Baru ni saya selamat menjalani PTK yang kontroversi itu. Mungkin inilah tahun terakhir ia dikenal sebagai PTK. Selepas ni mungkin dikenali sebagai PJK, PSK, Pi Tidoq ke dan sebagainya. Penilaian ini memang mencabar yang mana kita perlu menyiapkan 2 kertas kerja dan membuat persembahan untuk salah satu dari 2 kertas tersebut.
Bagi saya, ia bukanlah satu penilaian yang berat sebelah yang mana prosesnya dibuat secara adil dan saksama. Mungkin apa yang dirujuk oleh Cuepacs yang akhirnya berjaya menghapuskan sistem ini adalah peperiksaan yang banyak menyoal dasar negara, perintah am, peraturan tatatertib dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki. Namun UPSI tidak lagi mengadakan peperiksaan untuk menilai tahap kecekapan sebaliknya hanya kertas kerja, persembahan atau temuduga.
Jika berjaya insya Allah naiklah dari Aras 3 ke Aras 4. Gaji pun naik la sikit, tapi yang penting majikan melihat kecekapan kita sebagai sesuatu yang perlu dihargai.
No comments:
Post a Comment