Friday, November 5, 2010

Nik Aziz minta penyokong PAS jangan kecewa


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam. Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini. Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS. Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu. Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka. Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu. "Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.

Ulasan saya :

Biasalah, adat permainan ada menang ada kalah. Tahniah juga kepada PAS kerana menunjukkan kematangan dalam menerima kekalahan. Namun suatu yang agak mengecewakan apabila PAS nak memberi RM250 duit minyak kepada pengundi luar. Pada pendapat saya, mengundi sebenarnya tanggungjawab rakyat. Ikutlah dari ceruk mana mereka datang sekalipun, memilih pemimpin adalah menjadi kemestian bagi mereka. Tak perlu nak beri duit, dan akibatnya, UMNO dah gunakan isu ini sedikit sebanyak walaupun mereka BAPAK dalam melakukan perkara yang sama. Pak Mertua saya diberi RM400 untuk mengundi di Machang, jika BN menang dapat lagi RM400. Nasib baik (ke nasib tak baik buat abah..hehe), BN kalah!

Apapun tahniah juga lah kepada BN. Menang dah di dunia, akhirat nanti kalau buat salah, menjawablah sendiri ye.

Bulan Peperiksaan


Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam satu lagu entry yang sempat dimuatkan. Maklumlah, saya tidaklah aktif sangat menulis blog. Ada waktu terluang tu, saya masukkan lah apa-apa yang patut.

November tahun ni memang sibuk. Saya akan menghadapi 3 kertas peperiksaan Master dan pembentangan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Tarikh exam master dekat-dekat pula, 9, 12 dan 21. PTK pula 30. Nampak gayanya hampir setiap malamlah tak tidur. Nasib lah ada isteri yang sedia menemani sambil-sambil lipat kain dan layan Fakebook! Haha

Object-oriented, software engine dan Research Method, hmm semuanya boleh tahan susahnya. Tak tahulah apa nak mengarut nanti. Walaupun bertaraf Master, jawapan pun tak boleh melalut jauh sangat kerana masih terikat dengan skema dan piawainya. Pendek kata, selagi belum tutup mata ..baca3x (tiru Labu)

PTK ni pun satu hal, bulan ni jugaklah nak take part, tunggulah hujung bulan depan ke. Siapa sangka di awal tahun, saya dan famili plan nak ke Langkawi bulan ni, nampakya terpaksa tangguhla. Sorry ye sayang, but still we ll be there!

Amanda and adik pegi main jauh2 ye, abah nak study..huhu