Baru-baru ini saya dan bos berpeluang ke kota Bandung dan Jakarta Indonesia bagi menghadiri persidangan ICEL 2011 dan berjumpa dengan beberapa organisasi dan perusahaan di sana bagi membincangkan tentang Cloud Computing. Hasil dari perbincangan agak memberangsangkan dan mungkin akan wujud kerjasama menang-menang antara kami di UPSI dengan PT. Acityapura Karya Nagara dan beberapa kolej di sana.
Indonesia mempunyai 200++ juta penduduk. 28 juta sahaja tinggal di Kota Jakarta. Bayangkan seluruh rakyat Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), dikumpulkan ke Negeri Sembilan. Padat kan. Begitulah keadaannya Jakarta. Namun bilangan pelajar dan sumber alamnya juga amat tinggi.
Open University Malaysia (OUM) mungkin mempunyai kurang 30000 pelajar, tetapi Open University di sana ada 500000 pelajar! Atas sebab itu, pihak kami ke sana bagi mencari peluang mengkomersilkan sistem serta kaedah penyelenggaraan sistem seperti Cloud bagi manfaat bersama. Indonesia walaubagaimanapun tidak kalah dengan sistem maklumat serta infrastruktur komputer, namun ada perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam menangani jumlah penduduk yang terlampau ramai serta teramat-amat jauh satu sama lain. Bayangkan di Open university, pelajar mereka mungkin ada di Medan Sumatera, Pontianak di Kalimatan, Ujung Padang di Sulawesi mahupun Jayapura di Irian Jaya. Sedang kita di sini nak uruskan pelajar PJJ di negeri Kedah atau Perlis pun sudah kelam kelibut, inikan pula mereka.
Selain urusan kerja, kami juga berpeluang berjalan-jalan dan melawat beberapa tempat menarik (dan teramat sangat menarik jika ada perempuan yang suka shopping) seperti Pasar Baru, Rumah Mode dan beberapa factory outlet di Bandung. Di Jakarta pula ada Tanah Abang dan Mangga Dua. Kesemua menjual barangan dan pakaian dengan harga yang sangat murah berbanding Malaysia. Bayangkan telekung bersulam yang cantik dengan kain yang halus mulus boleh dijual dengan harga Rp220.000 (RM76.00) sedangkan di negara kita, harganya mungkin mencecah RM200.00. Kain satin dengan kain sulam untuk buat baju, saya beli untuk ibu mertua Rp70000 (RM24.00), ibu kata di Malaysia mau dekat RM100. Tidak hairanlah ada kawan yang boleh ke Bandung pagi balik petang, hanya untuk membeli kain dan menikmati makanan ala-Sunda di sana.
Risau juga kerana kami ke sana betul-betul 3 hari selepas Timnas bola Indonesia tewas kepada Malaysia di Final Sukan Sea. Manalah tahu sentimen kebencian terhadap Malaysia masih menebal dan kami menjadi mangsanya. Namun sangkaan saya meleset sangat-sangat, kerana mereka melayan dan menyambut kami di mana-mana pun dengan sangat baik dan penuh sopan santun. Inilah kelebihan Bandung. Bandarnya tidak semaju KL, tetapi hospitaliti dan layanan mereka kepada tetamu adalah first class.
Seorang rakan yang kebetulan kami jumpa pergi ke Bandung hanya untuk bermain golf. Apabila saya tanya "di Malaysia kan banyak padang golf, kenapa tak main di sana je".
Rakan tersebut menjawab "Orang Malaysia layan tetamu seperti kawan, tapi orang Bandung layan tetamu seperti raja".
Memang kena juga sebab Indonesia sudah tidak beraja. Oleh itu mereka boleh melayan sesiapa sahaja seperti Raja. Tidak hairanlah jika saudara saudari ke Bandung, jika ke Pasar Baru, penuh dengan orang kita di sana. Bukan sahaja kerana harga kain yang murah, tetapi layanan dan makanannya pun sedap.
Apapun kita tidak seharusnya terlalu prejudis kepada mereka, kerana yang terlampau bencikan kita sehingga membakar bendera atau mengancam kita itu terlalu kecil jumlahnya. Yang ketaranya, mereka masih menganggap kita sebagai saudara seIslam dan serumpun yang layak dihormati dan dilayani dengan nyaman.
|
Pasar Baru, Bandung. Carilah apa saja, memang murah |
|
Makan jap kat Pasar Baru. Ikan Gerume (Kaloi) memang amat popular. Tempe n tauhu tak boleh tinggal, sumber kekuatan orang Jawa |
|
Rumah Mode, factory outlet |
|
Rumah Mode lagi |
|
Berpeluang makan di Kg Daun yang exotic |
|
Pemandangan Bandung, macet (jam) selalu! |
|
Bandung Plaza |
|
Pemandangan indah dari tren Bandung-Jakarta |
|
Menaiki tren ke Jakarta. Rp80000 |
|
Kota Jakarta Raya. Nampak tak Gelura Bung Karno |
|
Mangga Dua |
|
Oh ini di Ancol, seafood Bandar Djakarta, memang happening! |
|
Monas, wajib pergi jika ke Jakarta |
|
OTW balik Malaysia, menikmati nasi lemak yang x berapa sedap..huhu |