Friday, February 19, 2010

LIGA SLOVAKIA?

Harimau Muda akan bermain dalam liga Divisyen 1 Slovakia. Sebabnya? Ditolak oleh negara sendiri. Mengapa Slovakia? Negara tersebut dilihat handal dalam bolasepak kerana layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Hmm, saya bukanlah pengulas sukan yang baik. Cuma nak memberi sedikit kritikan tentang tindakan FAM memilih Slovakia.

Sebuah negara yang hebat dalam bolasepak tidak semestinya mempunyai liga yang hebat. Begitu juga sebuah negara yang tidak begitu hebat tidak semestinya mempunyai liga yang haprak juga. Contohnya Brazil sebagai Raja Bolasepak Dunia, liganya tidaklah begitu hebat atau setanding dengan liga Inggeris, Sepanyol, Jerman, France atau Italy. Sedangkan Brazil juara dunia 5 kali, Spain bukanke pegang, hidu pun tak dapat. Ini membuktikan kekuatan sebuah pasukan bukanlah kayu pengukur daya saing liga domestik negara masing-masing.

Persaingan dan kemeriahan yang tinggi dalam sesebuah liga banyak didorong oleh kemampuan membeli pemain yang mahal serta minat penduduk sesebuah negara kepada bolasepak itu sendiri. Pemain Brazil sendiri sebahagian besarnya beraksi di Itali, Spain, England atau Jerman. Malahan pemain-pemain terhandal dari negara-negara Eropah yang lain seperti Serbia, Slovenia, Romania dan sebagainya menabur bakti dalam kelab-kelab 5-6 negara yang disebutkan tadi.

Justeru, keputusan FAM menghantar Harimau Muda dengan justifikasi liga negara mereka lebih hebat dan berdaya saing adalah kurang tepat. Malahan saya lihat, daya saing di Liga negara-negara Arab, atau Liga Jepun jauh lebih baik berbanding sesetengah negara di Eropah. Liga Arab dan Jepun mempunyai puluhan pemain-pemain hebat dari Eropah dan Amerika Selatan yang saya pasti tidak terliur pun dengan Slovakia. Tambahan lagi Slovakia bukanlah negara Eropah yang kaya seperti England, Jerman atau France. Ia adalah serpihan dari sebuah negara blok Timur yang mengakhiri pemerintahan komunis iaitu Chechoslovakia. Negara-negara blok Timur ini kebanyakannya masih miskin dan baru keluar dari kawat peperangan.

Namun diharapkan FAM sudah berfikir semasak-masaknya tentang perkara ini demi kejayaan bolasepak Malaysia amnya. Bukan apa, bolasepak ini sukan no 1 dunia. Kadang-kadang jeles juga lihat negara lain berpeluang merasai sendiri kemeriahan Piala Dunia dan dengan bangganya menyanyikan lagu kebangsaan mereka di pentas tertinggi dunia.

No comments: