Tuesday, April 7, 2009

Mereka hanya mahu memahami Islam


Cerita Sdr Nga Kor Ming dari DAP mengambil sepotong ayat Al-Quran dalam ceramah di Changkat Jering baru-baru ini menjadi isu yang sangat besar. Pelbagai pihak terutamanya dari UMNO, Prowaris termasuk Mufti Perak sendiri menempelak dan menghina YB ini, tidak kurang membuat laporan polis.


Pandangan saya pula, setelah mendengar ceramah YB tersebut, memang ia ceramah politik. Tetapi sampai ke bab beliau hendak menyatakan tentang keadilan, beliau mengambil ayat Al-Quran, dan tidak mengambil dari kitab Bible, Hindu atau Buddha itu sendiri jika ada.

Ini langsung tidak menggambarkan sdr Nga hendak mempersenda Islam dan ayat Al-Quran malah melambangkan beliau mengagumi Islam dengan mengambil ayat tersebut. Seharusnya kita merasa berbesar hati kerana mereka telah menaikkan martabat Islam itudi mata kaum mereka sendiri. Pasti ramai antara mereka yang akan menyedari betapa adilnya dan indahnya Islam, malah mungkin ada yang diberi hidayah untuk masuk Islam.

Benar, sdr Nga ada tersilap sebut, tetapi beliau kan baru belajar dan iltizam beliau untuk mendalami Islam seharusnya mendapat galakan dari kita. Ini tidak, kita cemuh dia, kutuk dia, macam mana kaum Cina hendak dekat dengan Islam. Mufti Perak kena bertanggungjawab jika ada orang Cina yang tersinggung dengan Islam dan tak jadi masuk Islam kerana tempelakkan beliau.

Kita harus bersikap terbuka, malah dalam sejarah Wali Sembilan pun, apabila Sunan Kalijogo berdakwah kepada orang kampung di tanah Jawa yang baru peluk Islam, mereka menyebut syari'at sebagai syaringat. Sunan bertanya, mengapa disebut syaringat? Mereka menjawab syaringat kan lagi sedap dilidah. Sunan tidak kata tak boleh, atau haram atau terus menghina, malah berkata, boleh, asalkan syari'at pasti tetap dijalankan. Nampak tak begitu indahnya Islam.

Kita di sini silap sebut sikit, report polis. Inikah dakwah Islamiyyah? Positifkah agaknya reaksi Cina kepada Islam. Itulah jadinya apabila kita sendiri pun tidak selalu mengamalkan ajaran Al-Quran sehingga hati kita begitu sempit terhadap kitab suci ini.

Mereka mahu memahami Islam, apa salahnya, moga-moga mereka diberi hidayah untuk memeluk Islam. OK, bagaimana pula yang dikatakan mempersenda Al-Quran. Contoh paling jelas di Malaysia, seorang pemimpin parti politik mengambil ayat :

Ya ayyuhallazi na aa manu.... lantas mengambil perkataan aamanu dan disamakan dengan parti politik yang disertai. Itu mempersendakan Al-Quran! Di mana tok peti Perak ketika itu???

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam saudara...

kita kena sedar qias perkara yang dibuat oleh Wali Songo tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh Adun DAP Nga Kor Ming.

Islam memberi ruang sesiapa nak kaji Islam.

Cuma adakah patut berceramah guna ayat quran untuk kutuk orang Islam UMNO???

adakah boleh kita biarkan ayat suci kita diperguna begitu saja oleh orang non muslim?

Jangan mudah terpedaya, takut jadi macam singapore.

Awalnya keluar Msia dan waktu kini apa dah jadi?

Melayu dipinggirkan dan akhirnya merempat di bumi sendiri..

harap fikir2lah...tq

Ahmad Putra said...

Salam sdr, saudara Nga guna ayat Al-Quran itu semasa nak menyatakan tentang keadilan, dan bukan untuk mengutuk ahli UMNO.

Tiada salah dia nak gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan keadilan dari perspektif Islam.

tentang Singapore tu saya nak tanya, siapa yang lepaskan Singapore tu. BN jugak kan? Kalo tak pasti Melayu Singapore terbela jugak...

Fikir-fikirkanlah..tq