Wednesday, January 28, 2009

Raya Cina kat kampung

Walaupun 2 hari je, sempat jugaklah saya snap beberapa gambar family untuk korang semua. Adik beradik i ni x ramai, but nak berkumpul semua mcam ni kemain payah, ada je hal masing2, termasuklah i..he3..

Anyway, family is everything...When everything in this world go wrong 4 us, family is those will be with us..so, sayangilah family anda :-)







Wednesday, January 21, 2009

Kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu - Analisis Saya

Sebagai seorang penganalisis politik bebas, saya cuba senaraikan beberapa sebab mengapa BN yang diwakili UMNO tewas dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini.

1. Faktor Calon - ini adalah masalah dalaman UMNO yang amat serius dan berlaku pada kebanyakan bahagian. Asal bukan orang yang mereka suka sahaja, sabotaj. Asal bukan puak mereka saja, boikot..Katanya Wan Farid ini orang Pak Lah, anak Datuk Ismail yang sebelum ini pun abangnya dicalonkan di DUN Ladang menyebabkan pengundi jemu, di samping tuduhan mengatakan beliau sombong dan tak pernah jenguk pun rakyat sebelum ini. Ini diburukkan lagi dengan ramai ahli UMNO yang nak sabotaj parti disebabkan ada antara mereka yang pro Idris dan tak suka kepada MB baru Mat Said.

Ini sebaliknya tidak berlaku kepada PAS. Walaupun ramai juga yang terkejut atas pencalonan Mohd Abdul Wahid Endut lantaran ramai yang menyangka Hj Mt Sabu atau Syed Azman lebih layak, tetapi mereka tak sabotaj parti. Kesetiaan penyokong PAS terhadap parti kerana kuatnya tarbiyah ke atas mereka. Mereka mengundi bukan atas calon, tetapi parti yang ingin menegakkan hukum Allah.

Di sini saja, UMNO dah kalah 1-0.

2. Media yang berat sebelah - saya teramat pelik kenapa BN tak belajar dari peristiwa 8 Mac lalu? Rakyat sekarang bukan seperti tahun 70 an, 80 an atau 90 an. Rakyat dan semakin bijak dan celik menilai. Dulu ye, apa yang TV atau suratkoba (pinjam kecek kelate) cakap, tu lah yang sahihnya. Apa pun Utusan atau TV3 cakap, semuanya diterima bulat2. Tapi sekarang tak lagi, sebab rakyat dah pandai, mereka tahu berita ni semuanya membodek kepada BN sahaja.

Berita yang tak logik langsung, yang BN ni semuanya maksum, yang PAS semuanya salah. Langsung tak seimbang, manalah rakyat nak percaya. Semuanya aktiviti BN, aktiviti PAS satu pun takde. Logik tak??Akhirnya rakyat mula melihat kepada pelbagai sumber seperti portal internet, blog dsb. Rakyat meluat dan menyampah teramat sangat dengan sikap media yang kuat mengampu dan langsung x bebas dalam menyampaikan berita. Kalah lagi 2-0

3. Perangai - kalau kita di KT, kita akan nampak penyokong mana yang baik dan mana yang tak baik (nakal la). Media akan sentiasa menggambarkan penyokong BN ni baik macam malaikat dan PAS macam setan bertanduk 2. Sedangkan hakikatnya, penyokong BN lebih gemar bersosial tanpa batasan, pakaian Puteri UMNO dan wanita ketat2, dedah sini sana, kebanyakan tak bertudung pun (kalo bertudung pun syarat je), dapat vest yang cantik2 sebab sponsor, suka terpekik terlolong, menghina PAS dengan pelbagai ungkapan sampai terlajak menghina Islam dan ulamak dan sebagainya.

Sedangkan penyokong PAS walaupun bukan semua lebih bersih, berwajah baik, berpakaian menutup aurat, mengerjakan solat dengan baik, pergaulan yang lebih terbatas dan sebagainya. Memang diakui ada jugak yang buruk perangai, tapi disebabkan mereka membawa nama PAS sebagai parti Islam, mereka segan sikitlah nak buat perangai huduh. Sedangkan UMNO membawa nama Melayu yang tidaklah disegani sangat oleh pengikutnya.

4. Membawa Ezam memburukkan PAS dan PR - mungkin bagi kebanyakan penyokong UMNO, taktik ini pastinya akan berjaya kerana orang yang pernah ada dalam PR tentunya yang paling tahu keburukan PR. So apa yang disampaikan pasti lebih dipercayai rakyat. Tetapi bagi pemerhati atau penganalisis politik, tindakan mengheret Ezam ke sana sini akan membalikkan peluru kepada UMNO itu sendiri. Kenapa ye? Kerana majoriti rakyat muak dengan kempen sebegini seolah2 UMNO tiada kekuatan sendiri sehingga terpaksa membawa bekas2 PR atau PAS berkempen untuk menghentam bekas parti mereka.

Saya lihat PAS lebih pandai dan berstrategi. PAS tidak membawa Dato Zahar Hashim berceramah untuk mengutuk UMNO. Kerana mereka tahu strategi tersebut hanya akan membuka pekung di dada PAS sendiri. Dato Zahar mungkin ada di KT untuk membantu, tapi tidak dijadikan alat oleh PAS bagi meraih kemenangan mudah

5. Politik Wang - saya bukan orang KT dan tak pasti adakah rakyat KT diberi wang untuk undi BN. Tapi semasa PRU12, Pak Mertua saya yang mengundi di Machang diberi RM400 untuk seorang orang politik. Jika BN menang akan diganda RM400 lagi. Malangnya (atau untungnya) BN kalah.

Politik wang mungkin berlaku atau tidak di KT. Dan yang dapat mungkin bukan semua, tapi ahli UMNO yang tak dapat menyokong PAS. Saya kira mereka ni tidak mahu pangkah PAS, tapi sebab x dapat duit, undilah PAS. Jumlah mereka mungkin tak ramai, tapi pasti ada.

Walaubagaimanapun rata2 rakyat KT menolak politik yang menggunakan wang untuk menarik sokongan rakyat ini. Rakyat merasakan mereka seolah2 diperbodohkan dengan cara ini.

6. Janji pembangunan yang melampau2 - BN boleh janjikan pelbagai projek untuk KT tetapi janganlah melampau sangat sampai ia sudah jadi tidak natural. Jadi rakyat nampak seolah2 BN ni hanya bagi itu dan ini semasa pilihanraya kecil, sebaik dah tamat, jenguk pun tidak lagi, projek hilang entah ke mana.

Rakyat KT bukanlah menolak pembangunan, tetapi cara BN menjanjikan pembangunan itu seolah2 rakyat KT ini boleh diperbodohkan dan materialistik. Tambahan lagi mereka lihat PR juga boleh melaksanakn pembangunan seperti BN. Tengok Kelantan, dan 18 tahun PAS perintah, masih utuh, pembangunan di sana sini.

7. Isu hudud - Khairy Jamaluddin (KJ) mungkin merasakan dialah pemuda BN yang paling bijak kerana menghangatkan kembali isu ini sebelum PRK KT. KJ mungkin fikir dengan cara ini, DAP dan PAS akan berbalah sekaligus membawa undi Cina dan Melayu kepada BN. Dari satu segi, KJ hampir berjaya. Saya akui apabila Karpal mula mengeluarkan kenyataan tidak mahu pada hudud dan dibalas balik oleh MB Kedah.

Namun apa yang KJ lupa, orang KT ini kuat jugak pegangan Islamnya. Bila isu ini banyak dipolemikkan, banyak orang UMNO yang terlepas cakap dan senada pulak dengan parti2 bukan Islam seperti MCA dan DAP yang menolak hukum Islam. UMNO pulak nampak seolah2 mempermain dan menolak hukum Islam sementara DAP (selain Karpal) kelihatan mahu bertolak ansur dalam hal ini. Sekali lagi KJ dan UMNO terjerat dengan isu yang mereka mainkan sekaligus undi Melayu majoritinya pergi kepada PAS.

8. PAS nampak lebih tenang dan steady - UMNO dan BN terus-terusan menyerang PAS melalui media massa dan jentera kerajaan seperti orang hilang akal, manakala PAS nampak steady dan tidak mudah melatah.

Imej PAS yang lebih cool dalam PRK ini memberikan kelebihan. Walaupun jumlah ceramah PAS lebih banyak dari UMNO dan BN, tetapi isi ceramah disampaikan dengan tersusun dan lebih tenang.

9. Jentera BN lambat panas - Hmm, ni dengar beritanya begitulah. Tapi realitinya saya pun tak pasti. Dengarnya sehari dua hari selepas penamaan calon, jentera BN slow sangat2 sedangkan PAS sudah rancak dengan ceramah berkelompok dan rapat umum. Ini mungkin menyumbang kepada kekalahan BN tetapi pada pendapat saya terlalu sikit.

10. Imej BN sebagai parti orang kaya - Lihat sahajalah poster BN, sepanduk2 semuanya cantik2. Siap ada orang upahan pasang lagi. Banding dengan PAS yang benderanya pun guna yang lepas2 je, pasang pun sendiri, ahli yang panjat sendiri mendatangkan simpati rakyat kepada PAS.

Ikhlas saya cakap, saya menjangkan BN akan menang dengan majoriti 2000 lebih kerana serangan mereka yang bertubi2 terhadap PAS selain janji pembangunan yang begitu banyak. Mengapa 2000 lebih, kerana saya fikir sentimen pengundi akan kembali seperti PRU 2004 yang mana BN menang besar ketika itu.

Tetapi Allah Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Ternyata PAS lebih berhak dan mendapat kepercayaan rakyat.

Tahniah kepada PAS, dan kepada BN, jangan sedih, cuba lagi next time ye.

Tuesday, January 20, 2009

Ketua jabatan dilarang hadiri mesyuarat di Perak?? Oh Hj Zahid yang angkuh

link : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090121003326/Article/index_html

"IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

NI apa ni? Apa ertinya semua ini? Jika sebelum ni pusat jugak nakkan kerjasama erat dan jitu antara negeri dan pusat. Tapi apa yang dilaungkan selama ini hanya hangat2 tahi ayam hanya untuk mendapatkan perhatian rakyat."

Mengapa Hj Zahid? Apa yang salahnya pada kerajaan negeri Perak yang dilantik rakyat? Mengapa JKKK Perak tak dikktiraf tetapi JKP Barisan Nasional yang ditolak rakyat pula yang diiktiraf? Dasar tidak tahu malu, ego, angkuh, sombong. Baru naik haji dah berlagak macam Perdana Menteri yang zalim. Saya secara peribadi mendoakan kepada Allah membalas perbuatan Zahid Hamidi yang sombong.

BN mati akal mengapa mereka kalah teruk di KT? Saya ada jawapannya, inilah jawapannya. Angkuh, sombong dan tidak mengakui pilihan dan hati nurani rakyat. Kepada Zahid, saya sebagai salah seorang penduduk Perak tidak mengiktiraf pun Barisan Nasional selagi mereka mendapat mandat rakyat di Perak. Sikap angkuh kamu wahai Zahid, pasti dibalas Allah di akhirat kelak, tunggu sahajalah Zahid.

Sunday, January 11, 2009

"HANCUR ISRAEL!!" bergema di UPSI































UPSI juga tidak ketinggalan menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas saudara Islam kita di Palestin. Namun dari riak sebahagian besar warga UPSI, tidaklah menampakkan kesedihan sangat. Macam program suka-suka je. Sepanduk pun sponsor je.

Namun hati siapa yang tahu kan..Walaupun usaha kita ini teramatlah sedikit sebenarnya, tetapi ia tetap perlu bagi menyatakan bantahan terbuka kita. Israel dengar tak dengar, itu lain cerita.. yang penting Allah dengar.

Saya lebih mudah menjangka BN


1. Jika ditanya kepada saya siapa yang bakal memenangi PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini, saya lebih mudah mengatakan BN akan menang.

2. Namun bukanlah kerana saya ini penyokong kuat / totok BN, tetapi kerana faktor semasa.

3. PAS dan PR bukan sahaja berdepan dengan BN tetapi seluruh jentera kerajaan Malaysia. Kita ambil contoh pertama, TV dan media massa.

4. Hampir kesemua media massa tanpa segan silu menghina dan mengutuk PAS di samping memberikan publisiti percuma kepada BN. Setiap hari saya tonton TV, takde langsung berita mengenai perkembangan calon PAS, semuanya dari BN dan sedikit dari Bebas. Kalau ada dari PAS pun, semuanya yang berniat memburuk-burukkan mereka sahaja.

5. Jadi kebanyakan dari pengundi dari KT ini orang kampung, tak ramai yang terdedah kepada sumber maklumat lain melainkan RTM, Tv3, Utusan dan BH sahajalah. Tidak mustahil mereka akan menerima bulat2 apa yang diputarbelitkan oleh mereka.

6. Jentera-jentera kerajaan dikerah ke KT, kakitangannya mereka diwajibkan hadir ke program2 kerajaan. Namun apabila DS Najib berucap, hampir keseluruhan ucapannya berkisar kepada kempen pilihanraya sahaja.

7. Dari itu, saya membuat ramalan yang tidak seberapa menyatakan BN akan menang. Walaupun bukan mudah tetapi BN lebih mudah menang kerana mereka ibarat pengecut tua yang diajak berlawan, tetapi lawannya diikat kaki dan tangan untuk memudahkan mereka membelasah lawan tersebut. Namun walaupun mereka main cengkelat, disebabkan lawan mereka ini bukanlah calang2, kadangkala lawan yang diikat ini masih mampu menewaskan mereka.

8. Itulah kerajaan BN yang memerintah kita pada hari ini.

Wassalam.

Amandaku kini 8 bulan































Puteri sulungku Kasih Amanda kini sudah 8 bulan. Sudah boleh mengensot, merangkak sikit dan yang paling penting sudah mula menunjukkan reaksi ke atas kita. Betullah kata pepatah, anak mampu menggembirakan sesiapa sahaja.

Sekarang ni bukan mama atau abah yang agah dia, dia pulak yang agah kita, memang comel. Amanda, semoga menjadi insan muslimah yang sejati satu hari nanti ye nak...

Wednesday, January 7, 2009

RTM - Realitinya Terus Mundur



Assalamualaikum

RTM ini adalah salah satu entiti kerajaan sama seperti hospital kerajaan, pejabat kerajaan, badan2 kerajaan dsb. Disebabkan terbangunkan semua entiti kerajaan adalah dari wang yang dipungut dari rakyat seperti cukai pendapatan, cukai jalan, saman2 dan sebagainya, maka kerajaan perlulah bersikap adil kepada SEMUA rakyat, tanpa mengira mereka menyokong BN atau Pakatan Rakyat(PR).

Saya bukanlah hendak mempolitikkan thread ini, tetapi saya lihat antara kelemahan RTM ialah pada beritanya yang berat sebelah. RTM dengan terang-terangan menyatakan sokongan terbuka kepada BN dan di samping menyatakan penentangan terbuka kepada PR. BUktinya, anda tonton sahajalah berita-berita semua dari pemimpin BN dan negeri yang diperintah BN. Banyak yang baik2 saja dan yang buruk2 tu pula cuba dicover seolah-olah ia bukan kesalahan pemimpin, tapi rakyat itu sendiri.

Di negeri2 PR pun banyak aktiviti dan banyak yang mereka sumbangkan kepada rakyat, tapi tiada satupun yang dimasukkan dalam berita. Nak kata tiada nilai berita, takkan ucapan MB Perak pada Hari Kualiti atau sumbangan MB Selangor kepada mangsa banjir (sekadar menyatakan beberapa contoh) pun tiada nilai berita. Sedangkan pemimpin BN yang mengutuk PR hanya atas khabar angin (cth penutupan tadika di Perak) pun boleh masuk berita. Hal negeri yang ditadbir PR, yang masuk berita semua yang buruk2 dan direka2, seolah2 pemimpin PR ni duduk dalam ofis tak buat kerja langsung.

Jadi inilah masalahnya. Sepatutnya sebagai sebuah badan kerajaan yang baik, mereka harus menyampaikan semua berita yang BENAR kepada rakyat baik dari BN atau PR. Kita ambil contoh hospital, ada tak tiba2 mereka halau atau hina pesakit hanya kerana mereka ahli PAS, tiada kan. Ada tak urusan di pejabat tanah dilengahkan hanya kerana mereka penyokong PKR, tiada kan. Jadi samalah jua halnya dengan RTM. RTM perlu ingat, semua rakyat membayar cukai, tak kira mereka BN atau PR. Kalau RTM dah kemaruk sangat nak mengutuk pembangkang, minta ahli BN bayar caj bulanan, buka saluran khas sendiri macam astro. Kutuklah PR puas2, tiada masalah. Tetapi RTM dengan zalim dan angkuhnya menggunakan saluran rakyat, untuk mengutuk pilihan rakyat itu sendiri.

Harapan saya agar RTM berubahlah menjadi stesen TV yang lebih telus, adil, jujur dan terbuka. Ingatlah di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah tentang amal kita, payah nak menjawab kalau kita bersikap zalim dengan orang lain, kerana dosa kita tu hanya akan diampun setelah kita minta maaf pada orang yang kita zalimi.