke tempat percutian tertentu untuk julung kali. Biasalah, ada yang menyeronokkan, tak kurang juga yang boooring.

Tahun ni kami ke Port Dickson dan menginap di Glory Beach Resort. Agak lega jugakla kerana pada awalnya kelab hanya rancang nak buat di Kalumpang Resort sebab xde bajet!! Kalumpang tu 10 km je dari UPSI, hari-hari pun boleh pergi! Tapi nasible setelah dah +-x/, kelab dapatlah meng'ajas'nya ke PD.

Bilik hotel memang nice, tapi pantainya kurang sikit je dari HAMPEH..! Mungkin locationnya yang agak dekat dengan pelantar or smthg. Makan malam pun so so je la, adalah BBQ, nasi goreng, mee, spagetti tapi sekurang-kurangnya kami semua ckup makan dan yang paling penting HAPPY:)

Namun tak tau mana silapnya acara FD kali ni macam agak kurang gempak. Tak teratur dan kurang elemen gelak-gelak. Mungkin inilah bezanya antara kita sub kan permainan FD pada hotel atau resort dengan kita arrange sendiri. Anyway, Kelab ICT dah melakukan yang terbaik. At least kita masih mampu mengadakan FD kerana banyak juga jabatan2 lain di UPSI yang belum pernah ada hari suka-suka sebegini atau hanya mengadakannya 3 tahun sekali!!

Manda yang seronok dalam air..
Adik yang sangat hencem..
Mama yang cute bangat!
Manda main pasir dengan Abah..
Bye Bye