Wednesday, April 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Adi & El






Akhirnya adikku Ahmad Adiputra selamat diijab kabulkan dengan buah hatinya Eliena atau panggilan manjanya El sahaja. 11 April di Seremban dan 17 April di Mentakab. Perkahwinan di Seremban memang vogue, macam kahwin artis-artis gitu. Di Mentakab pulak penuh dengan kesederhanaan tetapi yang hadirnya teramat le ramai. Haha. Cuaca pun alhamdulillah, molek sangat.

Dalam majlis sebegini, budak-budak yang paling happy. Anak-anak saudara iaitu Aqil dan Alid bizi bebenor, Amanda pun apa lagi, jin le sekali. Mereka bermain, lari sana, panjat sini. Habis kerusi pelamin tu diterokanya. Sampai door gift pun bersepah semua. Tapi aku happy melihat mereka gembira.

Tapi Rayyan la yang paling popular. Semua dok pakat picit pipi, cium, dokong.. terutamanya ibu El sendiri la. Awal-awal lagi dah tanya, mana baby comel. Mungkin tak sabar nak dapat cucu lelaki kot. He3..Insya Allah. Buat Adi dan El, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat dan buat anak ramai-ramai k.

GAMBAR FAMILYKU SEMASA KAHWIN ADI