Wednesday, June 30, 2010

7 tahun meninggalkan U

Tak sangka akan jadi student UPM, dulu selalu kutuk UPM sebagai "Universiti Penuh Manusia"

Selepas 7 tahun meninggalkan meja universiti, aku akan kembali ke sana lagi. Jika dulu UKM, sekarang dekat sikit lagi iaitu UPM. Ramai juga yang cakap, nak sambung pengajian bukannya mudah, tambah lagi jika kita dah lama kerja dan berkeluarga. Tapi nak buat macam mana, mengaji ni lagi lama kita tangguh, lagi malas kita nak sambung. Sekurang-kurangnya ada yang memberi sedikit semangat, selain isteriku sendiri, Hjh Zainab, timbalan pendaftar UPSI juga ada mengatakan, sementara tengah muda ni you sambung la. Bukan untuk gaji, kedudukan atau pangkat, tapi kerana ilmu itu sendiri. Nak mendapatkan ilmu ni seharusnya berguru, sebab tu lah you kena sambung jika ada peluang.

So, i take it all as a challenge la, demi mendapatkan segulung ilmu yang tidak ternilai. Apapun jutaan terima kasih kepada UPSI kerana sudi membantu diri ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni ini.

Siapa nak teman p UPM setiap minggu nih...:-)

Wednesday, June 9, 2010

Brotherly Love is Priceless


I have no elder brother, but i can feel the love and caring within the heart of the elder to his younger in this picture. It almost made me cry because no matter how hard their life is, they maybe in hunger, maybe hurt, the elder never forget to take care and ease his younger.

I wish their life will be better when then grown up, and the younger brother will pay the same love to his elder like what the elder did in this priceless image.

World Cup fever can work up sex appetite


The Star 9th June 2010

THE World Cup fever can affect the sex lives of couples, reported Sin Chew Daily.

Quoting a Singaporean report, the paper said that a urologist had stated that men would secrete more testosterone and adrenaline when the matches became intense.

In the report, a doctor had said that there was a higher chance of husbands having sex with their wives if the team he supported won and after he had had a few rounds of beer.

On the other hand, if the team lost, the excitement died down and the men tended to lose their “oomph” for sex.

My Quote

Wow...so hopefully my favourite team will always win, so i can keep my normal sex life. Hahaha, WC Fever! Even influences sex huh:-)

Friday, June 4, 2010

Ya Allah..Hancurkanlah Israel

Tengahari tadi berlangsungnya tunjuk perasaan besar-besaran bermula Masjid Kg Baru untuk menentang serangan Israel ke atas flotilla bantuan ke Gaza. Tahniah diucapkan kepada yang menghadiri perhimpunan tersebut, anda semua sememangnya pejuang atau sekurang-kurangnya simpatisan tulen kepada perjuangan Islam. Namun agak mengecewakan juga apabila ada sebuah lagi parti politik dan beberapa perhimpunan NGO mengadakan perhimpunan lain pula yang akhirnya hanya dihadiri hanya 200 orang! Nak sangat kan..Sepatutnya untuk menunjukkan kekuatan perpaduan dan ukhuwah dalam Islam, join je le perhimpunan di Kg Baru. Tapi tidak, nak jugak perhimpunan lain kononnya. Mujurlah umat Islam memilih perhimpunan yang mungkin lebih 'ikhlas' dalam soal ini.

Saya juga setuju kita perlu memboikot produk Israel sebagai satu langkah yang paling 'terdaya' kita lakukan. Namun kita semua perlulah bersatu hati. Ini tidak, sesetengah bersungguh, selebihnya hanya sekadar menunjuk untuk seminggu dua. Bila isu reda, mulalah membeli Loreal atau makan di Starbucks atau McD.

Hmm, sebut tentang McD, hari ni 4 muka penuh Harian Metro memaparkan sumbangan McD kepada masyarakat khususnya Melayu sehingga lahirnya 3-4 orang usahawan yang kononnya berjaya di bawah syarikat itu. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilainya. Namun pelik juga, iklan sebegini jarang kelihatan pada hari-hari 'biasa'. Kali terakhir kita melihat iklan sebegini 2-3 selepas Gaza dibom Israel. Mengapa ya??? Risau le tu..hehe. Apapun saya menyeru rakan-rakan seMuslim, tunjukkan perpaduan dan satu-hati kita dengan memboikot mereka semua. Biarlah ada orang Islam kerja di McD pun, kita mesti tunjukkan kita mampu hidup dan tak mati kelaparan tanpa McD!

Thursday, June 3, 2010

My Hari Keluarga

Sejak kerja di KTT sehinggalah UPSI, setiap tahun mesti ada Family Day. Acara ni macam dah menjadi kemestian walau ekonomi mencanak atau merudum. Sesetengahnya membawaku dan family ke tempat percutian tertentu untuk julung kali. Biasalah, ada yang menyeronokkan, tak kurang juga yang boooring.

Tahun ni kami ke Port Dickson dan menginap di Glory Beach Resort. Agak lega jugakla kerana pada awalnya kelab hanya rancang nak buat di Kalumpang Resort sebab xde bajet!! Kalumpang tu 10 km je dari UPSI, hari-hari pun boleh pergi! Tapi nasible setelah dah +-x/, kelab dapatlah meng'ajas'nya ke PD.

Bilik hotel memang nice, tapi pantainya kurang sikit je dari HAMPEH..! Mungkin locationnya yang agak dekat dengan pelantar or smthg. Makan malam pun so so je la, adalah BBQ, nasi goreng, mee, spagetti tapi sekurang-kurangnya kami semua ckup makan dan yang paling penting HAPPY:)

Namun tak tau mana silapnya acara FD kali ni macam agak kurang gempak. Tak teratur dan kurang elemen gelak-gelak. Mungkin inilah bezanya antara kita sub kan permainan FD pada hotel atau resort dengan kita arrange sendiri. Anyway, Kelab ICT dah melakukan yang terbaik. At least kita masih mampu mengadakan FD kerana banyak juga jabatan2 lain di UPSI yang belum pernah ada hari suka-suka sebegini atau hanya mengadakannya 3 tahun sekali!!

Manda yang seronok dalam air..
Adik yang sangat hencem..
Mama yang cute bangat!
Manda main pasir dengan Abah..
Bye Bye



Wednesday, June 2, 2010

KUantan Trip

Assalamualaikum

Dah lama jugak blog ni tak update. Maklum sajalah dalam 2-3 bulan ni bizi sangat dengan kursus, projek, mesyuarat dan aktiviti yang saja-saja nak buat sibuk.

Apapun nak cerita baru-baru saya dan bos serta En Hasrul dan En Nazri menyertai Festival Hari Guru yang diadakan di East Coast Mall Kuantan. Memang best jugak la, tetapi yang agak pelik ia bukan dianjurkan kementerian atau jabatan pelajaran, tetapi Utusan Meloya..eh silap Malaysia. He2.

Jujurnya booth kami tidaklah sesibuk booth lain kerana kami tak jual barang, hanya nak menunjukkan dengan 'riaknya' :-), produk-produk ciptaan dan kajian UPSI termasuklah Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (UIMS). Booth patutnya tutup jam 10 malam, tapi 7.30 kami dah chow! Bukan apa, tak sabar nak menikmati kelazatan makanan kat Kuantan ni.

Malam first makan di Ana Ikan Bakar tg Lumpur, huhu memanglah supebly shedaaaap..Ikan siakap 3 rasa, ikan kerapu goreng, tomyan, kerabu mangga, sotong celup tepung!..Perg!!

But the best is yet to come, malam last kami pergi ke Wan Tomyam. Biasalah dah nama tomyam, order la Tomyam, Siakap Stim, Telor bungkus, tapi dish yang paling 'heavenly' sedap saya pernah rasa adalah sotong tumis dengan telur masin. Memang la sedap giler..tak dapat digambarkan..liciiinn..haha

Anyway Utusan marah gak kat kitorang sebab balik awal, tapi nak buat macam mana, saper suruh anjur pameran dari jam 9.00 pagi sampai 10.00 malam, ingat ktorang ni robot!!?

Bos menerangkan sesuatu kepada TPM kita
TPM "Huh..boleh jadi senator ni"
Yum..yum..
Prof Ramli "Datuk, bila nak belanja ikan patin nya"
DS Adnan "awok ni prof, ajak la makan kat TGI Friday ke, koi hari2 makan ikan patin"