Sunday, January 11, 2009

Saya lebih mudah menjangka BN


1. Jika ditanya kepada saya siapa yang bakal memenangi PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini, saya lebih mudah mengatakan BN akan menang.

2. Namun bukanlah kerana saya ini penyokong kuat / totok BN, tetapi kerana faktor semasa.

3. PAS dan PR bukan sahaja berdepan dengan BN tetapi seluruh jentera kerajaan Malaysia. Kita ambil contoh pertama, TV dan media massa.

4. Hampir kesemua media massa tanpa segan silu menghina dan mengutuk PAS di samping memberikan publisiti percuma kepada BN. Setiap hari saya tonton TV, takde langsung berita mengenai perkembangan calon PAS, semuanya dari BN dan sedikit dari Bebas. Kalau ada dari PAS pun, semuanya yang berniat memburuk-burukkan mereka sahaja.

5. Jadi kebanyakan dari pengundi dari KT ini orang kampung, tak ramai yang terdedah kepada sumber maklumat lain melainkan RTM, Tv3, Utusan dan BH sahajalah. Tidak mustahil mereka akan menerima bulat2 apa yang diputarbelitkan oleh mereka.

6. Jentera-jentera kerajaan dikerah ke KT, kakitangannya mereka diwajibkan hadir ke program2 kerajaan. Namun apabila DS Najib berucap, hampir keseluruhan ucapannya berkisar kepada kempen pilihanraya sahaja.

7. Dari itu, saya membuat ramalan yang tidak seberapa menyatakan BN akan menang. Walaupun bukan mudah tetapi BN lebih mudah menang kerana mereka ibarat pengecut tua yang diajak berlawan, tetapi lawannya diikat kaki dan tangan untuk memudahkan mereka membelasah lawan tersebut. Namun walaupun mereka main cengkelat, disebabkan lawan mereka ini bukanlah calang2, kadangkala lawan yang diikat ini masih mampu menewaskan mereka.

8. Itulah kerajaan BN yang memerintah kita pada hari ini.

Wassalam.

No comments: