Saturday, July 9, 2011

BERITA DAN KEBENARAN

Menonton berita mengenai BERSIH di TV1, TV3 dan Awani bergilir-gilir tadi membuatkan aku teringat dengan kisah yang pernah diceritakan arwah abahku semasa zaman mudanya.

Pada sekitar 1974, berlakunya penentangan mahasiswa seluruh negara ke atas kezaliman kerajaan sehingga berlakunya kelaparan di Baling. Abahku selaku Presiden Persatuan Mahasiswa USM (PMUSM), bersama-sama DS Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais dan ramai lagi telah memimpin mahasiswa dalam satu tunjuk perasaan. Sebagaimana BERSIH pada hari ini, polis atas arahan kerajaan menggunakan kekerasan yang sama sambil menangkap pemimpin mahasiswa dan pemimpin politik di bawah ISA. Bayang, nak bela orang miskin pun membahayakan negara!?

Setelah polis melepaskan gas pemedih masa serta menyerang mahasiswa, abahku dan semua yang lain bertempiaran lari kerana siapa sahaja yang ditangkap akan digari dan ditahan ISA. Abahku dan 2 3 orang rakan telah bersembunyi di sebuah masjid. Abahku menceritakan mereka berjumpa dengan Tok Imam dan memohon perlindungan di situ. Tok Imam mengizinkan dengan hati yang terbuka. Selepas bersolat dan keadaan menjadi agak reda, abahku dan rakan-rakan beredar dan mengucapkan terima kasih serta perhargaan kepada Tok Imam tadi.

Malam itu di berita TV, Tok Imam tadi diinterview oleh wartawan. "Mereka datang dengan memakai kasut ke dalam masjid, merentap dan membelasah saya, sambil memaksa saya untuk beri mereka ruang untuk bersembunyi"

Abahku dan rakan-rakan hanya mampu menggeleng2 kepala sambil mengucap. 2 3 hari selepas itu, abahku menyerah diri di balai Polis dan ditahan ISA untuk beberapa hari.

Begitulah bagaimana TV memainkan peranannya. Bila berlaku kejadian sebegini, mereka kaki 'spin' no 1.

1 comment:

nikkierich said...

Terharu baca cerita cikgu ni.
Al Fatihah untuk arwah bapa cikgu.
Wassalam