Tuesday, April 5, 2022

7 tahun telah berlalu

 Bukan mudah menulis sebuah blog, Buktinya adalah blog ini sendiri, yang sepatutnya ditulis oleh aku dengan kerap tetapi sempoi. Namun apa yang berlaku, 7 tahun ianya dibiarkan berhabuk. Ibarat sebuah rumah tua yang usang dan jauh dari di hujung kampung, begitulah blog ini. 

Tanpa sedar, teknologi dan pendekatan manusia telah berubah. Jika dulu, kita nukilkan segalanya di blog. Pandangan kita, kehidupan kita, perjalanan kita ke mana-mana, semuanya blog. Kadang kita menulis hanya untuk kepuasan diri. Biarlah tiada siapa yang tahu, asalkan ia boleh dibuka kembali pada tahun-tahun mendatang tidak lebih dari sekadar menggamit memori.

Namun kini, zaman semuanya ingin ditularkan. Anak-anak muda tidak lagi mengejar kebenaran dan keilmuan, tetapi glitz and glamour. Viral telah menjadi kamus hidup anak-anak remaja kerana ia menjanjikan populariti, populariti menjanjikan projek, dan projek menjanjikan wang. Aku "terhidup" di zaman yang semunya ingin dikenali, samada secara membanggakan atau memalukan. Dari situlah keluar video kegilaan seorang demi seorang, agar ianya viral. Dan ironisnya, tidak lama kemudian mereka akan diupah sebagai incluencer pelbagai produk. Itulah dunia yang kita duduk sekarang.

Namun sebagai pembawa minda bung, aku tidak akan terpengaruh dengan itu semua. Maruah adalah perkara yang terlalu mahal dibayar dengan keuntungan dunia yang tidak seberapa. Internet ditulis dengan pen, bukan pensil, yang bermaksud setiap yang akan titipkan atau videokan akan kekal selamanya, mungkin untuk 100 tahun lagi di dunia Internet. Oleh itu biarlah aku terus menulis sesuatu di blog ini,dan sesekali mengongsikannya di Facebook untuk menambahkan capaian. Aku bangga membawa cara arwah abahku MWA Sangkala selamanya.