Siapa kata aku tak minat muzik, walaupun nampak macam skema atau 'alim kucing'. Sejak aku Darjah 4 lagi, aku dah berjinak-jinak dengan muzik dan mula mengumpul duit dari belanja sekolah setiap hari. Hehe. Aku masih ingat, kaset yang pertama ku beli dengan wang sendiri adalah Megahit 7. Mengapa aku beli? Sebab satu lagu je, Now & Forever dari Richard Marx. Yang lain mula dengar semua macam hampeh, tapi dah lama-lama, sedap pulak.:-)
Kemudian terdengar Still Loving You nyanyian Scorpions, sedap la pulak. Beli pulak album Scorpions. Ingat lagi, harga kaset kalau imported RM14.50, kalau tempatan RM13.90. Sejak dari tu, aku dan Adi tak henti-henti membeli kaset. Kakak mula perkenalkan aku dengan Bon Jovi, dengan lagu Always. Huh memang meletup, dan aku pun beli album Bon Jovi pertama iaitu Bon Jovi Live 'Long Way From Home'. Kenapa aku beli album ni??? Ni album live le buduzzz! Hehe, biasalah budak-budak. Masa tu tak biasa beli album, main tangkap je. Takdepun lagu Always dalam tu. Tak lama baru tahu lagu tu dalam album terkini Bon Jovi waktu 'Crossroads'. Apa lagi, tangkap.
Memanglah agak sukar nak beli kaset pada waktu tu sebab kita bukannya bekerja. Tetapi kerana minat tadi, aku telah kumpul semua album Bon Jovi dari yang pertama sampai last. Tak lama 'berkenalan' pula dengan Metallica. Aku dan Adi beli 2 album Metallica sekaligus, Ride dan Kill Em All.
Sedikit demi sedikit kami membina empayar muzik dan kaset kami sendiri, dan memilih Rock dan Heavy Metal sebagai genre. Semua kami try, ada yang terus lekat di hati, tak kurang pula yang hanya sekali sahaja dengar sampailah sekarang. Pantera, Megadeth, Iron Maiden, Sepultura, Alice in Chains, Van Halen, The Eagles, semua kami ada. Kakak pula masa tu meminati Roxette, No Doubt dan yang sewaktu dengannyalah. Apa punya taste le, tapi OK la jugak...haha
Tapi tak tahulah, betullah orang kata, zaman remaja apabila kita minat sesuatu, kita akan jadi lekat padanya. Macam aku, aku meminati muzik Bon Jovi dan Metallica pada waktu aku remaja. Namun bile meningkat usia, aku dapati muzik terkini mereka tidak lagi secocok dengan jiwa. AKu stop beli album BJ sejak Crush, begitu juga Metallica, dengar lagu dari St Anger macam nak muntah. Kadang-kadang terfikir, kerana mereka tak kekalkan sahaja apa yang mereka buat dalam Black Album atau Justice For All. Tapi itulah realitinya, evolusi muzik. Apa yang kita minat dahulu tak semestinya akan terus diminati oleh generasi akan datang. Sebab aku mungkin rakan-rakan sebaya denganku dan segenre denganku akan gelak sakan apabila ramai remaja kini meminati Justin Bieber. Adakah mereka tahu apa erti muzik??!
Aku juga ingin berkongsi 20 lagu ballad dari US yang paling aku minati sejak aku kenali muzik. Kalau korang minat atau tahu lagu-lagu ini, sahkan, jiwa korang memang secocok denganku.
(Tidak mengikut turutan)
1. Green Day - Wake me up when September Ends
2. U2 - Stuck in the moments
3. Chris Cornell - You Know My Name
4. Audioslave - Like A Stone
5. U2 - Beautiful Day
6. Metallica - No Leaf Clover
7. Beatles - Let it Be
8. Soul Asylum - Runaway TRain
9. Bon Jovi - Always
10. Bon Jovi - This Ain't A Love Song
11. Bon Jovi - Mystery TRain
12. Robbie Williams - Angels
13. Oasis - Don't Look Back In Anger
14. MLTR - The Actor
15. Meatloaf - I'd Lie For You
16. Savage Garden - I Knew I Loved You
17. Roxette - Almost Unreal
18. Metallica - The Unforgiven
19. MLTR - Complicated Heart
20. Poets of the Fall - Late Goodbye
No comments:
Post a Comment