Setiap perjalanan ribuan batu bermula dengan langkah yang pertama ...
Wednesday, January 7, 2009
RTM - Realitinya Terus Mundur
Assalamualaikum
RTM ini adalah salah satu entiti kerajaan sama seperti hospital kerajaan, pejabat kerajaan, badan2 kerajaan dsb. Disebabkan terbangunkan semua entiti kerajaan adalah dari wang yang dipungut dari rakyat seperti cukai pendapatan, cukai jalan, saman2 dan sebagainya, maka kerajaan perlulah bersikap adil kepada SEMUA rakyat, tanpa mengira mereka menyokong BN atau Pakatan Rakyat(PR).
Saya bukanlah hendak mempolitikkan thread ini, tetapi saya lihat antara kelemahan RTM ialah pada beritanya yang berat sebelah. RTM dengan terang-terangan menyatakan sokongan terbuka kepada BN dan di samping menyatakan penentangan terbuka kepada PR. BUktinya, anda tonton sahajalah berita-berita semua dari pemimpin BN dan negeri yang diperintah BN. Banyak yang baik2 saja dan yang buruk2 tu pula cuba dicover seolah-olah ia bukan kesalahan pemimpin, tapi rakyat itu sendiri.
Di negeri2 PR pun banyak aktiviti dan banyak yang mereka sumbangkan kepada rakyat, tapi tiada satupun yang dimasukkan dalam berita. Nak kata tiada nilai berita, takkan ucapan MB Perak pada Hari Kualiti atau sumbangan MB Selangor kepada mangsa banjir (sekadar menyatakan beberapa contoh) pun tiada nilai berita. Sedangkan pemimpin BN yang mengutuk PR hanya atas khabar angin (cth penutupan tadika di Perak) pun boleh masuk berita. Hal negeri yang ditadbir PR, yang masuk berita semua yang buruk2 dan direka2, seolah2 pemimpin PR ni duduk dalam ofis tak buat kerja langsung.
Jadi inilah masalahnya. Sepatutnya sebagai sebuah badan kerajaan yang baik, mereka harus menyampaikan semua berita yang BENAR kepada rakyat baik dari BN atau PR. Kita ambil contoh hospital, ada tak tiba2 mereka halau atau hina pesakit hanya kerana mereka ahli PAS, tiada kan. Ada tak urusan di pejabat tanah dilengahkan hanya kerana mereka penyokong PKR, tiada kan. Jadi samalah jua halnya dengan RTM. RTM perlu ingat, semua rakyat membayar cukai, tak kira mereka BN atau PR. Kalau RTM dah kemaruk sangat nak mengutuk pembangkang, minta ahli BN bayar caj bulanan, buka saluran khas sendiri macam astro. Kutuklah PR puas2, tiada masalah. Tetapi RTM dengan zalim dan angkuhnya menggunakan saluran rakyat, untuk mengutuk pilihan rakyat itu sendiri.
Harapan saya agar RTM berubahlah menjadi stesen TV yang lebih telus, adil, jujur dan terbuka. Ingatlah di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah tentang amal kita, payah nak menjawab kalau kita bersikap zalim dengan orang lain, kerana dosa kita tu hanya akan diampun setelah kita minta maaf pada orang yang kita zalimi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment