Tuesday, October 29, 2013

Hogoh Tok Gajah!

Assalamualaikum

Memang memalukan betul aku sebagai blogger, tapi untuk 2013 ini post yang pertama. Dah nak hujung tahun dah. Tak tahulah kenapa, mungkin terlampau sibuk dengan kerja dan terlampau bahagia dengan kelaurga, blog ni pun dah berhabuk dah.

Oktober 2013, mmg bulan demam Piala Malaysia. Dan tahun ini bertambah-tambah semangat lagi kerana pasukan kesayanganku Tok Gajah berjaya mengharungi cabaran sehingga ke final. Kalau ada rezeki, Ahad ini aku, Adi dan Jeli akan ke Stadium Shah Alam. Semangat ni, dan 16 Pahang tak ke final. Sekali-sekala ni mesti tengok. Lawan pula bukan calang-calang beb, Kijang!

Tapi sebab kami sendiri pun masih belum confirm tiket, maklumlah tempah dengan orang lain, tak bolehlah nak sembang lebih2. Apapun semoga Pahang berjaya mengatasi Kelantan Ahad ini seterusnya membawa piala idaman Malaya ke negeri Pahang selepas 21 tahun.

Misi 92! Hogoh Tok Gajah!

Friday, December 21, 2012

Tempat untuk berlindung kami

Assalamualaikum

Hari ini memang agak bertuah. Tarikh cantik 21/12/2012, hari Jumaat dan dikatakan oleh kaum Mayan dan Nostradamus sebagai hari terakhir bumi ini wujud. Namun pastinya tiada apa yang berlaku kerana aku masih menulis.

Mengapa bertuah ye? Sebenarnya setelah menunggu hampir 4 bulan dari tarikh asal yang dijanjikan, kami akhirnya mendapat kunci untuk masuk ke rumah baru di Proton City. Bersyukur kepada Allah kerana akhirnya aku mampu memiliki rumah sendiri walaupun tidak sebesar mana, tapi amat cantik dan comel. Lebih dari cukup untuk aku, Lina, Amanda, Rayyan, adik Rayyan, adik adik Rayyan...

Memang menjadi impian setiap orang memiliki tempat berteduh, dan kini ianya sudah dalam genggaman. Rugi sebenarnya bayar sewa, lebih kurang RM16,000 bagi kat orang macam tu je kan.

Kunci dah dapat, tapi tak boleh nak tidur lagi. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, Gril, kabinet dapur, wiring, plumbing sikit2, astro, perabot dan banyak lagi. Makan sebulan juga rasanya nak settle. Tapi harap bulan ini adalah yang terakhir aku bayar sewa untuk berbumbung bersama keluarga.

Wednesday, August 8, 2012

TEMPAT YANG PALING AKU NAK PERGI DALAM DUNIA NI

Assalamualaikum

Kali ni ingat nak share dengan 'peminat setia' blog ini, revolusioner sekalian tempat-tempat yang paling aku nak pergi dalam dunia ni. Mungkin ramai antara kita yang teringin sangat ke London, Paris, New York, Tokyo atau bandaraya besar dunia yang lain. Sebaliknya aku lebih suka ke tempat yang lebih bersifat 'alam semulajadi' atau mempunyai kebudayaan dan geografi yang agak menarik.

Untuk itu, aku akan berkongsi 5 tempat yang paling paling paling aku nak pergi sebelum menutup mata kalau boleh. Sesetengahnya memang agak mustahil, tapi setengahnya Insya Allah, cukup fulus, boleh pegi. Hehe.

Makkatul Mukarramah dah tentu kita akan tuju. Ni tempat-tempat lain la.


1. Jerusalem

Kota bagi 3 agama (Islam, Kristian dan Judaisme). Baru ni seorang dari bekas pelajarku di KTT berpeluang ke sana. Jelesnya aku tengok dia bergambar berlatar belakang Masjid 'Dome of The Rock' yang indah itu. Minatku untuk ke kota ini semakin membuak-buak selepas bermain game 3 Roads to the Holy Land. Dari situ aku tau, Jerusalem adalah kota yang penuh dengan kebudayaan dan landskap bagi perkembangan 3 agama terbesar di dunia. Bagaimana nak kesana? Hmm, tak pastilah. Selagi Israel mencengkam kota itu, mungkin aku hanya akan ke sana dalam misi kemanusiaan kot. Takpun join je team Jejak Rasul. Hehe


2. Pulau Natuna

Natuna?? Kat mana tu. Hehe. Sebenarnya pulau tu dekat sahaja. Ia terletak di betul-betul di tengah antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Kenapa nak ke pulau ni? Saja. Ikut kata hati sahaja. Sejak dulu aku suka membaca Atlas, setiap benua aku akan perincikan. Jadi pulau ni macam menggamit sangat. Tambah lagi sejak kebelakangan ni ketika menaiki flight ke Sabah, aku akan nampak pulau ni dari atas. Jadi aku menetapkan satu hari, aku akan ke sana Insya Allah. Pulau ni terletak dalam wilayah Riau Indonesia. Memang bukan pulau pelancongan, tapi pantainya memang superb!


3. Germany

Yeah my favourite country. Jerman bukan sahaja pasukan bolasepak kegemaran tetapi juga negara yang aku sangat nak pergi. Atas faktor apa, mungkin budaya, makanan, cara kehidupan. Malah selalu terfikir untuk terus menetap di sana. Tapi aku pasti, masalah utama yang akan timbul adalah bahasa. Bahasa mereka ni bukan mcm english atau spanish. Tapi memang betul-betul lain. Contohnya TV atau televisyen, English sebut television, France sebut television, Belanda sebut televisie dan Spain sebut televisione. Tapi Jerman sebut apa tau...Fernsehen. Mai ai,  jauh betul


4. Selat Bering

Siapa kata US dengan Russia jauh? Dalam peta memang nampak kedua-dua negara 'giant' ni bertentangan, tetapi sebelah disebabkan bumi kita yang bulat, kedua-dua duduk sebelah menyebelah je. Macam jiran la. Selat Bering adalah pertemuan antara tanah besar Russia (dulu USSR) dengan Alaska di US. Menarik kan. Antara hujung ke hujung di peta dunia, di sinilah 'mereka' bertemu. Bagaimana nak kesana, entahlah. Nak kena jadi team Discovery Channel dulu kot.


5. Bhutan

Percutian eksotik. Siapa sangka negara kecil di pergunungan Himalaya ini adalah negara tempat bercuti taikun-taikun besar dunia dan artis Hollywood. Manakah tidak, negara ini mengehadkan jumlah pelancong kepada beberatus orang sahaja sehari bagi mengekalkan keaslian alam semulajadi serta kebudayaan mereka. Sebuah negara beraja yang mana Buddha menjadi agama utama, negara ini adalah Landlock, tiada pantai dan for sure tiada aktiviti perikanan. Mengapa nak ke sana? Only one word..exotic! Istananya exotic, makanan exotic, pakaian pun exotic! Pemandangan, pastinya superb!



TBC....



How can?

Only two posts in 2012?! How bad..It's not easy in writing blog right? You have to think the ideas, the words, the best deliverance to your loyal readers and accessor. Sometimes you already got the things to write, but right in front of the screen, it is all lost.

It's been nearly four years since i open this stuff, now i realized that is not as simple as you think. I prefer sharing my thoughts in anything, you name it, politics, religion, economics, shopping, food..but i ain't that active. That's a lot of things happen nowadays in our country, but it just me find it so hard to express it.

Why i wrote this post? I don't know. Maybe to show that this blog has come to it's crossroad. Either it's take it or leave it. See you again my friends.

Tuesday, March 13, 2012

Mahindra Scorpio 2.0 (2005), good condition, very nice drive

Saya ingin menjual kenderaan Mahindra Scorpio 2.0 yang dibeli pada 2005. Masih dalam keadaan yang sangat baik.
Ciri-ciri kenderaan ini :
Tahun beli : 2005
Warna : Hijau
Status Pemunya : Persendirian
Gear : Manual
Alat Ganti : Mudah dicari di USF-Hicom
Tempat duduk : 7 (selesa)
Lain-lain : Lampu spotlight, besi penghadang hadapan
Tidak pernah terlibat dengan kemalangan. Pemandu sebelum ini seorang pesara kerajaan (bekas pengetua sekolah). Tiada saman yang masih tertunggak. Amat selesa untuk dipandu.
Harga boleh dirunding jika benar-benar berminat.
Hubungi saya Ahmad Wiraputra Bin Selamat di nombor HP 0126784415 atau e-mel a_wiraputra@yahoo.com.

HARGA : RM29000 (MASIH BOLEH DIRUNDING)

Sunday, January 1, 2012

SIAPA SEDANG MENANG DI SELANGOR?

Ada 2 program di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan pada malam tahun baru. Satu dianjurkan oleh BN iaitu Karnival Sayangi Selangor dan satu lagi anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Countdown 2012.

Karnival BN sarat dengan mesej politik serta hiburan manakala PR memenuhkan agenda majlisnya dengan ilmu dan hiburan Islam. Ini terbukti apabila malam sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan sarat dengan majlis agama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Jumlah pengunjung, rakyat boleh nilai sendiri. PR claim majlisnya dihadiri 80000 pengunjung. BN pula claim ada 250000 pengunjung. 250000 tu sepanjang hari, malam tu berapa ramai pun kita tak pasti. Apapun, kedua-dua event serentak di Shah Alam ini menguji sejauh mana kekuatan PR dan BN di Selangor. Mungkin kerana ramai penganalisis politik menjangka Selangor adalah negeri yang paling menjadi rebutan serta amat 50-50 kedudukannya. Negeri lain dijangka status-quo, yang mana PR mungkin akan mempertahankan negeri-negeri mereka seperti Kelantan, Kedah dan P.Pinang, begitu juga BN. Cuma ramai juga yang berpendapatan, Perak mungkin akan jatuh kembali kepada PR, wallahu a'lam.

Hanya Selangor sahaja yang belum pasti. Sama-samalah kita saksikan.

Saturday, December 31, 2011

Catatan 2 jam selepas 2012

Tahun baru datang lagi. Aku tak begitu peduli pun sebenarnya. Ketika menulis ni pun aku hanya duduk di rumah dengan my lovely wife dan anak-anakku yang comel. Tidak kemana-mana untuk melihat konsert tahun baru, percikan bunga api atau pergaulan bebas anak-anak muda pada detik jam 12 1 Januari 2012.

Apapun, kita kini telah berada di tahun baru. Kena biasalah menulis tarikh dengan tahun yang baru, dan 'kononnya' mencipta lagi azam baru 2012. Pada aku, azam itu tidak memerlukan tahun baru, bila-bila pun boleh buat azam kan.

2011, banyak peristiwa pahit manis ke atas diriku sebenarnya. Yang paling tidak dapat dilupakan pastinya keberangkatan almarhum abahku menemui Allah S.W.T. pada 27 Mei 2011, hari Jumaat. Satu peristiwa yang amat sedih untuk ku ingati semula, dan aku teringat abahku selalu berpesan "Kematian itu suatu yang pasti, oleh itu bersedialah membuat amal sebelum mati".

Kematian abahku menjadikan diriku sebagai ketua keluarga pada masa kini kerana aku adalah anak lelaki yang tertua. Aku juga bertanggungjawab menguruskan pusaka peninggalan almarhum yang sehingga kini masih belum diterima surat kuasa mentadbir untuk pembahagian harta. Harap esok lusa surat itu sudah sampai ke peti pos di Mentakab. Bukan apa, harap segala urusan berkaitan pusaka dapat diuruskan dengan cepat.

2011 juga menyaksikan kami berhari raya buat pertama kalinya tanpa abah tersayang. Aku teringat setiap kali hari raya, kami akan bangun seawal yang boleh untuk solat subuh berjamaah sekaligus bertakbir raya bersama-sama sehingga jam 7.00 pagi. Masa untuk tidur balik pun dan takde, terpaksalah mandi terus dan bersiap-siap untuk masjid bagi mengerjakan solat raya. Abahku selalu berpesan agar tradisi ini diteruskan sehinggalah ke anak cucu dan seterusnya. Insya Allah abah, Insya Allah.

Tahun lepas juga antara tahun yang paling sibuk bagi diriku kerana 2 perkara, pekerjaan dan pengajianku. 2011 merupakan tahun pelajar PJJ di kalangan guru mula mendaftar. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem MyGuru2 kerana mereka hampir tiada pembelajaran bersemuka dan perlu berkomunikasi dengan pensyarah secara atas talian. Memang memenatkan apabila sistem yang kecil perlu digunakan oleh 7000 pelajar secara aktif. MyGuru2 mula merasai bebannya apabila pelajar PJJ secara serentak perlu memuatnaik latihan dan tugasan masing-masing kepada pensyarah dalam masa 2 hari sahaja. Pada pertengahan Jun 2011, MyGuru2 hampir sepenuhnya 'down'!

Pelbagai cara dilakukan untuk meringankan sedikit bebanan sistem MyGuru yang ditadbir olehku. Antaranya disarankan MyGuru diletakkan ke dalam Cloud, yang mana sistem ini khas untuk pelajar PJJ sahaja. Kertas cadangan projek dihantar ke Pusat ICT pada bulan Julai lagi, tetapi Cloud hanya sepenuhnya direalisasikan pada 12 Disember 2011. Alhamdulillah. Kejayaan terbesar bagi diriku tahun ini adalah berjaya menaikkan MyGuru ke awan biru!! Viva MyGuru3

PJJ memberi bala dan rahmat buatku. Bala kerana beban kerja yang satu ketika sampai tak boleh nak lelapkan mata. Rahmat pula kerana melalui PJJlah, aku dan pasukan MyGuru2 berjaya mengesan pelbagai kelemahan sistem yang perlu ditambahbaik dan diperbaiki. Kerja keras kami dalam menjadikan MyGuru2 lebih robust dan stabil membuahkan hasil apabila kami menang beberapa anugerah di peringkat kebangsaan seperti PECIPTA 2011 (Gangsa), Anugerah Inovasi KPT (bersama SMBU), Anugerah Inovasi Negara (AIN) dan Anugerah Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam (MyGOSS). Januari ni boss minta masuk Malaysian Tech Expo (MTE) pulak. Peerggg, x sempat nak rehat, kerja lagikk.

Selain tu, aku juga merasa bangga apabila berjaya membawa kumpulan KIK Pusat ICT yang bernama i-Ray menjadi johan keseluruhan KIK peringkat UPSI. Ini percubaan ketiga i-Ray, yang pertama gagal, kedua gagal, yang ketiga bukan sahaja menang, malah tempat pertama terus menewasakan jagoan KIK seperti Perpustakaan dan JPPHB UPSI.

Alhamdulillah, 2011 menyaksikan aku dan keluarga amat bahagia dan sihat walafiat. Anak-anakku Amanda dan Rayyan dan makin besar dan makin comel (juga semakin lasak). Isteriku juga semakin cun:-) Kadangkala aku fikir, Allah telah memberikan kehidupan yang indah, walaupun aku bukanlah se 'alim' mana. Bila terfikirkan sebegitu, aku jadi insaf dan sebak, kerana memikirkan Allah yang Maha Pemurah begitu bermurah hati dengan diriku. Aku sentiasa berdoa akan hari-hariku akan datang sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan kebahagian kepada aku dan keluarga serta dimantapkan iman dan takwa dalam jiwaku. Tahun baru atau tidak, tak penting, yang penting adalah esok mesti lebih baik dari hari ini dan hari ini mesti lebih baik dari semalam