Monday, November 3, 2008

SALUTE TO PERAK MB


1. Saya antara yang terlibat dalam team UPSI ke Hari Kualiti Peringkat Negeri Perak akhir bulan lepas. Saya nni bukanlah personel yang penting sangat di UPSI tapi sebab team ICT dan Bendahari ada memenangi anugerah, maka saya pun dijemput le pergi sama.

2. Pameran dibuka dari awal pagi lagi jam 8. Kami sampai ke Ipoh pun lewat sebab hujan n naik kereta sendiri. Saya kalau bawa sendiri kereta ni seriau nak laju sangat. Maklumlah, ada 2 nyawa lagi yang mengikut sama.

3. Sampai waktu Zohor, boss dan 2 lagi colleague pun sampai. Kami bersolat Zohor dulu di surau Bangunan Perak DR tu lah. Bila sampai semua dah start solat, jadi tak kisah le siapa imamnya, kami ikut saje lah.

4. Bila selesai, kami pun bersalaman dan ada sedikit tazkirah. Terkejut beruk jugaklah kami apabila tengok yang menyampaikan tazkirah dan yang imamkan kami tadi bukan Tok Peti, bukan ustaz tapi MB Perak itu sendiri, Ir Nizar Jamaluddin.

5. Subhanallah, Allah nak tunjukkan bahawa urusan Islam bukan hanya boleh dibawa oleh seorang yang berlatar agama, tetapi juga seorang pemimpin tertinggi sebuah kerajaan seperti Ir Nizar, Tazkirah yang disampaikan penuh lancar dan bersemangat, sarat dengan hadis dan ayat2 Al-Quran, dengan suara yang agak tebal seperti suara seorang Ustaz la.

6. MB seorang yang simple sahaja dan tidak terlalu mengagungkan kedudukannya yang mana tanpa perlu berprotokol, beliau boleh bersalaman dan bermesra dengan siapa sahaja.

7. Tiba masa ucapan perasmian Hari Kualiti pun, ucapan yang disampaikan penuh dengan mesej2 islamik. Sedangkan antara yang duduk sekali dalam dewan tersebut adalah exco2 dari DAP. Hal ini membuktikan dakwaan pihak2 yang berkepentingan mengatakan MB di bawah telunjuk DAP adalah tidak benar sama sekali. Ir Nizar mempunyai pendirian yang cukup tegas dalam melaksanakan prinsip Islam dalam pemerintahannya dan mahukan orang Melayu dalam sektor kerajaan melaksanakan kerja berasaskan prinsip dan syariat Islam.

8. Salute untuk MB atas kualiti dan 'stand' yang dibawanya. Seharusnya rakyat Perak berbangga dengan MB sebegini dan bukan MB atau puak2 yang sanggup membayar RM2 3 juta untuk menang Ketua Bahagian.

Wallahu Alam.

No comments: