Sunday, February 28, 2010

Kisah Hujung Minggu

Pulang ke kampung isteriku di Hulu Langat selepas kursus 4 hari di Subang Jaya, sebelah petang, aku membawa anakku Amanda berjalan-jalan. Sampai di sebuah kedai basikal depan rumah (dalam 5 minit perjalanan sahaja), aku ternampak 2 anak tauke kedai tersebut yang berbangsa Cina sedang bermain basikal. Kakaknya dalam 6 tahun menaiki basikal 4 roda manakala adik lelakinya dalam 3 tahun menaiki basikal kanak-kanak dengan tempat duduk di belakang.

Anakku Amanda memang seorang yang sangat mesra dan suka menegur (mungkin mengambil perangai ibunya). Budak perempuan Cina itu disapanya dengan mesra, di 'haaai'kan. Adiknya tengok saja dan sedikit tersenyum seperti nak berkawan. Tapi wajah kakaknya masam mencuka. Mungkin dengki amanda lagi comel dari dia..hehe

Amanda sebagai kanak-kanak hanya ingin main bersama. Dia cuba untuk duduk di kerusi belakang basikal yang dinaiki adik tadi, tetapi kakaknya cepat sahaja menghalang. Ditutupnya kerusi tersebut dengan besi penghalang. Amanda terpinga-pinga tetapi masih mampu tersenyum dan penuh positif.

Dia cuba nak naik basikal tersebut lagi, namun kali ini kakaknya menolak basikal tersebut dengan basikalnya agak terus berjalan dan anakku tak dapat naik basikal tersebut.

Aku perhati sahaja kelakuan anakku dan anak Cina itu. Amanda terkejar-kejarlah basikal itu dan masih ketawa kerana dia tak faham kebusukan hati kakak Cina itu. Mungkin dia ingatkan budak perempuan itu nak bergurau juga.

Hatiku mula panas, walaupun dia hanya kanak-kanak, namun dari kecil lagi sudah disemai perasaan dengki, kiasu, busuk hati dan tak mahu lihat kesenangan orang. Dalam hatiku, mungkin inilah yang Cina ajar pada anak mereka lantas membuatkan aku bersifat perkauman sejenak.

Tanpa buang masa, aku tarik tangan anakku dan pergi dari situ sambil kata "Takpe, amanda dah besar abah beli basikal lagi cantik dari si Cina tu punya. Basikal dia buruk je...tak cantik pun".

Keesokan paginya, aku berjalan ke Tesco Kajang seorang diri untuk membeli barangan keperluan untuk dibawa balik ke Tg Malim. Hmm, Tg Malim takde market ke? Ada.. Tapi UHT Cream, San Remo spagetti warna warni atau Prego je yang takde. SO terpaksalah beli di Tesco. Kebetulan manusia teramatlah ramai walaupun baru jam 10.30 pagi.

Untuk menimbang sayur, kentang dan bawang, aku terpaksa masuk ke queue yang agak panjang. Belakangkan seorang perempuan Cina berumur lebih kurang 40 tahun. Di depanku ada 10 orang lagi nak timbang. Tiba-tiba seorang kanak-kanak Melayu berumur dalam 10 tahun (badan gemuk, pakai spek) masuk line belakang aku. Yang nak ditimbangnya sebijik labu.

Aku terfikir "Kurang asam budak ni, selamba potong line". AKu lihat Cina di belakangnya macam tak puas hati, tapi diam sahaja. Terdetik kalau aku di belakang budak tu, nak je aku tolak je ketepi. Biar dia nangis sorang-sorang. Kurang ajar lagi, nak je aku bagi lembang sebijik!

Tiba-tiba, mak dia sampai. Pakai tudung, bert-shirt, pakai spek jugak. Nampak macam "agak terpelajar". Aku ingatkan dia nak sound anak dia sebab potong line, rupanya dia bagi lagi sayur dan carrot suruh timbang lagi. Memang hangin betul aku waktu tu.

Lagi nak bagi mendidih, masa aku nak timbang, anak dia siap letak lagi barang dia atas penimbang tu. AKu dah siap nak sound dah, mujur kakak yang timbang tu sound "Weeeh, beratur la!!". Budak tu sambil tersipu terusangkat barang semula. Mak dia buat muka bodoh je macam takde apa yang berlaku.

Begitulah kisah hujung minggu yang berlaku padaku. Semalam aku ingat Cina kiasu dan mementingkan diri, rupanya orang "kita" pun sama la jugak. Kesimpulannya, perangai buruk tu bukanlah datang dari bangsa tetapi dari individu itu sendiri.

Friday, February 19, 2010

LIGA SLOVAKIA?

Harimau Muda akan bermain dalam liga Divisyen 1 Slovakia. Sebabnya? Ditolak oleh negara sendiri. Mengapa Slovakia? Negara tersebut dilihat handal dalam bolasepak kerana layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Hmm, saya bukanlah pengulas sukan yang baik. Cuma nak memberi sedikit kritikan tentang tindakan FAM memilih Slovakia.

Sebuah negara yang hebat dalam bolasepak tidak semestinya mempunyai liga yang hebat. Begitu juga sebuah negara yang tidak begitu hebat tidak semestinya mempunyai liga yang haprak juga. Contohnya Brazil sebagai Raja Bolasepak Dunia, liganya tidaklah begitu hebat atau setanding dengan liga Inggeris, Sepanyol, Jerman, France atau Italy. Sedangkan Brazil juara dunia 5 kali, Spain bukanke pegang, hidu pun tak dapat. Ini membuktikan kekuatan sebuah pasukan bukanlah kayu pengukur daya saing liga domestik negara masing-masing.

Persaingan dan kemeriahan yang tinggi dalam sesebuah liga banyak didorong oleh kemampuan membeli pemain yang mahal serta minat penduduk sesebuah negara kepada bolasepak itu sendiri. Pemain Brazil sendiri sebahagian besarnya beraksi di Itali, Spain, England atau Jerman. Malahan pemain-pemain terhandal dari negara-negara Eropah yang lain seperti Serbia, Slovenia, Romania dan sebagainya menabur bakti dalam kelab-kelab 5-6 negara yang disebutkan tadi.

Justeru, keputusan FAM menghantar Harimau Muda dengan justifikasi liga negara mereka lebih hebat dan berdaya saing adalah kurang tepat. Malahan saya lihat, daya saing di Liga negara-negara Arab, atau Liga Jepun jauh lebih baik berbanding sesetengah negara di Eropah. Liga Arab dan Jepun mempunyai puluhan pemain-pemain hebat dari Eropah dan Amerika Selatan yang saya pasti tidak terliur pun dengan Slovakia. Tambahan lagi Slovakia bukanlah negara Eropah yang kaya seperti England, Jerman atau France. Ia adalah serpihan dari sebuah negara blok Timur yang mengakhiri pemerintahan komunis iaitu Chechoslovakia. Negara-negara blok Timur ini kebanyakannya masih miskin dan baru keluar dari kawat peperangan.

Namun diharapkan FAM sudah berfikir semasak-masaknya tentang perkara ini demi kejayaan bolasepak Malaysia amnya. Bukan apa, bolasepak ini sukan no 1 dunia. Kadang-kadang jeles juga lihat negara lain berpeluang merasai sendiri kemeriahan Piala Dunia dan dengan bangganya menyanyikan lagu kebangsaan mereka di pentas tertinggi dunia.

Wednesday, February 17, 2010

RAJA LAWAK 4, TIADA YANG LAYAK JADI RAJA

Tahun-tahun sudah, saya pernah cakap dengan wife, cuba bayangkan jika Raja Lawak (RL) 1 tiada Johan, RL 2 tiada Nabil dan RL 3 tanpa Sepah, mesti program ini akan satu slot Prima yang panjang dan amat membosankan. Kenapa? Kerana Nabil, Sepah dan seorang dua yang lain saja seperti Yus, Johan, Zizan dan Awas yang memang betul2 lawak dan mampu menarik mata ini untuk terus menonton RL.

Andaian saya benar, inilah yang terjadi pada RL4 yang sedang ditayangkan. Inilah yang terjadi apabila dari 10 peserta, semuanya tak membuat lawak yang fresh, tidak pernah disangka dan intelligent sepertimana dibuat Nabil atau Sepah.

Tahun ini, ramai yang memuji Idlan, tapi secara peribadi saya rasa Abg Kassim kita ni banyak syok sendiri je, poon poon, apa yg lawaknye?? Budak tadika mau le gelak... Dengan loghat Utaranya yang payah aku nak paham..Mamu kadang2 lawak, kdg tak lawak langsung. Caca...hmm..mmg syukurla dia kluar. Kecik ok sket la, tapi kadang2 isi x lawak sgt jugak. Tapi Alex agak selamba, lawak yg fresh dan brilliant, sy rasa Alex boleh diangkat sbg Raja Lawak berbanding Idlan.Malangnya Alex pun ada turun naik jugak..JD ok aku rasa, tapi terlebih brilliant plak. Org kita kan masih belum dapat menerima lawak brilliant macam Seinfield atau Raymond.

Kesimpulannya, siapa pun yang menjadi Raja Lawak Musim ke 4 ini, mereka masih belum mampu menandingi Nabil, Sepah atau Jozan yang saya rasa telatah mereka lebih menggeletek hatiku yang penuh suka duka ini..he3..

Frankly, i luv jokes, bukan apa, bila selalu berlawak, barulah hidup ini lebih ceria kan. Mujurlah wife i sgt pandai buat lawak, walaupun kualitinya boleh dipertikai...:-) he3..i luv u sayang..mmmuah

Raja Lawak Dream Team (pandangan aku je..he3)
1. Nabil
2. Sepah
3. Johan
4. Yus
5. Zizan
6. Awas
7. Cham
8. Alex
9. Kecik
10. Man Belon (Hahaha, bila dah kluar baru aku rasa Man Belon ni lawak jugak...)

Tuesday, February 16, 2010

MAULUD NABI : JANGAN WAJIBKAN BENDA YANG TAK WAJIB


Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Rasulullah adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman. Malangnya, umat Islam kini lebih suka menjadikan Justin Timberlake, Beyonce atau Hafiz AF sebagai ikutan berbanding Rasulullah sendiri. Masya Allah.

Kebelakangan ini banyak diperbahaskan isu Maulidur Rasul. Saya telah mengkaji beberapa artikel dan forum berkaitan, hanya ada 2 hukum yang berlegar, Boleh dan Haram. Namun saya melihat ianya lebih kepada Boleh, tetapi BUKAN WAJIB!! Yang wajib adalah solat, puasa, zakat, melaksanakan hukum Allah, menolak riba dan sebagainya. Menyambut maulud nabi adalah boleh.

Saya agak kecewa apabila sesetangah dari kita menghentam TGNA hanya kerana beliau mengatakan menyambut maulud bukan fadhilat. Apa yang dikatkan oleh beliau adalah benar kerana Nabi sendiri tidak membesar-besarkan hari kelahirannya. Jangan kita anggap, bukan Rabiul Awal sebagai bulan kita menjunjung sunnah nabi sedangkan bulan lain kita kembali membuat dosa.

Mengikut hukum Allah dan sunnah Rasulullah perlu dilakukan setiap hari sampailah saat kematian kita. Tak perlu kita berarak membawa sepanduk dengan pelbagai motto dan ungkapan (walhal banyak iklan sahaja) tetapi menolak apa yang telah dihukumkan oleh Allah dan nabi. Pada pendapat saya, dengan mengadakan perhimpunan, ceramah dan berpuasa sahaja sudah cukup untuk kita memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlulah sampai ke perarakan. Jika mahu perarakan, tidak mengapa, tetapi jangan sampai menghukumkan ia wajib kerana ianya BUKAN WAJIB! Yang WAJIB adalah menurut perintah Allah dan RasulNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa seluruh umat Islam yang bertakwa kepadaMu.

"Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud" Ucapan seorang Tok Guru. Mampukan Umat Islam Malaysia membuat perubahan sebegini??

Wednesday, February 10, 2010

Apa nak pelik? Blog sampah bersepah

Hari ini dalam Malaysiakini dilaporkan seorang penulis blog pro-kerajaan telah menyerah diri kepada pihak polis lantaran laporan yang telah dibuat ke atasnya menerbitkan entry dengan gambar TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam keadaan mengaibkan.

Pada pendapat saya, tiada apa yang perlu dipelikkan kerana ini cuma sebahagian sahaja. Terdapat beratus lagi gambar puak-puak ini (super impose) yang menggambarkan tokoh-tokoh pembangkang minum arak, pakai pakaian pope, badan babi kepala manusia, malah sedang melakukan persetubuhan pun ada. Inilah kerja blog-blog sampah ini sejak 2-3 tahun, isinya tidak seberapa tetapi hanya sarat dengan propaganda merapu yang memualkan. Yang lawaknya, setiap dari blog ini mempunyai pengikut dalam 100-300 orang, tetapi semuanya pusing orang yang sama jugak. Anda boleh perhatikan sendiri seperti blog PapaGomo, ParpuKari,YangGambi dan sebagainya. Hanya penuh dengan gambar mengutuk dan menghina orang lain tanpa batasan. Tak lebih dari blog orang psiko sahaja. Tapi dari apa yang saya tahu, penulis2 blog ni hampir semuanya yang dah veteran belaka.

Apapun, kita sebagai insan muslim yang bertamadun, perhatikan sahajalah blog-blog ini dengan mulut yang tak henti beristighfar. Biarlah dosa mereka mengata dan mengeji orang lain ditanggung sendiri dan dosa itu takkan terpadam selagi gambar yang mereka cipta masih berlegar di alam maya ini (mungkin sampai hari kiamat).

Tuesday, February 9, 2010

Anakku sering nangis malam


Dua Tiga menjak ni Rayyan selalu meragam waktu malam. Kalau dah pukul 3 tu, start la dia menangis, merengek, mendengus, sua dengan susu pun kadang-kadang macam tak berapa nak selera. Amanda pula kalo dah dengar adik nangis tu, dia pun bangun la jugak. Kalo tak nangis juga, dia akan keluar cari biskut ke, susu ke kat dapur.

Saya sebagai 'abah mithali' ni pun bangun jugak la, kadang pujuk manda, kadang pujuk Rayyan. Rayyan bila kita dokong tu dia akan senyap le sekejap, tapi lepas 20 minit, nangis nak susu pulak.

Memang kebelakangan ni tidur pun tak cukup, kadang-kadang bila balik tengahari tertidur dalam 10 minit, itulah waktu tidurnya. My Wife pun kesian jugak, jarang la dapat tidur yang panjang dan lena. Tapi my wife sebelum ahwin pun memang selalu tidur lewat. He3.

Beginilah kehidupan sebagai seorang abah, kena banyak bersabar untuk mendidik anak sehingga jadi insan yang berguna.