Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014

Akhirnya 2013 meninggalkan kita semua. Benarlah kata Imam Ghazali RA, yang paling jauh bagi kita adalah masa lepas. Apabila ia lepas, tak mungkin kita dapat menggapainya lagi.

Sebelum aku ingin meneruskan kehidupan ku dan keluarga untuk tahun 2014 yang penuh mencabar (juga digelar Tahun Barang Naik oleh sesetengah perawi politik), ingin ku singkap semula tahun 2013 yang padaku penuh suka dan duka, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Padaku 2013 begitu banyak perubahan yang berlaku. Bermula dengan kami sekeluarga berpindah dari rumah lama kami di Apartment Damiana, ke teratak indah kami di Tamarinda Proton City. Rumah kami kecil sahaja, tetapi cukup untuk memuatkan 1001 lagi memori kekeluargaan.

Aku juga telah dinaikkan sebagai Ketua Unit e-Pembelajaran di Pusat ICT, UPSI. Satu jawatan yang jika nak kira banyak kerjanya. Tetapi aku terima tawaran ini dengan rela hati walaupun ditolak oleh 2 pegawai yang lebih senior, kerana aku percaya, jawatan ini akan lebih mematang dan mendewasakan diri serta pemikiranku.

Tidak lama selepas aku memimpin sebuah unit yang baru di ICT, kami semua berpindah dari pejabat lama di Bangunan E-Learning Kampus Sultan Abdul Jalil ke bangunan khas Pusat ICT di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Di sinilah aku mula dihadiahkan dengan bilik sendiri lengkap dengan perabot yang pelbagai. Untuk pengetahuan, 6 tahun aku bekerja sebagai Pegawai di partition sahaja, tanpa bilik. Malah di BEL, kami tidak dibekalkan dengan partition pun. Apapun, aku amat gembira berpindah di pejabat baru kerana jaraknya dengan rumahku hanya 3.7km berbanding 9.5km sebelum ini. Dalam erti kata lain, aku boleh bertolak ke pejabat jam 7.50 pagi dan masih sempat punch in jam 7.58.

Tidak lama selepas kami berpindah rumah, isteriku disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah. Bulan Mei hingga Jun memang agak mencabar, apabila isteriku alah teruk sangat2. Hanya terlantar di atas pada kebanyakan waktu. Akulah yang menjadi abah dan mama sementara pada Amanda dan Rayyan.

5 Mei 2013, pilihanraya umum ke-13. Bukan hanya aku seorang tetapi majoriti rakyat menganggap PRU13 adalah yang paling sengit dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Sekali lagi, buat kali ke 3, aku mengundi di DUN Mentakab dan Parlimen Temerloh. Agak menarik apabila kali ini, aku dan adikku Adi dapat pulang bersama-sama dan sempat mengibarkan bendera parti di atas kereta kami pada hari mengundi, kempen saat akhir yang sangat berjaya!

Walaupun laman sosial banyak membayangkan PR menang pada jam 11 ke 12 malam, tetapi akhirnya BN menang jua dengan 131 kerusi. Menariknya buat kali pertama dalam sejarah, undi popular BN lebih kurang daripada lawan iaitu 47% sahaja. Makanya untuk tempoh 4 ke 5 tahun ini, kita diperintah oleh sebuah kerajaan minoriti dan bukan majoriti.

2013 juga membawa satu nafas baru buat pasukan Pahang FA. Di awal musim, mereka hanya dilabel 2 bintang oleh sebuah akhbar. Baru naik dari Liga Perdana, bermain dalam Play off dan dibarisi 90% pemain muda. Akhbar tersebut turut memberikan Kelantan dan JDT 5 bintang. Pahang paling rendah sekali dengan Felda United iaitu 2 bintang. Namun, Pahang menunjukkan kegarangannya apabila berjay menumpaskan JDT 3-2 di SDM selepas ketinggalan 2 gol. Kecemerlangan dan keajaiban Pahang diteruskan apabila berjaya mendapat tempat ke-5 liga Super, layak ke separuh akhir Piala FA serta yang paling gah dan terhebat sekali, juara Piala Malaysia 2013.

Dan pada 30 November 2013, kami telah dikurniakan seorang lagi cahaya Mata iaitu Ahmad Riyadh Rifqi menjadikan kami sekarang dah ada 3 orang anak iaitu Amanda, Rayyan dan Riyadh.

Jika nak kira memang banyak yang manis kerana aku bercadang untuk tidak menulis segala yang tidak manis.

Ahmad Riyadh Rifqi Ahmad Wiraputra

Ahmad Riyadh Rifqi Ahmad Wiraputra. Itulah nama anak bongsuku yang bary dilahirkan pada 30 November lalu. Cukup indah seindah namanya, sangat harum seharum nafasnya dari syurga. Sangat cantik secantik budi dan akhlaknya insya Allah.

Kelahiran Iyad menjadikan aku kini adalah ayah kepada 3 orang manusia comel di muka bumi ini. Putri Kasih Amanda, Ahmad Rayyan Rizqi dan Ahmad Riyadh Rifqi.

Selamat datang ke dunia. anakku



Monday, November 18, 2013

Akhirnya

Pahang 1 kelantan 0

Tiada kejayaan yang lebih manis bagi rakyat Pahang tahun ini selain menyaksikan tok gajah menjadi juara Watson Piala Malaysia tahun ini. 3 November 2013 dan nama Matias Conti pastinya akan dikenang lama oleh kami peminat "Hitam putih takkan padam".

Aku dan adikku Adi sebenarnya memang excited sangat utk ke SSA tahun ini.Kami menyaksikan sendiri Pahang membenam Sarawak 3-1 di separuh akhir. Dan memang rezeki kami yang hampir tak dapat tiket untuk ke final. Penuh liku,itulah frasa yang sesuai ttg perjuangan kami mendapatkn tiket.

21 tahun,memang penantian yang amat panjang dan memenatkan. Dan akhirnya, oh ale ale,ale ale tok gajahku.

Tuesday, October 29, 2013

Hogoh Tok Gajah!

Assalamualaikum

Memang memalukan betul aku sebagai blogger, tapi untuk 2013 ini post yang pertama. Dah nak hujung tahun dah. Tak tahulah kenapa, mungkin terlampau sibuk dengan kerja dan terlampau bahagia dengan kelaurga, blog ni pun dah berhabuk dah.

Oktober 2013, mmg bulan demam Piala Malaysia. Dan tahun ini bertambah-tambah semangat lagi kerana pasukan kesayanganku Tok Gajah berjaya mengharungi cabaran sehingga ke final. Kalau ada rezeki, Ahad ini aku, Adi dan Jeli akan ke Stadium Shah Alam. Semangat ni, dan 16 Pahang tak ke final. Sekali-sekala ni mesti tengok. Lawan pula bukan calang-calang beb, Kijang!

Tapi sebab kami sendiri pun masih belum confirm tiket, maklumlah tempah dengan orang lain, tak bolehlah nak sembang lebih2. Apapun semoga Pahang berjaya mengatasi Kelantan Ahad ini seterusnya membawa piala idaman Malaya ke negeri Pahang selepas 21 tahun.

Misi 92! Hogoh Tok Gajah!