Saturday, December 31, 2011

Catatan 2 jam selepas 2012

Tahun baru datang lagi. Aku tak begitu peduli pun sebenarnya. Ketika menulis ni pun aku hanya duduk di rumah dengan my lovely wife dan anak-anakku yang comel. Tidak kemana-mana untuk melihat konsert tahun baru, percikan bunga api atau pergaulan bebas anak-anak muda pada detik jam 12 1 Januari 2012.

Apapun, kita kini telah berada di tahun baru. Kena biasalah menulis tarikh dengan tahun yang baru, dan 'kononnya' mencipta lagi azam baru 2012. Pada aku, azam itu tidak memerlukan tahun baru, bila-bila pun boleh buat azam kan.

2011, banyak peristiwa pahit manis ke atas diriku sebenarnya. Yang paling tidak dapat dilupakan pastinya keberangkatan almarhum abahku menemui Allah S.W.T. pada 27 Mei 2011, hari Jumaat. Satu peristiwa yang amat sedih untuk ku ingati semula, dan aku teringat abahku selalu berpesan "Kematian itu suatu yang pasti, oleh itu bersedialah membuat amal sebelum mati".

Kematian abahku menjadikan diriku sebagai ketua keluarga pada masa kini kerana aku adalah anak lelaki yang tertua. Aku juga bertanggungjawab menguruskan pusaka peninggalan almarhum yang sehingga kini masih belum diterima surat kuasa mentadbir untuk pembahagian harta. Harap esok lusa surat itu sudah sampai ke peti pos di Mentakab. Bukan apa, harap segala urusan berkaitan pusaka dapat diuruskan dengan cepat.

2011 juga menyaksikan kami berhari raya buat pertama kalinya tanpa abah tersayang. Aku teringat setiap kali hari raya, kami akan bangun seawal yang boleh untuk solat subuh berjamaah sekaligus bertakbir raya bersama-sama sehingga jam 7.00 pagi. Masa untuk tidur balik pun dan takde, terpaksalah mandi terus dan bersiap-siap untuk masjid bagi mengerjakan solat raya. Abahku selalu berpesan agar tradisi ini diteruskan sehinggalah ke anak cucu dan seterusnya. Insya Allah abah, Insya Allah.

Tahun lepas juga antara tahun yang paling sibuk bagi diriku kerana 2 perkara, pekerjaan dan pengajianku. 2011 merupakan tahun pelajar PJJ di kalangan guru mula mendaftar. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem MyGuru2 kerana mereka hampir tiada pembelajaran bersemuka dan perlu berkomunikasi dengan pensyarah secara atas talian. Memang memenatkan apabila sistem yang kecil perlu digunakan oleh 7000 pelajar secara aktif. MyGuru2 mula merasai bebannya apabila pelajar PJJ secara serentak perlu memuatnaik latihan dan tugasan masing-masing kepada pensyarah dalam masa 2 hari sahaja. Pada pertengahan Jun 2011, MyGuru2 hampir sepenuhnya 'down'!

Pelbagai cara dilakukan untuk meringankan sedikit bebanan sistem MyGuru yang ditadbir olehku. Antaranya disarankan MyGuru diletakkan ke dalam Cloud, yang mana sistem ini khas untuk pelajar PJJ sahaja. Kertas cadangan projek dihantar ke Pusat ICT pada bulan Julai lagi, tetapi Cloud hanya sepenuhnya direalisasikan pada 12 Disember 2011. Alhamdulillah. Kejayaan terbesar bagi diriku tahun ini adalah berjaya menaikkan MyGuru ke awan biru!! Viva MyGuru3

PJJ memberi bala dan rahmat buatku. Bala kerana beban kerja yang satu ketika sampai tak boleh nak lelapkan mata. Rahmat pula kerana melalui PJJlah, aku dan pasukan MyGuru2 berjaya mengesan pelbagai kelemahan sistem yang perlu ditambahbaik dan diperbaiki. Kerja keras kami dalam menjadikan MyGuru2 lebih robust dan stabil membuahkan hasil apabila kami menang beberapa anugerah di peringkat kebangsaan seperti PECIPTA 2011 (Gangsa), Anugerah Inovasi KPT (bersama SMBU), Anugerah Inovasi Negara (AIN) dan Anugerah Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam (MyGOSS). Januari ni boss minta masuk Malaysian Tech Expo (MTE) pulak. Peerggg, x sempat nak rehat, kerja lagikk.

Selain tu, aku juga merasa bangga apabila berjaya membawa kumpulan KIK Pusat ICT yang bernama i-Ray menjadi johan keseluruhan KIK peringkat UPSI. Ini percubaan ketiga i-Ray, yang pertama gagal, kedua gagal, yang ketiga bukan sahaja menang, malah tempat pertama terus menewasakan jagoan KIK seperti Perpustakaan dan JPPHB UPSI.

Alhamdulillah, 2011 menyaksikan aku dan keluarga amat bahagia dan sihat walafiat. Anak-anakku Amanda dan Rayyan dan makin besar dan makin comel (juga semakin lasak). Isteriku juga semakin cun:-) Kadangkala aku fikir, Allah telah memberikan kehidupan yang indah, walaupun aku bukanlah se 'alim' mana. Bila terfikirkan sebegitu, aku jadi insaf dan sebak, kerana memikirkan Allah yang Maha Pemurah begitu bermurah hati dengan diriku. Aku sentiasa berdoa akan hari-hariku akan datang sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan kebahagian kepada aku dan keluarga serta dimantapkan iman dan takwa dalam jiwaku. Tahun baru atau tidak, tak penting, yang penting adalah esok mesti lebih baik dari hari ini dan hari ini mesti lebih baik dari semalam

Wednesday, November 30, 2011

Trip ke Bandung-Jakarta

Baru-baru ini saya dan bos berpeluang ke kota Bandung dan Jakarta Indonesia bagi menghadiri persidangan ICEL 2011 dan berjumpa dengan beberapa organisasi dan perusahaan di sana bagi membincangkan tentang Cloud Computing. Hasil dari perbincangan agak memberangsangkan dan mungkin akan wujud kerjasama menang-menang antara kami di UPSI dengan PT. Acityapura Karya Nagara dan beberapa kolej di sana.

Indonesia mempunyai 200++ juta penduduk. 28 juta sahaja tinggal di Kota Jakarta. Bayangkan seluruh rakyat Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), dikumpulkan ke Negeri Sembilan. Padat kan. Begitulah keadaannya Jakarta. Namun bilangan pelajar dan sumber alamnya juga amat tinggi.

Open University Malaysia (OUM) mungkin mempunyai kurang 30000 pelajar, tetapi Open University di sana ada 500000 pelajar! Atas sebab itu, pihak kami ke sana bagi mencari peluang mengkomersilkan sistem serta kaedah penyelenggaraan sistem seperti Cloud bagi manfaat bersama. Indonesia walaubagaimanapun tidak kalah dengan sistem maklumat serta infrastruktur komputer, namun ada perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam menangani jumlah penduduk yang terlampau ramai serta teramat-amat jauh satu sama lain. Bayangkan di Open university, pelajar mereka mungkin ada di Medan Sumatera, Pontianak di Kalimatan, Ujung Padang di Sulawesi mahupun Jayapura di Irian Jaya. Sedang kita di sini nak uruskan pelajar PJJ di negeri Kedah atau Perlis pun sudah kelam kelibut, inikan pula mereka.

Selain urusan kerja, kami juga berpeluang berjalan-jalan dan melawat beberapa tempat menarik (dan teramat sangat menarik jika ada perempuan yang suka shopping) seperti Pasar Baru, Rumah Mode dan beberapa factory outlet di Bandung. Di Jakarta pula ada Tanah Abang dan Mangga Dua. Kesemua menjual barangan dan pakaian dengan harga yang sangat murah berbanding Malaysia. Bayangkan telekung bersulam yang cantik dengan kain yang halus mulus boleh dijual dengan harga Rp220.000 (RM76.00) sedangkan di negara kita, harganya mungkin mencecah RM200.00. Kain satin dengan kain sulam untuk buat baju, saya beli untuk ibu mertua Rp70000 (RM24.00), ibu kata di Malaysia mau dekat RM100. Tidak hairanlah ada kawan yang boleh ke Bandung pagi balik petang, hanya untuk membeli kain dan menikmati makanan ala-Sunda di sana.

Risau juga kerana kami ke sana betul-betul 3 hari selepas Timnas bola Indonesia tewas kepada Malaysia di Final Sukan Sea. Manalah tahu sentimen kebencian terhadap Malaysia masih menebal dan kami menjadi mangsanya. Namun sangkaan saya meleset sangat-sangat, kerana mereka melayan dan menyambut kami di mana-mana pun dengan sangat baik dan penuh sopan santun. Inilah kelebihan Bandung. Bandarnya tidak semaju KL, tetapi hospitaliti dan layanan mereka kepada tetamu adalah first class.


Seorang rakan yang kebetulan kami jumpa pergi ke Bandung hanya untuk bermain golf. Apabila saya tanya "di Malaysia kan banyak padang golf, kenapa tak main di sana je".

Rakan tersebut menjawab "Orang Malaysia layan tetamu seperti kawan, tapi orang Bandung layan tetamu seperti raja".

Memang kena juga sebab Indonesia sudah tidak beraja. Oleh itu mereka boleh melayan sesiapa sahaja seperti Raja. Tidak hairanlah jika saudara saudari ke Bandung, jika ke Pasar Baru, penuh dengan orang kita di sana. Bukan sahaja kerana harga kain yang murah, tetapi layanan dan makanannya pun sedap.

Apapun kita tidak seharusnya terlalu prejudis kepada mereka, kerana yang terlampau bencikan kita sehingga membakar bendera atau mengancam kita itu terlalu kecil jumlahnya. Yang ketaranya, mereka masih menganggap kita sebagai saudara seIslam dan serumpun yang layak dihormati dan dilayani dengan nyaman.
Pasar Baru, Bandung. Carilah apa saja, memang murah

Makan jap kat Pasar Baru. Ikan Gerume (Kaloi) memang amat popular. Tempe n tauhu tak boleh tinggal, sumber kekuatan orang Jawa

Rumah Mode, factory outlet

Rumah Mode lagi

Berpeluang makan di Kg Daun yang exotic

Pemandangan Bandung, macet (jam) selalu!

Bandung Plaza

Pemandangan indah dari tren Bandung-Jakarta

Menaiki tren ke Jakarta. Rp80000

Kota Jakarta Raya. Nampak tak Gelura Bung Karno

Mangga Dua

Oh ini di Ancol, seafood Bandar Djakarta, memang happening!

Monas, wajib pergi jika ke Jakarta

OTW balik Malaysia, menikmati nasi lemak yang x berapa sedap..huhu

Thursday, September 8, 2011

My Best 20 Ballads Song of All Time

Siapa kata aku tak minat muzik, walaupun nampak macam skema atau 'alim kucing'. Sejak aku Darjah 4 lagi, aku dah berjinak-jinak dengan muzik dan mula mengumpul duit dari belanja sekolah setiap hari. Hehe. Aku masih ingat, kaset yang pertama ku beli dengan wang sendiri adalah Megahit 7.  Mengapa aku beli? Sebab satu lagu je, Now & Forever dari Richard Marx. Yang lain mula dengar semua macam hampeh, tapi dah lama-lama, sedap pulak.:-)

Kemudian terdengar Still Loving You nyanyian Scorpions, sedap la pulak. Beli pulak album Scorpions. Ingat lagi, harga kaset kalau imported RM14.50, kalau tempatan RM13.90. Sejak dari tu, aku dan Adi tak henti-henti membeli kaset. Kakak mula perkenalkan aku dengan Bon Jovi, dengan lagu Always. Huh memang meletup, dan aku pun beli album Bon Jovi pertama iaitu Bon Jovi Live 'Long Way From Home'. Kenapa aku beli album ni??? Ni album live le buduzzz! Hehe, biasalah budak-budak. Masa tu tak biasa beli album, main tangkap je. Takdepun lagu Always dalam tu. Tak lama baru tahu lagu tu dalam album terkini Bon Jovi waktu 'Crossroads'. Apa lagi, tangkap.

Memanglah agak sukar nak beli kaset pada waktu tu sebab kita bukannya bekerja. Tetapi kerana minat tadi, aku telah kumpul semua album Bon Jovi dari yang pertama sampai last. Tak lama 'berkenalan' pula dengan Metallica. Aku dan Adi beli 2 album Metallica sekaligus, Ride dan Kill Em All.

Sedikit demi sedikit kami membina empayar muzik dan kaset kami sendiri, dan memilih Rock dan Heavy Metal sebagai genre. Semua kami try, ada yang terus lekat di hati, tak kurang pula yang hanya sekali sahaja dengar sampailah sekarang. Pantera, Megadeth, Iron Maiden, Sepultura, Alice in Chains, Van Halen, The Eagles, semua kami ada. Kakak pula masa tu meminati Roxette, No Doubt dan yang sewaktu dengannyalah. Apa punya taste le, tapi OK la jugak...haha

Tapi tak tahulah, betullah orang kata, zaman remaja apabila kita minat sesuatu, kita akan jadi lekat padanya. Macam aku, aku meminati muzik Bon Jovi dan Metallica pada waktu aku remaja. Namun bile meningkat usia, aku dapati muzik terkini mereka tidak lagi secocok dengan jiwa. AKu stop beli album BJ sejak Crush, begitu juga Metallica, dengar lagu dari St Anger macam nak muntah. Kadang-kadang terfikir, kerana mereka tak kekalkan sahaja apa yang mereka buat dalam Black Album atau Justice For All. Tapi itulah realitinya, evolusi muzik. Apa yang kita minat dahulu tak semestinya akan terus diminati oleh generasi akan datang. Sebab aku mungkin rakan-rakan sebaya denganku dan segenre denganku akan gelak sakan apabila ramai remaja kini meminati Justin Bieber. Adakah mereka tahu apa erti muzik??!

Aku juga ingin berkongsi 20 lagu ballad dari US yang paling aku minati sejak aku kenali muzik. Kalau korang minat atau tahu lagu-lagu ini, sahkan, jiwa korang memang secocok denganku.

(Tidak mengikut turutan)

1. Green Day - Wake me up when September Ends
2. U2 - Stuck in the moments
3. Chris Cornell - You Know My Name
4. Audioslave - Like A Stone
5. U2 - Beautiful Day

6. Metallica - No Leaf Clover
 7. Beatles - Let it Be
8. Soul Asylum - Runaway TRain
9. Bon Jovi - Always
10. Bon Jovi - This Ain't A Love Song
 11. Bon Jovi - Mystery TRain
12. Robbie Williams - Angels
13. Oasis - Don't Look Back In Anger

14. MLTR - The Actor
15. Meatloaf - I'd Lie For You
16. Savage Garden - I Knew I Loved You
17. Roxette - Almost Unreal
18. Metallica - The Unforgiven
19. MLTR - Complicated Heart
20. Poets of the Fall - Late Goodbye

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Hari ini telah masuk 3 Syawal 1432H. Raya tahun ini adalah yang pertama buat kami sekeluarga tanpa kehadiran abah tercinta. Tiada lagi takbir di rumah selepas subuh yang biasa kami buat. Tiada lagi terikan untuk kami adik beradik siap awal untuk ke masjid di pagi raya. Tiada lagi sampul khas raya dari abah untuk kami dan anak-anak. Tiada lagi persediaan khas 2 hari sebelum raya untuk membeli daging, kuih serta 20 botol air gas. Hanya inisiatif kami sahajalah adik beradik serta mama untuk membeli semua itu. Alhamdulillah, rezeki kami masih ada untuk mendapatkannya.

Apa yang boleh kami lakukan untuk abah hanyalah menziarah pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Tg Kerayong pada pagi 1 syawal. Nampak Adi tidak mampu menahan sebak dan menzahirkan tangisan, sedangkan aku hanya menahannya di dalam hati. Kakak juga sedikit sedih, tapi Mama kelihatan lebih cekal. Memang Adi lebih sentimental berbanding abangnya. Namun yang agak mengejutkan perkuburan tersebut memang mewah dan seperti kenduri yang tiada makanan. Ramai sanak saudara yang ke pusara di situ.

Aku sempat membacakan Yasin serta sedikit tahlil kepada abah. Aku membacakannya dan ingin membuktikan kepada abah, ajaran serta nasihat beliau kepadaku dan adik beradik yang lain tidak akan sia-sia. Cuma kami terlupa membawa tikar dan air untuk disiram atas pusara, maklumlah first time. Tapi Adi cepat sahaja mengambil air yang disediakan di situ oleh AJK Kubur (Tahniah..AJK Tg Kerayong memang rocks!) serta kotak-kotak air buat mengalas punggung untuk duduk.

Alhamdulillah segalanya selesai dan berjalan lancar. Sedih juga meninggalkan abah pada waktu itu seperti sedihnya meninggalkan abah sewaktu tanganku dan adikku sendiri memaut dan meletak abah ke dalam liang lahad. Perasaan yang amat sukar ku gambarkan. Perpisahan untuk selamanya di dunia. Namun jauh di sudut hati, aku gembira kerana ku yakin abah bahagia dan mendapat tempat disisi Allah jua.

Selamat hari raya Abah

Monday, August 8, 2011

BUNG SELAMAT : MEMOIR SEORANG REVOLUSINARI: Abahku dan buku-bukunya

BUNG SELAMAT : MEMOIR SEORANG REVOLUSINARI: Abahku dan buku-bukunya: "Aku sendiri seorang yang cintakan pada ilmu. Serius! Bukan main-main. Masalahnya aku selalu malas membeli buku, mungkin kerana kedekut nak m..."

Saturday, July 9, 2011

BERITA DAN KEBENARAN

Menonton berita mengenai BERSIH di TV1, TV3 dan Awani bergilir-gilir tadi membuatkan aku teringat dengan kisah yang pernah diceritakan arwah abahku semasa zaman mudanya.

Pada sekitar 1974, berlakunya penentangan mahasiswa seluruh negara ke atas kezaliman kerajaan sehingga berlakunya kelaparan di Baling. Abahku selaku Presiden Persatuan Mahasiswa USM (PMUSM), bersama-sama DS Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais dan ramai lagi telah memimpin mahasiswa dalam satu tunjuk perasaan. Sebagaimana BERSIH pada hari ini, polis atas arahan kerajaan menggunakan kekerasan yang sama sambil menangkap pemimpin mahasiswa dan pemimpin politik di bawah ISA. Bayang, nak bela orang miskin pun membahayakan negara!?

Setelah polis melepaskan gas pemedih masa serta menyerang mahasiswa, abahku dan semua yang lain bertempiaran lari kerana siapa sahaja yang ditangkap akan digari dan ditahan ISA. Abahku dan 2 3 orang rakan telah bersembunyi di sebuah masjid. Abahku menceritakan mereka berjumpa dengan Tok Imam dan memohon perlindungan di situ. Tok Imam mengizinkan dengan hati yang terbuka. Selepas bersolat dan keadaan menjadi agak reda, abahku dan rakan-rakan beredar dan mengucapkan terima kasih serta perhargaan kepada Tok Imam tadi.

Malam itu di berita TV, Tok Imam tadi diinterview oleh wartawan. "Mereka datang dengan memakai kasut ke dalam masjid, merentap dan membelasah saya, sambil memaksa saya untuk beri mereka ruang untuk bersembunyi"

Abahku dan rakan-rakan hanya mampu menggeleng2 kepala sambil mengucap. 2 3 hari selepas itu, abahku menyerah diri di balai Polis dan ditahan ISA untuk beberapa hari.

Begitulah bagaimana TV memainkan peranannya. Bila berlaku kejadian sebegini, mereka kaki 'spin' no 1.

Bersihkanlah segalanya...

Saya menulis entry ini selepas hampir 12 jam perhimpunan BERSIH berlalu. Pada home FB saya penuh dengan post / wall berkaitan BERSIH. Ada yang menyokong, dan tak kurang juga yang mengutuk. Antara yang mengutuk adalah bekas anak-anak murid saya di KTT, rakan-rakan lama samada di KTT, UKM, TAHAPIAN dan tak kurang juga rakan-rakan di tempat saya bekerja sekarang. Tapi ex-student yang kutuk tu masa di kolej antara pelajar yang agak kurang ke kelas juga, tapi tidak mengapalah. Hak masing-masing untuk menyatakan pendapat.

Cuma apa yang saya nak ulas adalah bagaimana sukarnya mereka memahami perhimpunan aman adalah hak yang dijamin dalam perlembagaan. Ertinya pihak pemerintah mahupun polis bukan sahaja tidak boleh menghalang, mencederakan atau menyemburkan gas pemedih mata, tetapi mesti melindungi mereka dari pihak yang berniat melalukan provokasi.

BERSIH sejak dari awal menyatakan pendirian mereka, untuk menyerahkan memorandum kepada YDPA yang mengandungi 8 tuntutan pilihanraya yang bersih. Adakah di situ sebarang penyataan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam? Adakah penganjur ini membuat perhimpunan berasaskan sentimen perkauman seperti dilakukan PERKASA dan HINDRAF? Jika tidak, maka apa yang dilakukan Polis atas arahan kerajaan adalah keterlaluan dan amat kejam kepada mereka.

Ada juga yang berpendapat, mengapa mesti perhimpunan? Mengapa tidak poskan sahaja kepada YDPA? Agak-agak kita jika Tuanku Abdul Rahman seorang nak mohon kemerdekaan, agakjnya British bagi ke. Bagaimana pula jika hanya 2-3 kerat pemimpin Melayu yang menentang Malayan Union? Mungkin pemerintah British akan mentertawakan mereka. Tetapi disebabkan perhimpunan (yang cukup dibenci penyokong BN) inilah yang menyebabkan British berfikir 10 kali untuk meneruskan Malayan Union. Sama seperti penyokong UMNO dan PERKASA yang membuat perhimpunan di Selangor dan P.Pinang (siap bawa kepala lembu lagi) , BERSIH ingin menunjukkan bahawa tuntutan ini bukan dibuat atas dasar syok sendiri, tetapi mempunyai angka yang jelas menyokongnya. Mereka semua tidak dibayar atau disediakan jamuan yang enak-enak, tetapi datang atas kerelaan mereka sendiri.

Ramai juga beranggapan, ramai peniaga yang rugi dan sebagainya. Pertama adakah mereka benar-benar rugi? Mungkin ya. Kedua, siapa sebenarnya penyebab mereka rugi. Jika perhimpunan ini dijalankan secara aman, tiada polis yang mengganggu, mungkin bukan sahaja tak rugi, malah untung berlipat ganda. Berapa ramai yang perlu makan, minum, beli barangan sampingan dan sebagainya. Ketiga? Bagaimana pula semasa himpunan di PP, ramai juga yang tutup kedai, kenapa TV3 tidak interview mereka? Double standard ke?

Pemikiran seperti di atas membuktikan fahaman kebendaan telah betul-betul meresap dalam jiwa masyarakat kita. Cuba kita fikirkan, jika rakyat Palestin tidak melawan dan memberontak, serta menyokong kerajaan Israel yang ada, mungkin mereka akan hidup lebih aman dan damai. Begitu juga semasa zaman Rasulullah, kalau Nabi begitu cintakan keamanan, Nabi takkan sahut perang dari sesiapa pun. Biarlah maruah dan hak tergadai, asalkan kita boleh hidup aman. Tetapi tidak begitu, kerana tuntutan hak dan keadilan itu ada harganya. Seperti kes hari ini, jika peniaga kain yang kaya raya itu tidak dapat sebat wang kita hari ini, masalah sangat ke buat kita. Jika pemandu teksi tidak dapat mencekik darah, masalah ke buat kita. Sedangkan Rasulullah S.A.W mengorbankan bukan sahaja harta, malah nyawa Baginda demi menegakkan Islam.

Apapun, kita punya pandangan dan persepsi masing-masing. tiada apa dan silakan mencambah minda anda. Cuma janganlah terlampau-lampau mengata dan menghina mereka yang kita tidak suka, kerana Allah tidak suka kita melampaui batas.

Thursday, July 7, 2011

hady-83.blogspot.com: Tuhan dan Artis?

hady-83.blogspot.com: Tuhan dan Artis?: "Kita kat Malaysia negara yg dihuni oleh umat islam yg majoriti umat islamnya adalah melayu ni pasti selalu sangat mendengar ungkapan ini dar..."

Wednesday, July 6, 2011

Fraser's Hill : Place where cold is all

U think archery is easy, u re strictly wrong!
Horse riding is one of our most exciting activities this year. But the horse looks sad la
Manda and Mama Ina in front of the famous golf at Fraser's Hill
Manda and adik Rayyan really enjoy themselves at the playground
This is basically a private area, but we were insisted to take picture there coz it is very beautiful
Had our lunch at Puncak Inn, not bad but a little pricey. No wonder because this is hotel right

I have been to Fraser's Hill recently with my wife and kids and our 'adopted' sister, Ina. Before that we tried to familiarize ourselves with the hill by reading a number of blogs and articles. And we knew that Fraser is not the place that you can find entertainment at every corner, but the best place to run out from the busy of city and the stress of work. And they not wrong at all, this is one of the quietest and calmest place we have ever visited.

Fraser's Hill is cool, and you will be happy with that cool. Even at day, the temperature maintain below 15-17 degree Celsius. We stay at Shahzan Inn for one night, hmm, such a good hotel in the place like this. You know what i mean. The hotel generally got the highest number of recommendations and good comments so far from the visitors.

But do not eat at the hotel (except for free breakfast), because quite pricey but questionable in quality. But that's ok. We had our meal outside.

There are only two open eating place, one near the mosque (not so good) and the other at the playground (very nice). I am still cannot forget the delicious Nasi Goreng USA at Arzed Restaurant. Not only nasi, we also had Beef steak and sup tulang too. Quite surprise we can get such a nice food with very reasonable price there and the environment around is wonderful too with strawberry tree, playground, and the most important factor, cold!

Visitors especially English love Fraser's Hill not because they may feel at home, but also lot of trails there where they can walk into the denai and woods to enjoy the beauty of nature.

Entertainment? Significantly less than Cameron or Genting, but i think it's good, so the natural beauty is always reserved.

The kids was really enjoy so us, why? because at the time that relatively hot in our country, cold is everything that make us feel gooood.






Saturday, July 2, 2011

Memoir Abahku

Abahku Selamat Ahmad Kamal dilahirkan pada 4 Disember 1945 di Kampung Ajai, Raub, Pahang. Disebabkan kesilapan kakitangan hospital pada masa itu, ditulis 1946. Abah selalu menceritakan tentang itu dan pada hakikatnya memang abah dilahirkan pada 1945. Abah selalu menceritakan kepada kami dia dimandikan di tebing Sungai Dong di bawah payung, mungkin untuk mengelakkan terkena embun pada waktu itu.

Arwah Aki Alang memang terkenal sebagai seorang yang tegas dan garang, tetapi memiliki sekeping hati yang mulia dan sangat berprinsip. Sebagai seorang guru, Aki Alang memiliki karisma dan ideologinya yang tersendiri dan memandang persekitaran melangkaui jangkauan majoriti. Ketegasan dan kegarangan arwah aki sering diceritakan abah kepada kami dan membandingkan dengan dirinya yang ‘kurang’ garang tetapi masih garang.

Mungkin pada waktu itu, didikan yang terbaik adalah dengan ‘mengajar’ anak menjadi baik, tidak melakukan itu dan ini. Abah selalu mengulang ayat yang sama kepada mama “Biar dema menangis, jangan kita menangis”, buat bunyi Dong sikit. Abah selalu menceritakan Uncle Din (Salehudin, arwah) dan Uncle Mer (Amiruddin) yang selalu kena libas. Biasalah, agak nakal sikit. Abah sering menceritakannya dirinya kurang sikit nakal, tapi sekali sekala tu kena juga.

Adik-beradik abah semuanya mengaji dengan arwah aki, dan abah selalu cerita aunty nani dan nandai selalu menangis kerana diketuk rokok paip kalau tersilap. Lempangan dan tamparan tu memang biasa la. Mungkin arwah abah juga terbawa-bawa perkara yang sama semasa mengajar kami mengaji. Aku, kakak dan Adi selalu jugaklah menangis lepas mengaji. Tetapi Alhamdulillah, mungkin tinggi berkatnya mengaji sambil menangis selepas dilempang. Aku, kakak dan adikku Adi Berjaya khatam Al-Quran sebelum Darjah 6 lagi. Adik bongsuku Putri tak sempat diajar oleh arwah dan hanya mengaji samada dengan mama atau wo(nenek, dalam bahasa Kampar).

Arwah Aki meninggal muda, hanya sempat menimang seorang cucu sahaja iaitu Abg Zainal (arwah), anak sulung kepada Makwe Nun (arwah) dan Pakwe Jaafar. Mati dihujung tanduk kerbau yang mana turut mencederakan punggung abahku dan uncle Amir. Innalillah, sangat menyayukan kerana abah dan adik-adik masih kecil ketika itu. Tinggallah Wan Dongnya yang terus menjanda sehinggalah meninggal dunia pada tak silap 2006.

Selepas kematian Aki, pengembaraan Abah pun bermula. Langkah demi langkah ditapakkan dengan penuh berdikari dan tinggi maruah diri. Dari sekolah membawa ke maktab dan menjadi guru. Menyambung pengajian di USM sebagai mahasitua. Abahku pernah mencerita dia tak pernah join Minggu Orientasi yang pada waktu itu dianjurkan Persatuan Mahasiswa yang pro UMNO. Abahku hanya tengok dari jauh dan buat dek sahaja. Apabila tahu abahku masih belum di’basuh’ selepas tamat minggu orientasi, ada antara mereka yang mahukan abah diorientasikan sekali mengikut kehendak mereka. Abah jawab apa “Kalau berani, cubalah”.

Abah pernah menceritakan dia tak berkenan dengan cara persatuan mahasiswa tersebut mengendalikan orientasi. Bayangkan semua pelajar dikehendaki membawa sebiji kerusi di mana-mana sahaja mereka berjalan. Kononnya itulah ‘ilmu’ yang akan kita pikul nanti. Persoalan abah, kenapa facie tu tak bawa kerusi sekali, ‘penat’ dah ke menuntut ilmu?

BERSAMBUNG

Thursday, May 5, 2011

18 down, 18 to go!!

Assalamualaikum

Apa pula maksud angka di atas ni? Dah masuk 18 tahun ke?? Rasanya itu umur selepas diskaun 40%. Hehe.

Sebenarnya saya telahpun selamat mengambil 18 jam kredit Master SC UPM. Baru habis exam, huh lega, selesai juga 4 1/2 bulan yang penuh kepenatan dan kepayahan. Memang mencabar belajar separuh masa ni. Kalau UPSI bagi cuti penuh gaji jalan kan syuook! Apapun, terima kasih sekali lagi kepada UPSI kerana sudi menaja diri ini. Nak tanggung diri sendiri bukan tak mampu, cuma tak berdaya ye.

Ini bererti saya telah berjaya menghabiskan separuh perjalanan pengajian ini kerana jumlah jam kredit yang perlu diambil adalah 36. 30 jam kelas, 6 jam projek. Bagus kan UPM ni, saya dengar di UiTM kena ambil 36 jam kelas dan 6 jam projek. Lagi lemah. Dan berita baik untuk yang nak melanjutkan pengajian Master di UPM selepas ini (september intake), anda dikehendaki menghabiskan 40 jam kredit. Hahaha...

Ini juga bermakna saya telah memasterkan diri dengan subjek-subjek di bawah :
SOFTWARE ARCHITECTURE
SOFTWARE AGENT
OBJECT-ORIENTED PROGRAMMING
RESEARCH METHOD IN COMPUTER SCIENCE
SOFTWARE EVALUATION
ADVANCE NETWORK SECURITY

Subjek yang akan diambil semester hadapan adalah :
DATA MINING
EMPIRICAL METHOD
SOFTWARE QUALITY
FORMAL METHOD / REAL TIME SYSTEM

Bolehlah kalau nak tanya apa-apa tentang semua di atas ini. Apapun UPM memang rocks!

Tuesday, March 29, 2011

APABILA 'PEJUANG BANGSA' MINUM ARAK


Assalamualaikum

Tak ramai antara kita yang mengenali blogger kerana sememangnya kehidupan mereka banyak di belakang tabir (atau di depan skrin komputer) sahaja. Mungkin kita lebih mesra dengan nama dan bukan pemilik badannya. Kadang-kala akhbar 'pemfitnah rakyat' seperti Utusan lebih gemar memetik entry dari blog dari berita wartawannya sendiri kerana apa, kerana penulis blog boleh berselindung di balik blognya sendiri. Contohnya Dr Novandri, kita pun tak tahu entah doktor entah tidak.

Namun, dalam entry yang ringkas ini saya hanya nak menunjukkan gelagat seseorang yang mengaku pejuang bangsa dan agama sahaja. Blognya iaitu House PK amat popular dengan ungkapan "Umno itu Melayu, PAS itu Islam, Anwar Al-Juburi Harus Bertaubat"

Saya tak kata apa-apa, dah minum atau belum tu kita tak tahu. Namun jika beginilah rupanya pejuang bangsa, saya tak tahulah pula rupa yang lain-lain tu. Sendiri mau ingat

Wassalam

Wednesday, March 23, 2011

Core Business



Sejak kebelakangan ini, Boss sering panggil saya ke bilik dan bertanyakan tentang status sistem yang saya kendalikan iaitu LMS. Korang tau ke LMS? Learning Management System le atau di UPSI dikenal sebagai MyGuru2.

Boss selalu kata "Wira, MyGuru2 is our core business","Core business Wira","Don't forget our core business". Perkataan itu sering tengiang2 di minda sampai x bawak dalam mimpi pun. hehe.

Nak rasa bangga pun ada, cuak pun ada. Bangga sebab sistem yang kita jaga, yang kita belai diiktiraf sebagai core business. Yang risaunya apabila core business, boss hampir setiap hari nak tahu progress pengguna, report mesti mantap, cara kerja mesti mantap, latihan kena tip top, no error or down at all! In the other words "Makin banyak kerja!"

Tapi saya perlu mengambil ini sebagai peluang yang ada untuk membangunkan diri. Teringat masa mula-mula membuat keputusan meninggalkan KTT dan berhijrah ke Tg Malim, sebab utamanya adalah untuk memantapkan diri dalam dunia yang saya kuasai iaitu teknologi maklumat. Tak best mengajar jika kita sendiripun tidak pernah mengalami senario yang diajarkan.

So, core business Wira, get back to work!

Sunday, March 20, 2011

KALUT DI KOTA KINABALU


Pada 16 Mac baru ini saya diarahkan untuk ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menguruskan pendaftaran pelajar PJJ guru-guru di sana. Tahniah kepada yang berjaya kerana bukan selalu peluang sebegini muncul buat pendidik sekalian, kerajaan tanggung pengajian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.

Perjalanan singkat ke KK ini menyebabkan saya tak sempat nak merewang ke manapun, hanya sekejap di pasar filipin dan kawasan sekitar Beverly Hotel tu je.

17 Mac, hari pendaftaran dijadualkan di Kolej Yayasan Sabah, City Campus. Ya, memang itulah alamat yang diberikan kepada saya dan pelajar-pelajar yang ingin mendaftar. Teksi dari Beverly ke KYS cajnya RM11.00. Ok le kot, tempat tu pun tak susah nak cari.

Namun kekalutan bermula apabila Wisma PPS yang dikatakan bukan di dalam kampus KYS! 2-3 orang pelajar perempuan yang ditemui di KYS pun tak pernah dengar Wisma PPS. Akhirnya saya ketemu dengan seorang pensyarah lelaki yang mengatakan Wisma PPS tak jauh, 5 minit perjalanan sajak, bangunan BARU itu!

Akhirnya saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Kami set in mind, tempat tu tak jauh dan bangunannya baru ye..ingat tu..baaru! Namun perjalanan kali ini tidak lagi semudah tadi apabila si teksi pun tidak tahu di mana Wisma PPS!

"Saya pun ndak pernah dengar tempat itu" lebih kurang le.

Kami pun pusing punya pusing, masuk taman, keluar taman, tak jumpa-jumpa. Lebih teruk lagi, kami diekori oleh lebih kurang 10 buah kereta (pelajar yang nak daftar) yang masing-masing ingat kami ni tahu.. Aduii.. malu betol rasa. Taxi driver tu call kawan dia, kami pun kawan kami pulak. Dia kata dekat dengan Kementerian Wanita, kami pulak kata dekat dengan sekolah.

Last2 jumpa jugaklah Wisma PPS yang rupanya bukan bangunan baru, tapi BARU DISEWA agaknya. Hampeh!! Dan bukan dekat, sebab seorang guru yang berjalan kata "Mau patah kaki aku bah"

Tapi syukurlah perdaftaran tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah ke tengahari. Lepas tu, sempatlah singgah jap beli kuih cincin di pasar phillipines and balik ke semenanjung dengan leganya..

Wednesday, January 12, 2011

Adakah kita rasis?



Apabila kita berhadapan dengan isu kaum dan agama di sebuah negara berbilang kaum di Malaysia, saya sering meletakkan diri saya sebagai orang Melayu atau Islam di sebuah negara yang ditadbir bukan Melayu dan bukan Islam. dari situ, lebih mudah kita menafsir atau mengagak bagaimana perasaan orang bukan Islam dalam menghadapi hal sebegini.

Isu kaum sememangnya amat sensitif tetapi ianya berbeza pada setiap orang. Satu masa dulu abah saya selalu berkata, India tak patut marah jika orang menggelarkan mereka Keling kerana ianya adalah panggilan 'rasmi' terhadap mereka zaman 'Hang Tuah' dahulukala. Begitu juga dengan ungkapan 'Jika jumpa India dan jumpa ular, pukul India dulu'. Itu adalah peribahasa lama yang digunakan orang Melayu sejak beratus tahun bagi mengumpamakan India sebagai bangsa yang pembelit dan sukar dipercayai. Ya, pada ketika itu, saya cukup setuju.

Selepas Mac 2008, negara kita telah dibenihkan dengan begitu banyak isu kaum, yang terbanyak dan terkerap semenjak saya mengenali huruf dan membaca berita. Isu kepala lembu, hak istimewa Melayu, DEB, kuasa Sultan dan yang terkini Interlok. Mungkin dulu sewaktu saya masih remaja, mentah dan tak fikir panjang, kerat jari saya akan sokong Melayu dan hentam habis-habisan bukan Melayu.

Sekarang saya dan beransur matang (atau sepatutnya matang..hehe), dan mula memandang suatu isu dalam perspektif yang lebih luas. Saya selalu berfikir, mengapa kita melakukan ini dan itu bagi orang yang tak sebangsa dan seagama dengan kita. Analogi saya mudah, katakanlah saya tinggal di sebuah negara yang mana majoritinya bukan Melayu / Islam. Semasa tingkatan 5, saya diwajibkan membaca sebuah novel. Di dalam buku ada menyebut Melayu ini datang ke sini sebagai perempat, pemalas, bangsanya kuat dengki antara satu sama lain, suka menipu dan makan benda yang kotor dan busuk seperti durian dan belacan. Pemerintah mengatakan novel tersebut sah kerana itulah hakikatnya bangsa saya dahulu (jika tidak sekarang). Saya cuba menilai perasaan saya jika berhadapan dengan situasi tersebut. Ya, saya akan rasa sangat marah, panas hati dan sangat rasa ditindas. Kawan-kawan walaupun tidak menyindir secara depan, akan bercakap di belakang. Orang yang selama ini mungkin tak tahu, dah jadi tahu. Yang sebelum ini tak benci, dah jadi benci. Bukan kita boleh kawal perasaan seseorang kan.

Jangan salah sangka, pandangan saya ini tidak ditujukan kepada novel Interlok, malahan ramai juga tokoh politik dan sastera mengatakan ia tidak rasis. Saya pun belum membacanya dan tidak berhak saya memberi komen tentangnya. Tetapi untuk hal-hal yang lain, inilah pandangan saya. Dari situ, kita sebagai manusia yang waras boleh menilai samada kita sedang membuat orang lain terasa hati atau tidak.