Assalamualaikum
Dah lama jugak blog ni tak update. Maklum sajalah dalam 2-3 bulan ni bizi sangat dengan kursus, projek, mesyuarat dan aktiviti yang saja-saja nak buat sibuk.
Apapun nak cerita baru-baru saya dan bos serta En Hasrul dan En Nazri menyertai Festival Hari Guru yang diadakan di East Coast Mall Kuantan. Memang best jugak la, tetapi yang agak pelik ia bukan dianjurkan kementerian atau jabatan pelajaran, tetapi Utusan Meloya..eh silap Malaysia. He2.
Jujurnya booth kami tidaklah sesibuk booth lain kerana kami tak jual barang, hanya nak menunjukkan dengan 'riaknya' :-), produk-produk ciptaan dan kajian UPSI termasuklah Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (UIMS). Booth patutnya tutup jam 10 malam, tapi 7.30 kami dah chow! Bukan apa, tak sabar nak menikmati kelazatan makanan kat Kuantan ni.
Malam first makan di Ana Ikan Bakar tg Lumpur, huhu memanglah supebly shedaaaap..Ikan siakap 3 rasa, ikan kerapu goreng, tomyan, kerabu mangga, sotong celup tepung!..Perg!!
But the best is yet to come, malam last kami pergi ke Wan Tomyam. Biasalah dah nama tomyam, order la Tomyam, Siakap Stim, Telor bungkus, tapi dish yang paling 'heavenly' sedap saya pernah rasa adalah sotong tumis dengan telur masin. Memang la sedap giler..tak dapat digambarkan..liciiinn..haha
Anyway Utusan marah gak kat kitorang sebab balik awal, tapi nak buat macam mana, saper suruh anjur pameran dari jam 9.00 pagi sampai 10.00 malam, ingat ktorang ni robot!!?
Bos menerangkan sesuatu kepada TPM kita
TPM "Huh..boleh jadi senator ni"
Yum..yum..
Prof Ramli "Datuk, bila nak belanja ikan patin nya"
DS Adnan "awok ni prof, ajak la makan kat TGI Friday ke, koi hari2 makan ikan patin"
No comments:
Post a Comment