Keratan dari Malaysiakini
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?
Muda Mohd Noor | Nov 5, 08 10:45am
Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.
Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.
"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.
Assalamulaikum
1. Politik wang nampaknya teramat sukar dipisahkan dari parti politik orang Melayu terbesar ini. Gejala ini sebenarnya amat menyedihkan saya kerana teramat kecewa melihat ahli sebuah parti Melayu yang memerintah boleh mendapatkan wang dengan mudah melalui jalan yang amat terpesong ini.
2. Mereka mahukan wang bukan dengan jalan berusaha, tetapi dengan memeras ugut untuk memberikan undi kepada seseorang. Jika 3 orang calon yang approach, seorang beri RM1500, 3 orang dah dapat RM4500..mmm lumayan tu, boleh beli perabot baru, boleh tukar sport rim baru, bole jalan2 ke Langkawi cuti sekolah ni.
3. Inilah perangai sebuah parti yang memperjuangkan Islam Hadhari kononnya sebuah pendekatan Islam yang sederhana yang dinamik dan menyokong kemodenan.
4. Tidakkah mereka sedar wang yang mereka peroleh dengan cara haram tersebut akan menjadi darah daging mereka sampai ke akhir hayat.
5. Dan anak dan isteri mereka juga akan memakan wang haram tersebut dan di akhirat kelak, anak isteri akan menempelak balik mereka dan bertanya mengapa beri makan benda haram.
6. Sedarkah mereka di neraka nanti mereka akan disambar dengan api neraka yang amat dasyat hanya kerana kesenangan dunia yang tidak akan kekal.
7. Sedarkah mereka semua makhluk Allah atas dunia ini sedang mencelakakan mereka kerana memakan hasil yang bukan hak mereka.
8. Fikirlah sendiri wahai saudara seagamaku. Janganlah tamak atas nikmat yang Allah berikan. Nescaya kamu akan menyesal dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment