Thursday, February 5, 2009

Akhirnya Perak jatuh atas kepingan jutaan wang


Setelah 11 bulan memerintah, akhirnya kerajaan PR Perak berjaya ditumbangkan oleh BN. Banyak respons yang saya dengar dari kawan-kawan, bloggers dan rakyat jelata amnya. Hampir 90% mengharapkan Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

Ada juga suara2 sumbang yang dangkal mengatakan, jika buat pilihanraya banyak la pakai wang, membazirkan wang rakyat. Bagi saya ini bukan soal membazirkan wang, tetapi untuk membentuk kerajaan melalui lunas undang2. Yang memerintah kita ini adalah lawmakers, electorat dan banyak lagi istilah yang diberikan kepada mereka, takkan kita sanggup membiarkan negeri kita diperintah melalui penipuan, politik wang dan pengkhianatan.

Apa yang terbaik kepada Perak adalah menyerahkan semula kepada rakyat. Namun kita pasti BN tidak akan membubarkan DUN kerana dalam keadaan sekarang, mereka amat tidak yakin dapat menguasai Perak semula melalui undi rakyat.

Di situlah, duit menjadi taruhan. Bahkan menurut ahli-ahli pembangkang yang ditawarkan, jumlahnya bukan sedikit, mungkin mencecah RM50 juta. Nampak mcm jumlahnya ditambah2, tapi tidak mustahil. Tidak mustahil bagi seorang bekas posmen yang dituduh rasuah dan berzina menerima jumlahnya tersebut bukan saja untuk menjadi kaya secara ekspres tetapi melepaskan diri dari tuduhan yang sedang dihadapi.

Apapun, Sultan dah menitahkan, kerajaan BN yang akan memerintah, kita akur sahajalah. Kepada YB Nizar, saya amat kasihan dengan anda. Saya pernah jumpa YB Nizar, bersalaman, malah bersolat jamaah bersama, saya tahu beliau orang baik dan ikhlas.

Memang kita rasa kecewa kerana Perak tersungkur bukan disebabkan pilihan rakyat, tetapi atas kepingan wang ringgit. Bersabarlah rakyat Perak, mungkin mereka untung sekarang, tetapi tak mustahil mereka akan rugi kemudian.

5 comments:

toksetiu said...

jangan cepat membuat tuduhan kpd orang,sedarlah satu jari menunding kpd org lain,4 jari lagi menunding kpd kita

from toksetiu.blogspot.com

azmi yusof said...

sealalu orang megata rasuah itu dan rasuah ini..kalau tuan tahu, bagitahulah..mana duit berjuta tu?simpan kat mana?saya pun nak tahu juga..kenapa bila si anwar beriya nak rampas kerajaan pada 16 september ramai glongan macam saudara setuju..bukan main menyokong..bila terkena batang hidung sekarang baru tahu ia tidak demokrasi..tak betul..macamtulah orang lain selain golongan saudara rasa..ingatlah tak semua orang mlaysia ni tak pandai nilai...

puteraterengganu.blogspot.com said...

dah kena penampar sire mi..senyap dah

Ahmad Putra said...

tapi kalo x silap dulu BN jugk yang mengatakan lompat2 parti ni katak la, anwar ni nak jajah Malaysia ikut pintu belakang la..

Sekarang BN jajah Perak ikut belakang la ek..

Aku x kisah la kalo korg konsisten, mslahnya korang pun x konsisten.

Dulu menentang jugak, tapi skrg menyokong pulak.

Bab kepingan jutaan ringgit ni ada akuan bersumpah..kalo x, sy cabar adun behrang & cjering buat akuan bersumpah x pnah terima duit

Anonymous said...

KEHKEHKEH TUL LE TU LOMPAT PARTI MCM KATAK. TP ADE PULAK PIHAK TUH YG TERHEGEH2 NK JDKAN SI 30 EKOR KATAK "PUTRA RAJE" DGN APE CARE ASALKAN DIA BEJAYE KEHKEHKEH. AKHIRNYA KATAK X JD PUTERA RAJA. DIA NANGIS2 TEGOLEK DI JLN RAYE! KEHKEHKEH