Sunday, January 3, 2010

Waroeng Penyek

Sabtu lepas saya dan family makan tengahari di Waroeng Penyet. Mungkin yang biasa ke The Curve Damansara akan perasan restoran ini. Waroeng ni menyediakan makanan tradisi dari Indonesia seperti bakso, sup bontot dan yang paling special, ayam penyet itu sendiri.

Memang sedap le ayam penyet yang tidaklah penyek sangat berbanding jangkaan awal saya. Yang nak makan kat restoran ni pun, siap kena beratur. Maklumlah terlalu ramai yang nak merasa ayam penyet di sini.

Melihat keadaan tersebut, saya pun terfikir kadang-kala kita terlalu emosi apabila memperkatakan tentang sinetron indon yang berlambak tetapi tidak bermutu, atau pekerja dari djowo yang melimpah ruah dan suka merompak rumah orang, atau lagu dewa yang lebih banyak dimainkan radio kita sendiri dari lagu mawi atau siti, tetapi apa nak buat, memang makanan mereka ni sedap jugak, sebagaimana sinetron dan lagu-lagu mereka.