Wednesday, August 26, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Saya amat bersetuju dengan artikel dari TGHA ini. Walaupun mungkin akan mendapat kritikan dan kecaman dari Sisters In Islam, artikel ini walaupun pendek telah menyatakan hukum ini bukanlah untuk menyeksa umat, tetapi sebagai langkah pencegahan yang amat berkesan.

Semua muslim yang baik tidak mahu rumah mereka dirompak, isteri dan anak dirogol, atau anak mereka minum arak, kerana itulah naluri kita sebagai Islam. Jadi jika difikirkan semula, apakah langkah yang paling untuk mencegah semua yang disebut itu berlaku. Jawapan yang paling mudah, adalah hudud. Pada pendapat saya, hanya Islam Celup atau Islam Plastik sahaja yang menolak hukum ini.

Dan TGHA bersetuju bahawa hukum ini tidak boleh dijalankan dengan tergesa-gesa. Ianya perlu didahului dengan langkah pencegahan yang lebih lembut seperti larangan minum arak secara menyeluruh, walaupun di dalam rumah sendiri. Islam yang menyimpan arak, sama seperti menyimpan dadah. Setelah semua itu dilakukan, barulah kita menjalankan hukum dengan seadilnya kepada mereka yang minum arak.

Tuesday, August 25, 2009

Tahniahlah kepada yang menang

Pilihanraya Permatang Pasir baru sahaja selesai. Kepada yang menang, tahniah dan semoga Allah memberikan anda kekuatan untuk membantu penduduk Permatang Pasir dan Pulau Pinang amnya.

Kepada yang tewas, jangan bersedih. Adalah hikmah disebaliknya. Apapun di Ramadhan yang mulia, saya harap, yang menang dan kalah bermaafan la, tak perlulah kutuk2 atau ditimbulkan lagi kisah ini. Biarlah penduduk Permatang Pasir tenang dengan keputusan yang mereka telah buat.

Ramadhan Kareem...selamat berpuasa.

Sunday, August 23, 2009

Seni Programming

Prinsip asas saya dalam mem'program' adalah data. Apabila kita berjaya mewujudkan data yang sebenar, segala kerja mengaturcara akan menjadi mudah. Saya sering ibaratkan data ini seperti bata dan simen untuk bina rumah. Kalau bata dan simen ini cukup, design la rumah macam mana pun ia tetap akan jadi.

Sebut data ia tidak boleh lari dari pangkalan data. So, database inilah sebenarnya yang terpenting samada kita baru nak create, atau select atau delete sekalipun. Banyak masalah programming satu sistem yang berkaitan dengan sistem lain, berpunca dari data yang tidak lengkap.

Hmm, kalau tak lengkap, nak buat mcam mana, kena lengkapkanlah jugak. Dah tugas melengkapkan data sebenarnya amatlah sukar kerana ia ibarat kerja 2 kali. Inilah dilema sebuah negara membangun seperti Malaysia yang bersungguh nak laksanakan e-goverment la, e-payment la dan bermacam e lagi, tetapi pakar dan kelengkapannya masih di takuk lama.

Anyway, sebagai post pertama saya di Ramadhan Al-Mubarak, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan Muslim semua.

Wednesday, August 5, 2009

Amanda dah pandai jalan..she is unstoppable

He2..anakku Amanda dah pandai jalan. Mentang-mentangla baru dapat kaki, memang tak mahu berenti jalannya. Kita pulak yang penat mengejar sana sini. Kurus la abahnye, hua hua hua.

Then sekarang, Manda kuat gak makan, kalu nak makan dia sebut apa tau..Nak. Nak....Nak...Nak...Comel betulla anak abah ni.

Tapi lately dia manja sikit. Maklumlah nak dapat adik, kalau dilawan sikit angin dia, huh..bukan main marah..he3..