Monday, June 29, 2009

Cerita IPTS ke IPTA



Dari sebuah kolej kecil yang pelajar nye kadang2 1000 lebih, kadang2 600 orang je ke sebuah universiti yang mempunyai 15,000 pelajar. Dari sebuah pejabat yang hanya ada lebih 60 staf ke sebuah institusi yang dipandu lebih 1000 pekerja.

Menguruskan sebuah IPTS kecil jauh lebih mudah dan ringkas berbanding sebuah universiti besar. Di KTT dulu, tiada jabatan-jabatan,
unit-unit atau pusat-pusat tertentu. The whole KTT adalah ibarat sebuah jabatan.

Tetapi UPSI mempunyai berbelas-belas jabatan, pusat dan institut. Setiap daripadanya akan ada pengarah, pegawai tadbir dan kerani yang tersendiri yang tak mungkin diganggu gugat oleh jabatan lain. Setiap urusan pasti ada prosedur yang jelas, ditentukan oleh ISO dan dipateri oleh polisi atau iltizam jabatan. Setiap daripadanya perlu ada borang dengan nombor yang jelas, dan hanya orang tertentu yang boleh menandatanganinya. Setiap polisi jabatan pula terikat kepada polisi induk universiti serta Perintah Am dan Undang-undang Persekutuan.

Di KTT dulu juga ada borang, ada prosedur, tapi jalan ceritanya agak bercelaru tetapi memudahkan. Sesiapa sahaja boleh tandatangan termasuk PR, kerana apa, kerana di sana antara pensyarah dengan kerani tak jauh berbeza. Kadangkala semuanya akan jadi samarata apabila membuat kerja yang dikerah bersama seperti mencetak sampul surat (marketing), mengedar iklan mahupun membersihkan rumah pelajar (sbg warden)!!

Saya masih ingat, kami terpaksa mengedar risalah iklan mengenai KTT, pada awalnya kertas pun putih sahaja (tak menarik langsung), kemudian barulah ada warna-warni sikit. Tapi tulisan dan gambarnya tetap satu warna yang membosankan. Pada waktu itu, jika saya beri arahan kepada yang berpangkat rendah pun mereka akan marah saya semula.

Bezanya dengan UPSI dan sektor awam yang lain, KTT tiada tangga pangkat atau gred yang jelas. Yang membezakan setiap orang adalah tahap pendidikan dan sejauh mana mereka boleh mendampingi ketua jabatan masing-masing.

Berbeza dengan UPSI, tangga gajinya jelas dan adil, siapa yang rajin, insya Allah boleh naik pangkat tanpa meminggirkan mana-mana staf yang lebih senior.

Anyway, KTT banyak mengajar saya erti bekerja keras tanpa mengira penat dan jemu, walaupun dengan cara kerja dan prosedur yang tak berapa nak betul. Kerana apa? Kerana kita sering dipaksa untuk melakukannya walaupun tanpa kerelaan. Ianya macam kita berpindah ke sebuah negara yang aman damai, dari sebuah negara yang penuh dengan kontroversi, ketidakpuasanhati tetapi ceria dan warna-warni.

No comments: