Wednesday, June 30, 2010

7 tahun meninggalkan U

Tak sangka akan jadi student UPM, dulu selalu kutuk UPM sebagai "Universiti Penuh Manusia"

Selepas 7 tahun meninggalkan meja universiti, aku akan kembali ke sana lagi. Jika dulu UKM, sekarang dekat sikit lagi iaitu UPM. Ramai juga yang cakap, nak sambung pengajian bukannya mudah, tambah lagi jika kita dah lama kerja dan berkeluarga. Tapi nak buat macam mana, mengaji ni lagi lama kita tangguh, lagi malas kita nak sambung. Sekurang-kurangnya ada yang memberi sedikit semangat, selain isteriku sendiri, Hjh Zainab, timbalan pendaftar UPSI juga ada mengatakan, sementara tengah muda ni you sambung la. Bukan untuk gaji, kedudukan atau pangkat, tapi kerana ilmu itu sendiri. Nak mendapatkan ilmu ni seharusnya berguru, sebab tu lah you kena sambung jika ada peluang.

So, i take it all as a challenge la, demi mendapatkan segulung ilmu yang tidak ternilai. Apapun jutaan terima kasih kepada UPSI kerana sudi membantu diri ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni ini.

Siapa nak teman p UPM setiap minggu nih...:-)

1 comment:

Mama Sohayl said...

Good Luck Sir!

Sambung bidang apa pulak ni?