Pulang ke kampung isteriku di Hulu Langat selepas kursus 4 hari di Subang Jaya, sebelah petang, aku membawa anakku Amanda berjalan-jalan. Sampai di sebuah kedai basikal depan rumah (dalam 5 minit perjalanan sahaja), aku ternampak 2 anak tauke kedai tersebut yang berbangsa Cina sedang bermain basikal. Kakaknya dalam 6 tahun menaiki basikal 4 roda manakala adik lelakinya dalam 3 tahun menaiki basikal kanak-kanak dengan tempat duduk di belakang.
Anakku Amanda memang seorang yang sangat mesra dan suka menegur (mungkin mengambil perangai ibunya). Budak perempuan Cina itu disapanya dengan mesra, di 'haaai'kan. Adiknya tengok saja dan sedikit tersenyum seperti nak berkawan. Tapi wajah kakaknya masam mencuka. Mungkin dengki amanda lagi comel dari dia..hehe
Amanda sebagai kanak-kanak hanya ingin main bersama. Dia cuba untuk duduk di kerusi belakang basikal yang dinaiki adik tadi, tetapi kakaknya cepat sahaja menghalang. Ditutupnya kerusi tersebut dengan besi penghalang. Amanda terpinga-pinga tetapi masih mampu tersenyum dan penuh positif.
Dia cuba nak naik basikal tersebut lagi, namun kali ini kakaknya menolak basikal tersebut dengan basikalnya agak terus berjalan dan anakku tak dapat naik basikal tersebut.
Aku perhati sahaja kelakuan anakku dan anak Cina itu. Amanda terkejar-kejarlah basikal itu dan masih ketawa kerana dia tak faham kebusukan hati kakak Cina itu. Mungkin dia ingatkan budak perempuan itu nak bergurau juga.
Hatiku mula panas, walaupun dia hanya kanak-kanak, namun dari kecil lagi sudah disemai perasaan dengki, kiasu, busuk hati dan tak mahu lihat kesenangan orang. Dalam hatiku, mungkin inilah yang Cina ajar pada anak mereka lantas membuatkan aku bersifat perkauman sejenak.
Tanpa buang masa, aku tarik tangan anakku dan pergi dari situ sambil kata "Takpe, amanda dah besar abah beli basikal lagi cantik dari si Cina tu punya. Basikal dia buruk je...tak cantik pun".
Keesokan paginya, aku berjalan ke Tesco Kajang seorang diri untuk membeli barangan keperluan untuk dibawa balik ke Tg Malim. Hmm, Tg Malim takde market ke? Ada.. Tapi UHT Cream, San Remo spagetti warna warni atau Prego je yang takde. SO terpaksalah beli di Tesco. Kebetulan manusia teramatlah ramai walaupun baru jam 10.30 pagi.
Untuk menimbang sayur, kentang dan bawang, aku terpaksa masuk ke queue yang agak panjang. Belakangkan seorang perempuan Cina berumur lebih kurang 40 tahun. Di depanku ada 10 orang lagi nak timbang. Tiba-tiba seorang kanak-kanak Melayu berumur dalam 10 tahun (badan gemuk, pakai spek) masuk line belakang aku. Yang nak ditimbangnya sebijik labu.
Aku terfikir "Kurang asam budak ni, selamba potong line". AKu lihat Cina di belakangnya macam tak puas hati, tapi diam sahaja. Terdetik kalau aku di belakang budak tu, nak je aku tolak je ketepi. Biar dia nangis sorang-sorang. Kurang ajar lagi, nak je aku bagi lembang sebijik!
Tiba-tiba, mak dia sampai. Pakai tudung, bert-shirt, pakai spek jugak. Nampak macam "agak terpelajar". Aku ingatkan dia nak sound anak dia sebab potong line, rupanya dia bagi lagi sayur dan carrot suruh timbang lagi. Memang hangin betul aku waktu tu.
Lagi nak bagi mendidih, masa aku nak timbang, anak dia siap letak lagi barang dia atas penimbang tu. AKu dah siap nak sound dah, mujur kakak yang timbang tu sound "Weeeh, beratur la!!". Budak tu sambil tersipu terusangkat barang semula. Mak dia buat muka bodoh je macam takde apa yang berlaku.
Begitulah kisah hujung minggu yang berlaku padaku. Semalam aku ingat Cina kiasu dan mementingkan diri, rupanya orang "kita" pun sama la jugak. Kesimpulannya, perangai buruk tu bukanlah datang dari bangsa tetapi dari individu itu sendiri.
No comments:
Post a Comment