Sebagai seorang penganalisis politik bebas, saya cuba senaraikan beberapa sebab mengapa BN yang diwakili UMNO tewas dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini.
1. Faktor Calon - ini adalah masalah dalaman UMNO yang amat serius dan berlaku pada kebanyakan bahagian. Asal bukan orang yang mereka suka sahaja, sabotaj. Asal bukan puak mereka saja, boikot..Katanya Wan Farid ini orang Pak Lah, anak Datuk Ismail yang sebelum ini pun abangnya dicalonkan di DUN Ladang menyebabkan pengundi jemu, di samping tuduhan mengatakan beliau sombong dan tak pernah jenguk pun rakyat sebelum ini. Ini diburukkan lagi dengan ramai ahli UMNO yang nak sabotaj parti disebabkan ada antara mereka yang pro Idris dan tak suka kepada MB baru Mat Said.
Ini sebaliknya tidak berlaku kepada PAS. Walaupun ramai juga yang terkejut atas pencalonan Mohd Abdul Wahid Endut lantaran ramai yang menyangka Hj Mt Sabu atau Syed Azman lebih layak, tetapi mereka tak sabotaj parti. Kesetiaan penyokong PAS terhadap parti kerana kuatnya tarbiyah ke atas mereka. Mereka mengundi bukan atas calon, tetapi parti yang ingin menegakkan hukum Allah.
Di sini saja, UMNO dah kalah 1-0.
2. Media yang berat sebelah - saya teramat pelik kenapa BN tak belajar dari peristiwa 8 Mac lalu? Rakyat sekarang bukan seperti tahun 70 an, 80 an atau 90 an. Rakyat dan semakin bijak dan celik menilai. Dulu ye, apa yang TV atau suratkoba (pinjam kecek kelate) cakap, tu lah yang sahihnya. Apa pun Utusan atau TV3 cakap, semuanya diterima bulat2. Tapi sekarang tak lagi, sebab rakyat dah pandai, mereka tahu berita ni semuanya membodek kepada BN sahaja.
Berita yang tak logik langsung, yang BN ni semuanya maksum, yang PAS semuanya salah. Langsung tak seimbang, manalah rakyat nak percaya. Semuanya aktiviti BN, aktiviti PAS satu pun takde. Logik tak??Akhirnya rakyat mula melihat kepada pelbagai sumber seperti portal internet, blog dsb. Rakyat meluat dan menyampah teramat sangat dengan sikap media yang kuat mengampu dan langsung x bebas dalam menyampaikan berita. Kalah lagi 2-0
3. Perangai - kalau kita di KT, kita akan nampak penyokong mana yang baik dan mana yang tak baik (nakal la). Media akan sentiasa menggambarkan penyokong BN ni baik macam malaikat dan PAS macam setan bertanduk 2. Sedangkan hakikatnya, penyokong BN lebih gemar bersosial tanpa batasan, pakaian Puteri UMNO dan wanita ketat2, dedah sini sana, kebanyakan tak bertudung pun (kalo bertudung pun syarat je), dapat vest yang cantik2 sebab sponsor, suka terpekik terlolong, menghina PAS dengan pelbagai ungkapan sampai terlajak menghina Islam dan ulamak dan sebagainya.
Sedangkan penyokong PAS walaupun bukan semua lebih bersih, berwajah baik, berpakaian menutup aurat, mengerjakan solat dengan baik, pergaulan yang lebih terbatas dan sebagainya. Memang diakui ada jugak yang buruk perangai, tapi disebabkan mereka membawa nama PAS sebagai parti Islam, mereka segan sikitlah nak buat perangai huduh. Sedangkan UMNO membawa nama Melayu yang tidaklah disegani sangat oleh pengikutnya.
4. Membawa Ezam memburukkan PAS dan PR - mungkin bagi kebanyakan penyokong UMNO, taktik ini pastinya akan berjaya kerana orang yang pernah ada dalam PR tentunya yang paling tahu keburukan PR. So apa yang disampaikan pasti lebih dipercayai rakyat. Tetapi bagi pemerhati atau penganalisis politik, tindakan mengheret Ezam ke sana sini akan membalikkan peluru kepada UMNO itu sendiri. Kenapa ye? Kerana majoriti rakyat muak dengan kempen sebegini seolah2 UMNO tiada kekuatan sendiri sehingga terpaksa membawa bekas2 PR atau PAS berkempen untuk menghentam bekas parti mereka.
Saya lihat PAS lebih pandai dan berstrategi. PAS tidak membawa Dato Zahar Hashim berceramah untuk mengutuk UMNO. Kerana mereka tahu strategi tersebut hanya akan membuka pekung di dada PAS sendiri. Dato Zahar mungkin ada di KT untuk membantu, tapi tidak dijadikan alat oleh PAS bagi meraih kemenangan mudah
5. Politik Wang - saya bukan orang KT dan tak pasti adakah rakyat KT diberi wang untuk undi BN. Tapi semasa PRU12, Pak Mertua saya yang mengundi di Machang diberi RM400 untuk seorang orang politik. Jika BN menang akan diganda RM400 lagi. Malangnya (atau untungnya) BN kalah.
Politik wang mungkin berlaku atau tidak di KT. Dan yang dapat mungkin bukan semua, tapi ahli UMNO yang tak dapat menyokong PAS. Saya kira mereka ni tidak mahu pangkah PAS, tapi sebab x dapat duit, undilah PAS. Jumlah mereka mungkin tak ramai, tapi pasti ada.
Walaubagaimanapun rata2 rakyat KT menolak politik yang menggunakan wang untuk menarik sokongan rakyat ini. Rakyat merasakan mereka seolah2 diperbodohkan dengan cara ini.
6. Janji pembangunan yang melampau2 - BN boleh janjikan pelbagai projek untuk KT tetapi janganlah melampau sangat sampai ia sudah jadi tidak natural. Jadi rakyat nampak seolah2 BN ni hanya bagi itu dan ini semasa pilihanraya kecil, sebaik dah tamat, jenguk pun tidak lagi, projek hilang entah ke mana.
Rakyat KT bukanlah menolak pembangunan, tetapi cara BN menjanjikan pembangunan itu seolah2 rakyat KT ini boleh diperbodohkan dan materialistik. Tambahan lagi mereka lihat PR juga boleh melaksanakn pembangunan seperti BN. Tengok Kelantan, dan 18 tahun PAS perintah, masih utuh, pembangunan di sana sini.
7. Isu hudud - Khairy Jamaluddin (KJ) mungkin merasakan dialah pemuda BN yang paling bijak kerana menghangatkan kembali isu ini sebelum PRK KT. KJ mungkin fikir dengan cara ini, DAP dan PAS akan berbalah sekaligus membawa undi Cina dan Melayu kepada BN. Dari satu segi, KJ hampir berjaya. Saya akui apabila Karpal mula mengeluarkan kenyataan tidak mahu pada hudud dan dibalas balik oleh MB Kedah.
Namun apa yang KJ lupa, orang KT ini kuat jugak pegangan Islamnya. Bila isu ini banyak dipolemikkan, banyak orang UMNO yang terlepas cakap dan senada pulak dengan parti2 bukan Islam seperti MCA dan DAP yang menolak hukum Islam. UMNO pulak nampak seolah2 mempermain dan menolak hukum Islam sementara DAP (selain Karpal) kelihatan mahu bertolak ansur dalam hal ini. Sekali lagi KJ dan UMNO terjerat dengan isu yang mereka mainkan sekaligus undi Melayu majoritinya pergi kepada PAS.
8. PAS nampak lebih tenang dan steady - UMNO dan BN terus-terusan menyerang PAS melalui media massa dan jentera kerajaan seperti orang hilang akal, manakala PAS nampak steady dan tidak mudah melatah.
Imej PAS yang lebih cool dalam PRK ini memberikan kelebihan. Walaupun jumlah ceramah PAS lebih banyak dari UMNO dan BN, tetapi isi ceramah disampaikan dengan tersusun dan lebih tenang.
9. Jentera BN lambat panas - Hmm, ni dengar beritanya begitulah. Tapi realitinya saya pun tak pasti. Dengarnya sehari dua hari selepas penamaan calon, jentera BN slow sangat2 sedangkan PAS sudah rancak dengan ceramah berkelompok dan rapat umum. Ini mungkin menyumbang kepada kekalahan BN tetapi pada pendapat saya terlalu sikit.
10. Imej BN sebagai parti orang kaya - Lihat sahajalah poster BN, sepanduk2 semuanya cantik2. Siap ada orang upahan pasang lagi. Banding dengan PAS yang benderanya pun guna yang lepas2 je, pasang pun sendiri, ahli yang panjat sendiri mendatangkan simpati rakyat kepada PAS.
Ikhlas saya cakap, saya menjangkan BN akan menang dengan majoriti 2000 lebih kerana serangan mereka yang bertubi2 terhadap PAS selain janji pembangunan yang begitu banyak. Mengapa 2000 lebih, kerana saya fikir sentimen pengundi akan kembali seperti PRU 2004 yang mana BN menang besar ketika itu.
Tetapi Allah Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Ternyata PAS lebih berhak dan mendapat kepercayaan rakyat.
Tahniah kepada PAS, dan kepada BN, jangan sedih, cuba lagi next time ye.
No comments:
Post a Comment