Saturday, July 9, 2011

Bersihkanlah segalanya...

Saya menulis entry ini selepas hampir 12 jam perhimpunan BERSIH berlalu. Pada home FB saya penuh dengan post / wall berkaitan BERSIH. Ada yang menyokong, dan tak kurang juga yang mengutuk. Antara yang mengutuk adalah bekas anak-anak murid saya di KTT, rakan-rakan lama samada di KTT, UKM, TAHAPIAN dan tak kurang juga rakan-rakan di tempat saya bekerja sekarang. Tapi ex-student yang kutuk tu masa di kolej antara pelajar yang agak kurang ke kelas juga, tapi tidak mengapalah. Hak masing-masing untuk menyatakan pendapat.

Cuma apa yang saya nak ulas adalah bagaimana sukarnya mereka memahami perhimpunan aman adalah hak yang dijamin dalam perlembagaan. Ertinya pihak pemerintah mahupun polis bukan sahaja tidak boleh menghalang, mencederakan atau menyemburkan gas pemedih mata, tetapi mesti melindungi mereka dari pihak yang berniat melalukan provokasi.

BERSIH sejak dari awal menyatakan pendirian mereka, untuk menyerahkan memorandum kepada YDPA yang mengandungi 8 tuntutan pilihanraya yang bersih. Adakah di situ sebarang penyataan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam? Adakah penganjur ini membuat perhimpunan berasaskan sentimen perkauman seperti dilakukan PERKASA dan HINDRAF? Jika tidak, maka apa yang dilakukan Polis atas arahan kerajaan adalah keterlaluan dan amat kejam kepada mereka.

Ada juga yang berpendapat, mengapa mesti perhimpunan? Mengapa tidak poskan sahaja kepada YDPA? Agak-agak kita jika Tuanku Abdul Rahman seorang nak mohon kemerdekaan, agakjnya British bagi ke. Bagaimana pula jika hanya 2-3 kerat pemimpin Melayu yang menentang Malayan Union? Mungkin pemerintah British akan mentertawakan mereka. Tetapi disebabkan perhimpunan (yang cukup dibenci penyokong BN) inilah yang menyebabkan British berfikir 10 kali untuk meneruskan Malayan Union. Sama seperti penyokong UMNO dan PERKASA yang membuat perhimpunan di Selangor dan P.Pinang (siap bawa kepala lembu lagi) , BERSIH ingin menunjukkan bahawa tuntutan ini bukan dibuat atas dasar syok sendiri, tetapi mempunyai angka yang jelas menyokongnya. Mereka semua tidak dibayar atau disediakan jamuan yang enak-enak, tetapi datang atas kerelaan mereka sendiri.

Ramai juga beranggapan, ramai peniaga yang rugi dan sebagainya. Pertama adakah mereka benar-benar rugi? Mungkin ya. Kedua, siapa sebenarnya penyebab mereka rugi. Jika perhimpunan ini dijalankan secara aman, tiada polis yang mengganggu, mungkin bukan sahaja tak rugi, malah untung berlipat ganda. Berapa ramai yang perlu makan, minum, beli barangan sampingan dan sebagainya. Ketiga? Bagaimana pula semasa himpunan di PP, ramai juga yang tutup kedai, kenapa TV3 tidak interview mereka? Double standard ke?

Pemikiran seperti di atas membuktikan fahaman kebendaan telah betul-betul meresap dalam jiwa masyarakat kita. Cuba kita fikirkan, jika rakyat Palestin tidak melawan dan memberontak, serta menyokong kerajaan Israel yang ada, mungkin mereka akan hidup lebih aman dan damai. Begitu juga semasa zaman Rasulullah, kalau Nabi begitu cintakan keamanan, Nabi takkan sahut perang dari sesiapa pun. Biarlah maruah dan hak tergadai, asalkan kita boleh hidup aman. Tetapi tidak begitu, kerana tuntutan hak dan keadilan itu ada harganya. Seperti kes hari ini, jika peniaga kain yang kaya raya itu tidak dapat sebat wang kita hari ini, masalah sangat ke buat kita. Jika pemandu teksi tidak dapat mencekik darah, masalah ke buat kita. Sedangkan Rasulullah S.A.W mengorbankan bukan sahaja harta, malah nyawa Baginda demi menegakkan Islam.

Apapun, kita punya pandangan dan persepsi masing-masing. tiada apa dan silakan mencambah minda anda. Cuma janganlah terlampau-lampau mengata dan menghina mereka yang kita tidak suka, kerana Allah tidak suka kita melampaui batas.

1 comment:

Hady83 said...

bro..siyes aku nak muntah bila tgk berita yang berat sebelah tu..mana2 chanel pun sama...seolah2 mereka yang baju kuning tu tutup jalan..buat roadblock..tutup kedai..bergaduh dan sebagainya...betul lah kot dunia ini majoritinya orang bodoh punya...yang cerdik akan sentiasa jadi mangsa kerana mereka cuma minoriti...