Sunday, April 5, 2009

Bukit Gantang, PAS jangan terlalu yakin, BN jangan terlalu gembira...


Antara 3 pilihanraya yang berlangsung 7 APril ini, Bukit Gantang adalah yang paling menjadi tumpuan sehingga undian KLPos menyaksikan Bkt Gantang menjadi perhatian 75% rakyat Malaysia berbanding Bukit 'Melampau' Selambau dan Batang Ai.

Mengapa?? Pertamanya adalah pertembungan klasik PAS-UMNO. Sejak dahulu lagi, pertemuan PAS-UMNO ini ibarat Brazil-Itali la dalam World Cup, atau Selangor-Singapura la dalam Malaysian Cup. Sarat dengan sejarahnya yang tersendiri, serta pertentangan yang berlaku lebih 50 tahun, PAS-UMNO sentiasa menyaksikan pertandingan yang sengit walaupun pilihanraya berlaku di kubu kuat mereka sendiri. Sebagai 2 buah parti yang digelar 'Malay Belt', tumpuan media arus perdana berbahasa Melayu seperti UM, BH, RTM dan TV3 walaupun 100% senget sebelah la kan.

Keduanya adalah isu di Perak itu sendiri. Isu ini telah digunakan oleh PR untuk menghentam BN. Siapa salah, siapa benar dari segi perundangannya masih lagi kabur, tetapi agak mengecewakan apabila BN mengatakan isu ini tidak timbul di Bkt Gantang. Sekali lagi mengapa?? Adakah BN takut? Adakah BN merasakan mereka di pihak yang salah? Cuba anda baca akhbar pro-UMNO, semua mengatakan isu ini tidak akan memainkan peranan. Jika ia memainkan peranan, mengapa? Adakah BN tidak yakin dengan 'rampasan' kuasa yang mereka buat ke atas Perak? Jika mereka di pihak yang benar, jelaskanlah kepada rakyat, dan tiada masalah jika isu ini memainkan peranan besar di Bkt Gantang jika ia memberi kelebihan kepada BN.


Ketiga, salah seorang pemainnya adalah insan yang terlibat secara langsung dalam drama 'rampasan' kuasa ini. Beliau tidak lain adalah DS Nizar Jamaluddin. Faktor ini menjadikan perlawanan bertambah menarik dan sengit kerana ia boleh dijadikan indikator sokongan rakyat terhadap DS Nizar.

Masih banyak persoalan yang bermain di fikiran. Jika kita lihat poll Internet, memang PAS sudah menang. Tetapi dalam kepala lebih 50,000 pengundi Bkt Gantang, hanya Allah yang tahu. Apapun PAS jangan terlalu yakin dengan poll di Internet, kerana yang mengisi poll tersebut bukan semua rakyat Bukit Gantang. Kempen BN sangat2 akhir amat perlu diwaspadakan kerana mereka sanggup melakukan apa saja untuk menang. Satu yang kena ingat, TV dan paper pun akan kempen bermatian-matian untuk BN.


Bagi BN, dalam media massa, mereka sudah menang. Tetapi ambillah iktibar dari Kuala Terengganu, P Pauh dan PRU ke 12, berita langsung tak menunjukkan BN akan kalah, tetapi akhirnya kalah jua. Sebab?? Berita dan akhbar tidak pernah menyampaikan berita yang benar semasa pilihanraya tetapi hanya berita yang menyedapkan hati pemimpin BN sahaja.

Selamat mengundi!! Allahu Akbar!!

1 comment:

harith_fakhrudin said...

semoga Allah menegakkan yang hak, menghapuskan yang batil dan kita semua kembali mengagungkan-Nya

Allahu akbar!!