Saturday, December 9, 2017

Perjalanan Sepi Mencari Ilmu Ilahi. Inilah Post pertamaku setelah bertahun menyepi

Sedar tak sedar aku telah berada selama 15 bulan dalam perjalanan ini. Masih ada 21 bulan lagi yang perlu ditempuh. Tetapi bak kata pengacara majlis zaman dulu-dulu, masa amat mencemburui kita. Pejam celik kita dah lebih setahun dari 3 tahun pengajian. Kadang terfikir, betul ke apa yang aku buat ni? kena ke dengan tajuk? Adakah aku menyumbang kepada "body of knowledge"? Bertaraf PhD ke projek aku ni?

Tambahan lagi jika kita membaca artikel-artikel dari jurnal Q1. Kita rasa macam apa yang kita buat ni jauh panggang dari api. Macam karangan budak tadika pun ada. Letak ni tak kena, letak itu pun tak kena. Tapi penceramah kursus selalu mengingatkan, jangan terpengaruh dengan andaian sedemikian. Semuanya penulis akan bermula macam kita, yang merasakan artikel orang lain semuanya hebat, malah semua yang kita baca adalah karangan dan idea yang hebat, kecuali tulisan kita sendiri. Tetapi percayalah, ianya akan berakhir bila anda mahu ia berakhir.

Jadi apa yang aku buat dalam 15 bulan ini? Tajuk, objektif kajian, bacaan literatur? Metodologi? Jangan tanya apa-apa kepada pelajar PhD. Ia serta merta akan menghilangkan mood mereka. Betul ke? huhu

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014

Akhirnya 2013 meninggalkan kita semua. Benarlah kata Imam Ghazali RA, yang paling jauh bagi kita adalah masa lepas. Apabila ia lepas, tak mungkin kita dapat menggapainya lagi.

Sebelum aku ingin meneruskan kehidupan ku dan keluarga untuk tahun 2014 yang penuh mencabar (juga digelar Tahun Barang Naik oleh sesetengah perawi politik), ingin ku singkap semula tahun 2013 yang padaku penuh suka dan duka, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Padaku 2013 begitu banyak perubahan yang berlaku. Bermula dengan kami sekeluarga berpindah dari rumah lama kami di Apartment Damiana, ke teratak indah kami di Tamarinda Proton City. Rumah kami kecil sahaja, tetapi cukup untuk memuatkan 1001 lagi memori kekeluargaan.

Aku juga telah dinaikkan sebagai Ketua Unit e-Pembelajaran di Pusat ICT, UPSI. Satu jawatan yang jika nak kira banyak kerjanya. Tetapi aku terima tawaran ini dengan rela hati walaupun ditolak oleh 2 pegawai yang lebih senior, kerana aku percaya, jawatan ini akan lebih mematang dan mendewasakan diri serta pemikiranku.

Tidak lama selepas aku memimpin sebuah unit yang baru di ICT, kami semua berpindah dari pejabat lama di Bangunan E-Learning Kampus Sultan Abdul Jalil ke bangunan khas Pusat ICT di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Di sinilah aku mula dihadiahkan dengan bilik sendiri lengkap dengan perabot yang pelbagai. Untuk pengetahuan, 6 tahun aku bekerja sebagai Pegawai di partition sahaja, tanpa bilik. Malah di BEL, kami tidak dibekalkan dengan partition pun. Apapun, aku amat gembira berpindah di pejabat baru kerana jaraknya dengan rumahku hanya 3.7km berbanding 9.5km sebelum ini. Dalam erti kata lain, aku boleh bertolak ke pejabat jam 7.50 pagi dan masih sempat punch in jam 7.58.

Tidak lama selepas kami berpindah rumah, isteriku disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah. Bulan Mei hingga Jun memang agak mencabar, apabila isteriku alah teruk sangat2. Hanya terlantar di atas pada kebanyakan waktu. Akulah yang menjadi abah dan mama sementara pada Amanda dan Rayyan.

5 Mei 2013, pilihanraya umum ke-13. Bukan hanya aku seorang tetapi majoriti rakyat menganggap PRU13 adalah yang paling sengit dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Sekali lagi, buat kali ke 3, aku mengundi di DUN Mentakab dan Parlimen Temerloh. Agak menarik apabila kali ini, aku dan adikku Adi dapat pulang bersama-sama dan sempat mengibarkan bendera parti di atas kereta kami pada hari mengundi, kempen saat akhir yang sangat berjaya!

Walaupun laman sosial banyak membayangkan PR menang pada jam 11 ke 12 malam, tetapi akhirnya BN menang jua dengan 131 kerusi. Menariknya buat kali pertama dalam sejarah, undi popular BN lebih kurang daripada lawan iaitu 47% sahaja. Makanya untuk tempoh 4 ke 5 tahun ini, kita diperintah oleh sebuah kerajaan minoriti dan bukan majoriti.

2013 juga membawa satu nafas baru buat pasukan Pahang FA. Di awal musim, mereka hanya dilabel 2 bintang oleh sebuah akhbar. Baru naik dari Liga Perdana, bermain dalam Play off dan dibarisi 90% pemain muda. Akhbar tersebut turut memberikan Kelantan dan JDT 5 bintang. Pahang paling rendah sekali dengan Felda United iaitu 2 bintang. Namun, Pahang menunjukkan kegarangannya apabila berjay menumpaskan JDT 3-2 di SDM selepas ketinggalan 2 gol. Kecemerlangan dan keajaiban Pahang diteruskan apabila berjaya mendapat tempat ke-5 liga Super, layak ke separuh akhir Piala FA serta yang paling gah dan terhebat sekali, juara Piala Malaysia 2013.

Dan pada 30 November 2013, kami telah dikurniakan seorang lagi cahaya Mata iaitu Ahmad Riyadh Rifqi menjadikan kami sekarang dah ada 3 orang anak iaitu Amanda, Rayyan dan Riyadh.

Jika nak kira memang banyak yang manis kerana aku bercadang untuk tidak menulis segala yang tidak manis.

Ahmad Riyadh Rifqi Ahmad Wiraputra

Ahmad Riyadh Rifqi Ahmad Wiraputra. Itulah nama anak bongsuku yang bary dilahirkan pada 30 November lalu. Cukup indah seindah namanya, sangat harum seharum nafasnya dari syurga. Sangat cantik secantik budi dan akhlaknya insya Allah.

Kelahiran Iyad menjadikan aku kini adalah ayah kepada 3 orang manusia comel di muka bumi ini. Putri Kasih Amanda, Ahmad Rayyan Rizqi dan Ahmad Riyadh Rifqi.

Selamat datang ke dunia. anakku



Monday, November 18, 2013

Akhirnya

Pahang 1 kelantan 0

Tiada kejayaan yang lebih manis bagi rakyat Pahang tahun ini selain menyaksikan tok gajah menjadi juara Watson Piala Malaysia tahun ini. 3 November 2013 dan nama Matias Conti pastinya akan dikenang lama oleh kami peminat "Hitam putih takkan padam".

Aku dan adikku Adi sebenarnya memang excited sangat utk ke SSA tahun ini.Kami menyaksikan sendiri Pahang membenam Sarawak 3-1 di separuh akhir. Dan memang rezeki kami yang hampir tak dapat tiket untuk ke final. Penuh liku,itulah frasa yang sesuai ttg perjuangan kami mendapatkn tiket.

21 tahun,memang penantian yang amat panjang dan memenatkan. Dan akhirnya, oh ale ale,ale ale tok gajahku.

Tuesday, October 29, 2013

Hogoh Tok Gajah!

Assalamualaikum

Memang memalukan betul aku sebagai blogger, tapi untuk 2013 ini post yang pertama. Dah nak hujung tahun dah. Tak tahulah kenapa, mungkin terlampau sibuk dengan kerja dan terlampau bahagia dengan kelaurga, blog ni pun dah berhabuk dah.

Oktober 2013, mmg bulan demam Piala Malaysia. Dan tahun ini bertambah-tambah semangat lagi kerana pasukan kesayanganku Tok Gajah berjaya mengharungi cabaran sehingga ke final. Kalau ada rezeki, Ahad ini aku, Adi dan Jeli akan ke Stadium Shah Alam. Semangat ni, dan 16 Pahang tak ke final. Sekali-sekala ni mesti tengok. Lawan pula bukan calang-calang beb, Kijang!

Tapi sebab kami sendiri pun masih belum confirm tiket, maklumlah tempah dengan orang lain, tak bolehlah nak sembang lebih2. Apapun semoga Pahang berjaya mengatasi Kelantan Ahad ini seterusnya membawa piala idaman Malaya ke negeri Pahang selepas 21 tahun.

Misi 92! Hogoh Tok Gajah!

Friday, December 21, 2012

Tempat untuk berlindung kami

Assalamualaikum

Hari ini memang agak bertuah. Tarikh cantik 21/12/2012, hari Jumaat dan dikatakan oleh kaum Mayan dan Nostradamus sebagai hari terakhir bumi ini wujud. Namun pastinya tiada apa yang berlaku kerana aku masih menulis.

Mengapa bertuah ye? Sebenarnya setelah menunggu hampir 4 bulan dari tarikh asal yang dijanjikan, kami akhirnya mendapat kunci untuk masuk ke rumah baru di Proton City. Bersyukur kepada Allah kerana akhirnya aku mampu memiliki rumah sendiri walaupun tidak sebesar mana, tapi amat cantik dan comel. Lebih dari cukup untuk aku, Lina, Amanda, Rayyan, adik Rayyan, adik adik Rayyan...

Memang menjadi impian setiap orang memiliki tempat berteduh, dan kini ianya sudah dalam genggaman. Rugi sebenarnya bayar sewa, lebih kurang RM16,000 bagi kat orang macam tu je kan.

Kunci dah dapat, tapi tak boleh nak tidur lagi. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, Gril, kabinet dapur, wiring, plumbing sikit2, astro, perabot dan banyak lagi. Makan sebulan juga rasanya nak settle. Tapi harap bulan ini adalah yang terakhir aku bayar sewa untuk berbumbung bersama keluarga.

Wednesday, August 8, 2012

TEMPAT YANG PALING AKU NAK PERGI DALAM DUNIA NI

Assalamualaikum

Kali ni ingat nak share dengan 'peminat setia' blog ini, revolusioner sekalian tempat-tempat yang paling aku nak pergi dalam dunia ni. Mungkin ramai antara kita yang teringin sangat ke London, Paris, New York, Tokyo atau bandaraya besar dunia yang lain. Sebaliknya aku lebih suka ke tempat yang lebih bersifat 'alam semulajadi' atau mempunyai kebudayaan dan geografi yang agak menarik.

Untuk itu, aku akan berkongsi 5 tempat yang paling paling paling aku nak pergi sebelum menutup mata kalau boleh. Sesetengahnya memang agak mustahil, tapi setengahnya Insya Allah, cukup fulus, boleh pegi. Hehe.

Makkatul Mukarramah dah tentu kita akan tuju. Ni tempat-tempat lain la.


1. Jerusalem

Kota bagi 3 agama (Islam, Kristian dan Judaisme). Baru ni seorang dari bekas pelajarku di KTT berpeluang ke sana. Jelesnya aku tengok dia bergambar berlatar belakang Masjid 'Dome of The Rock' yang indah itu. Minatku untuk ke kota ini semakin membuak-buak selepas bermain game 3 Roads to the Holy Land. Dari situ aku tau, Jerusalem adalah kota yang penuh dengan kebudayaan dan landskap bagi perkembangan 3 agama terbesar di dunia. Bagaimana nak kesana? Hmm, tak pastilah. Selagi Israel mencengkam kota itu, mungkin aku hanya akan ke sana dalam misi kemanusiaan kot. Takpun join je team Jejak Rasul. Hehe


2. Pulau Natuna

Natuna?? Kat mana tu. Hehe. Sebenarnya pulau tu dekat sahaja. Ia terletak di betul-betul di tengah antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Kenapa nak ke pulau ni? Saja. Ikut kata hati sahaja. Sejak dulu aku suka membaca Atlas, setiap benua aku akan perincikan. Jadi pulau ni macam menggamit sangat. Tambah lagi sejak kebelakangan ni ketika menaiki flight ke Sabah, aku akan nampak pulau ni dari atas. Jadi aku menetapkan satu hari, aku akan ke sana Insya Allah. Pulau ni terletak dalam wilayah Riau Indonesia. Memang bukan pulau pelancongan, tapi pantainya memang superb!


3. Germany

Yeah my favourite country. Jerman bukan sahaja pasukan bolasepak kegemaran tetapi juga negara yang aku sangat nak pergi. Atas faktor apa, mungkin budaya, makanan, cara kehidupan. Malah selalu terfikir untuk terus menetap di sana. Tapi aku pasti, masalah utama yang akan timbul adalah bahasa. Bahasa mereka ni bukan mcm english atau spanish. Tapi memang betul-betul lain. Contohnya TV atau televisyen, English sebut television, France sebut television, Belanda sebut televisie dan Spain sebut televisione. Tapi Jerman sebut apa tau...Fernsehen. Mai ai,  jauh betul


4. Selat Bering

Siapa kata US dengan Russia jauh? Dalam peta memang nampak kedua-dua negara 'giant' ni bertentangan, tetapi sebelah disebabkan bumi kita yang bulat, kedua-dua duduk sebelah menyebelah je. Macam jiran la. Selat Bering adalah pertemuan antara tanah besar Russia (dulu USSR) dengan Alaska di US. Menarik kan. Antara hujung ke hujung di peta dunia, di sinilah 'mereka' bertemu. Bagaimana nak kesana, entahlah. Nak kena jadi team Discovery Channel dulu kot.


5. Bhutan

Percutian eksotik. Siapa sangka negara kecil di pergunungan Himalaya ini adalah negara tempat bercuti taikun-taikun besar dunia dan artis Hollywood. Manakah tidak, negara ini mengehadkan jumlah pelancong kepada beberatus orang sahaja sehari bagi mengekalkan keaslian alam semulajadi serta kebudayaan mereka. Sebuah negara beraja yang mana Buddha menjadi agama utama, negara ini adalah Landlock, tiada pantai dan for sure tiada aktiviti perikanan. Mengapa nak ke sana? Only one word..exotic! Istananya exotic, makanan exotic, pakaian pun exotic! Pemandangan, pastinya superb!



TBC....