Wednesday, April 8, 2009

Oh...TV3 ku...


Hari ni saja balik rumah makan tengahari, nak tengok berita 1.30 TV3. Saja la nak dengar apa yang mereka serta menteri-menteri komen tentang keputusan pilihanraya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukan apa? Nak dengar jugak la apa yang pemimpin negara dapat rumuskan dari kekalahan parti mereka di 2 bukit serta kemenangan 'besar' penuh bergaya mereka di Batang Ai.

Tengok-tengok, hai ... LANGSUNG takde berita mengenai pilihanraya. Macam tiada apa yang berlaku semalam. Aduuh...Sikit pun tak sentuh tentang pilihanraya. Setahu saya dalam seminggu ni, berita pilihanraya untuk buletin 1.30 je mau dekat 10 minit (1/3 dari keseluruhan berita). Kalau berita 8.00 mau 25 minit. Semuanya tentang pilihanraya.

Tapi hari ni, zeroo! 0 minit gua cakap lu...he3...Takpelah TV3, bukannya rakyat tak tahu apa yang berlaku. Bagaikan menutup bangkai gajah dengan daun nyior, itu lah yang terjadi.

Sedikit nasihat, sampaikanlah berita tu dengan adil. Ingat, wartawan juga akan mati dan disoal Allah kelak, tak takut ke...Masya Allah!!

1 comment:

clean said...

salam brother..

sejak 15 tahun lepas, tv3 dah jadi TV3 suku...

mereka dah tak boleh terima nasihat lagi..berita paslu, fitnah, tipu disiarkan untuk tatapan rakyat yang makin cerdik.

pembaca berita TV3 membaca berita yang skripnya disediakan oleh boss mereka..

tak semua orang menjalankan tugas dengan 'berani kerana benar' seperti Ustaz Ramlan Porigi!