Tuesday, May 5, 2009

Perlukah Yang Mulia?

Kita perhatikan masyarakat kita dalam urusan rasmi masih meletakkan gelaran 'Tuan' kepada individu bernama 'Syed' atau 'Syeikh' dan gelaran YM atau 'Yang Mulia' untuk yang bernama Raja atau Tengku.

Saya tidak bercakap mengenai Dato', Tan Sri, YAB, YB dan seangkatan dengannya kerana ia adalah kurniaan khas dari Sultan atau gelaran khas buat wakil rakyat. Tetapi untuk Syed atau Raja (nama), mengapa perlu ada gelaran khas. Bukankah mereka sebenarnya sama sahaja darjat atau tarafnya dengan kita. Itu belum menyebut soal darah lagi seperti cerita P.Ramlee Antara 2 Darjat.

Bukan saja nak persoalkan, tetapi mengapa kita masih perlu mengangkat golongan ini hanya kerana nama yang menjadi tradisi turun temurun sahaja. Mungkin 1000 tahun dahulu kita cukup hormat pada Pak Arab, dan kita panggil mereka Tuan. Jadi keturunan Arab ini pun meletakkanlah 'Syed' pada nama awal mereka, malah ada yang sanggup tak kahwin selagi tak jumpa 'Sharifah' yang kononnya setaraf dengan mereka. Satu pemikiran yang amat kolot, dangkal, dan tak masuk akal. Pada masa kini mungkin kita akan berjumpa orang yang bernama Syeikh atau Syed yang bekerja yang perompak atau pembunuh, adakah kita masih nak panggil mereka Tuan??

Begitu juga Raja dan Tengku, ianya hanya tinggal pada nama sahaja dan hakikatnya mereka mungkin dah hilang segala bau-bau bacang pun dengan Sultan atau Raja. Jadi mengapa perlu gelar mereka Yang Mulia? Adakah mereka lebih mulia dari kita? Adakah Allah akan meletakkan mereka di Syurga lebih awal dari kita? Adakah gelaran YM akan menghalang mereka ke Neraka sekiranya bergelumang dosa?

Poin saya mudah, bukannya hendak mengecilkan atau menyinis orang yang bernama Syed atau Raja, ramai juga kawan saya yang bernama Syed. Malah antara tokoh yang saya sangat kagumi adalah Syed Naquib Al-Attas. Tetapi ini membuktikan orang kita masih lagi berfikiran feudal dan tidak kedepan. Sikap seperti ini tidak akan membawa kemajuan kepada bangsa kita lantaran sifat 'perhambaan' yang masih menebal dan membuta tuli. Tiada salahnya jika kita semua berkongsi gelaran yang sama iaitu Encik, Cik atau Puan. Jika dah terima kurniaan dari Sultan tu, tiada apalah, mungkin banyak jasanya sehingga diiktiraf oleh baginda. Tetapi yang lain-lain tu, takperlu sampai nak kena panggil YM atau Tuan setiap kali dinyatakan nama dalam surat rasmi.

1 comment:

Dzul_MT said...

Assalamualaikum WBT...
Dulu saya pn beranggapan begitu, seolah2 tidak penting. Apa ada pd gelaran?
Tetapi mereka yang bergelar SAYYED/ SAYYEDAH atau SYARIF/SYARIFAH di pangkal namanya, jika dia dapat buktikan salah silah keturunannya (kebiasaanya mereka sememangnya menyimpan salasilah keturunan mereka)bersambung @ bernasab daripada Nabi SAW, maka menjadi keutamaan untuk kita memuliakannya. Sayed/ Sayyedah berkuturunan Sayyidina Hasan RA manakala SYARIF/SYARIFAH berketurunan Sayyidina Hussain RA.

Keturunan nabi digelar Ahli Bait... Mereka haram menerima sedekah dan menerima zakat. Dengan cara ini, dapat memelihara nasab keturunan Nabi SAW.

WaAllahua'lam...