Tuesday, February 16, 2010

MAULUD NABI : JANGAN WAJIBKAN BENDA YANG TAK WAJIB


Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Rasulullah adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman. Malangnya, umat Islam kini lebih suka menjadikan Justin Timberlake, Beyonce atau Hafiz AF sebagai ikutan berbanding Rasulullah sendiri. Masya Allah.

Kebelakangan ini banyak diperbahaskan isu Maulidur Rasul. Saya telah mengkaji beberapa artikel dan forum berkaitan, hanya ada 2 hukum yang berlegar, Boleh dan Haram. Namun saya melihat ianya lebih kepada Boleh, tetapi BUKAN WAJIB!! Yang wajib adalah solat, puasa, zakat, melaksanakan hukum Allah, menolak riba dan sebagainya. Menyambut maulud nabi adalah boleh.

Saya agak kecewa apabila sesetangah dari kita menghentam TGNA hanya kerana beliau mengatakan menyambut maulud bukan fadhilat. Apa yang dikatkan oleh beliau adalah benar kerana Nabi sendiri tidak membesar-besarkan hari kelahirannya. Jangan kita anggap, bukan Rabiul Awal sebagai bulan kita menjunjung sunnah nabi sedangkan bulan lain kita kembali membuat dosa.

Mengikut hukum Allah dan sunnah Rasulullah perlu dilakukan setiap hari sampailah saat kematian kita. Tak perlu kita berarak membawa sepanduk dengan pelbagai motto dan ungkapan (walhal banyak iklan sahaja) tetapi menolak apa yang telah dihukumkan oleh Allah dan nabi. Pada pendapat saya, dengan mengadakan perhimpunan, ceramah dan berpuasa sahaja sudah cukup untuk kita memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlulah sampai ke perarakan. Jika mahu perarakan, tidak mengapa, tetapi jangan sampai menghukumkan ia wajib kerana ianya BUKAN WAJIB! Yang WAJIB adalah menurut perintah Allah dan RasulNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa seluruh umat Islam yang bertakwa kepadaMu.

"Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud" Ucapan seorang Tok Guru. Mampukan Umat Islam Malaysia membuat perubahan sebegini??

No comments: