Saturday, December 9, 2017

Perjalanan Sepi Mencari Ilmu Ilahi. Inilah Post pertamaku setelah bertahun menyepi

Sedar tak sedar aku telah berada selama 15 bulan dalam perjalanan ini. Masih ada 21 bulan lagi yang perlu ditempuh. Tetapi bak kata pengacara majlis zaman dulu-dulu, masa amat mencemburui kita. Pejam celik kita dah lebih setahun dari 3 tahun pengajian. Kadang terfikir, betul ke apa yang aku buat ni? kena ke dengan tajuk? Adakah aku menyumbang kepada "body of knowledge"? Bertaraf PhD ke projek aku ni?

Tambahan lagi jika kita membaca artikel-artikel dari jurnal Q1. Kita rasa macam apa yang kita buat ni jauh panggang dari api. Macam karangan budak tadika pun ada. Letak ni tak kena, letak itu pun tak kena. Tapi penceramah kursus selalu mengingatkan, jangan terpengaruh dengan andaian sedemikian. Semuanya penulis akan bermula macam kita, yang merasakan artikel orang lain semuanya hebat, malah semua yang kita baca adalah karangan dan idea yang hebat, kecuali tulisan kita sendiri. Tetapi percayalah, ianya akan berakhir bila anda mahu ia berakhir.

Jadi apa yang aku buat dalam 15 bulan ini? Tajuk, objektif kajian, bacaan literatur? Metodologi? Jangan tanya apa-apa kepada pelajar PhD. Ia serta merta akan menghilangkan mood mereka. Betul ke? huhu