Sunday, November 16, 2008

BAHAYA 'CABLE' DALAM MASYARAKAT KITA

Assalamualaikum

Cuba bayang sebuah organisasi interview 10 orang dan nak ambil 3 orang sahaja.

Terdapat 4 orang yang layak dengan kepujian, tetapi 3 dari mereka mempunyai cable. Yang sorang tadi ditolak mentah2 hanya kerana dia tidak mempunyai cable.

Yang ditolak tadi, mungkin orang miskin, ayahnya sudah meninggal dan ibunya sakit, ada 7 org adik beradik tgh sekolah, perlukan wang segera. Mungkin dia datang dari ceruk kampung jauh berbanding 3 orang tadi, mungkin nak dapatkan tambang bas pun terpaksa bekerja angkat2 barang atau menjaja sayur jap. Mungkin rumanya sudah 3 bulan tiada letrik dan air lantaran ketidakmampuan menjelaskan semua itu.

Sedangkan yang 3 org tadi ada orang dalam, tapi kehidupan mereka mewah, takde susahpayah dsb. Adilkah mereka layak hanya kerana mereka mempunyai kabel.

Pada saya, kabel ini adalah CANDU dalam masyarakat Islam kita sekarg, baik dalam interview, pemberian tender, pemilihan bahagian parti dsb. Inilah yang merosakkan mentaliti dan integriti masyarakat kita yang tersangat suka menggunakan jalan mudah, dan tak mahu bersusah payah. Kabel samada suka atau x suka perlu kita hapuskan segera.

Apa yang patut kita buat kalo jadi kes macam dia atas (ada 4 calon layak, tapi nak 3), kalo semuanya mempunyai kelayakan yang sama adalah
1 . Pilih mana yang paling memerlukan terlebih dahulu
2. Buat cabutan, kalo si miskin masih x dapat, mungkin Allah nak bagi dia pekerjaan yang lebih baik lagi. Adalah hikmah dari Allah.

Wassalam.

No comments: