Setiap perjalanan ribuan batu bermula dengan langkah yang pertama ...
Tuesday, November 11, 2008
SAJAK KEMATIAN, USIA MAINKAN PERANAN
Assalamualaikum
1. Dalam seminggu ni mngkin isu semasa yang paling hangat diperkatakan adalah video sajak kematian yang ditayangkan kepada pelajar darjah 1 dan 2 sebuah sekolah. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membangkang.
2. Pada pendapat sayalah sebagai insan biasa ini, video ni yang mmg saya dah pernah tengok tidaklah esktrem sangat dan boleh memberi keinsafan kepada kita yang menontonnya.
3. Video ni yang mula diterbitkan oleh kumpulan Al-Arqam sebenarnya sarat dengan mesej KeIslaman yang menuntut kita agar sentiasa mengingati kematian yang datang tidak mengenal waktu.
4. Saya sendiri pun rasa gerun bila tengok dan sentiasa solat tepat waktu la untuk satu jangkamasa..he3..sekang solat tak tinggal gk tapi kadg2 subuh dinosour la..he3
5. Cuma audience video tersebut yang kita kena jaga. Pemahaman anak2 sekolah rendah terhadap perkara ini agak singkat dan risau mewujudkan satu trauma lain dalam kehidupan mereka.
6. Mereka belum memandang kematian sebagai apa yang wajib mereka lalui kerana mereka hiduppun baru 8 atau 9 tahun. Dalam Islam sendiri kanak-kanak dalam unur sebegini dosanya masih ditanggung mak bapak mereka. Oleh itu, penayangan ke atas mereka sememangnyalah kurang bersesuaian.
7. Lagi pula mereka belum cukup matang untuk menilai video tersebut dari segi kesan dan sebagainya.
8. Benar, terdapat beberapa mesej dalam Harian Metro yang saya baca mengatakan bahawa penayangan video ini perlu kerana akhlak remaja sekarang yang semakin buruk dan memesong, tetapi mereka masih terlalu muda untuk semua ini.
8. Cadangan saya, video ini bagus ditayangkan untuk pelajar yang lebih dewasa cthnya Tingkatan 2 dan ke atas. Elok juga ditayang banyak2 kali kepada pelajar Universiti atau pekerja-perkerja. Time tu pun mereka dah sampai peringkat menanggung dosa sendiri la dan boleh menilai hakikat kematian yang sebenarnya.
Wallahu alam
Labels:
al-arqam,
video ekstrem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment