Wednesday, December 15, 2010

I miss 80 an....


Siapa ingat komik ni?

Bila baca artikel di bawah yang banyak dalam blog dan FB, rasa rindu sangat nak kembali ke zaman 80an atau awal 90an. Pada saya, era tersebut tersangat manis untuk dikenang, yang mana dunia tak kuno sangat, dah moden tapi tak canggih sangat.

Transformers, Space Cop Gaban, Program Susu Sekolah, beratur nak beli Vitagen, kad raya, budak assalamualaikum, mee 20 sen dan sebagainya, semuanya menggamit nostalgia.

Kadang kala rasa sebak juga di hati, bila memikirkan kita tak mungkin kembali ke zaman itu, masa itu...

Kita membesar dengan menonton G-Force, He-Man, Transformers, Thundercats, Masked Rider, Jet-man, Flyman, Ultraman, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Doraemon, Power Rangers, Tomatoman dan Voltron. Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah. Hmm.. mesti pegang cawan warna-warni kan? Mencangkung kat tepi longkang dengan classmates semua kat sebelah. Ingat tak misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu dengar bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene la tampal. Ni sure korang ingat. Program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tu minum susu. Sekotak 50 sen je beb. Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan kan? Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin. Air cawan kecik 10 sen ja. Hankyu Jaya, Yaohan, Parkson – shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. Ni for those yg dok KL la. Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz atau BM2000. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu. Ada yang suka stoking tebal la. Internet? Email?Mendalah ape tu? CD? Ape tu? Kaset tape penah la dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je. Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, Tora. Ingat iklan Tora? “TORA DATANG LAGI DENGAN..”. Deng Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum, chewing gum hitam putih, tak dilupakan, ‘Ti Kam’. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dalam class. Tapi bunyi loceng la yang paling best skali. Boleh beli ais krim, air ais dan keropok ngan apek kat luar sekolah tuh. Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola la, rounders la. Permainan kegemaran masa kat umah main guli, batu serembat, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar-kejar duduk, galah panjang, konda kondi. Kita hilangkan dahaga dengan ais krim 10 sen. Yang tube ais krim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah die! Lipat kertas kecik-kecik, pastuh buat lastik. Hmm.. ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur la. Buat topeng guna kertas la. Hmm…budak-budak kat universiti sekarang, kebanyakannye lahir tahun 1989/90. Sekarang digelar ‘remaja’. Bagi diorang, diorang mane penah dengar lagu ‘We Are the World, We Are the Children’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorang tau, yang Westlife nyanyi, bukan Billy Joel nyanyi. Mana tau Nirvana. Kurt Cobain tuh diorang ingat apa ntah. Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorang lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem-filem baru. Diorang tak bley bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer. Diorang tak penah tau pun ‘Atari’ dengan ‘Game & Watch’,'Game Tape’.Sekarang semua pakai cd je. PsOne, Ps2, PS3, Xbox, Wii. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih. Dan diorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. Dan diorang tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone. Hmm.. jom kite check, kite ni dah tua ke: 1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum. 2. Kebanyakan member-member sekolah rendah kite dah hilang entah ke mana. 3. kebanyakan member-member sekolah menengah kite dah kawin. 4. Korang sure pelik bile nengok budak-budak kecik main komputer, selamba je. 5. Kita geleng kepala bile nengok budak-budak sekolah menengah guna handphone. Dulu handphone besar penyepak. 6. Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari. 7. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite-cerite lame, cerite-cerita kelakar yang kite alami mase dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu.

2 comments:

Leeza said...

nice entry,.. memang sangat2 teringat zaman sekolah dulu.. saya suka kartun mira attack kat tv.. mesti practice main bola tampar.. hehe.. rindunya..

EinaZ said...

Yeahhhh... of koz teringat zaman dodulu... baru ku tau... waaa.... betapa tuanya aku!!! Ingat lg tak Fido Dido, air kickapoo, masa skolah baru 70sen je...! Dlu aad main getah, main chopping. Klu makan cikerdis lak... dalam tu mesti dapat tikam.... besttt.,. bestt...