Tuesday, April 14, 2009

Akibat Kedekut Markah - Pandangan Saya

Sebentar tadi saya terbaca berita muka depan akhbar Kosmo bertajuk "Akibat Kedekut Markah". Beritanya tentang seorang pensyarah di USIM yang meletak jawatan kerana enggan menurut arahan pihak tertinggi universiti untuk memberikan markah kasihan kepada pelajar-pelajarnya lantaran sebahagian besar mereka gagal dalam subjek yang diajar pensyarah tersebut.

Saya cuma tersenyum, teringat semasa saya menjadi pensyarah di Kolej Teknologi Timur Sepang, masalah ini juga berlaku. Kadang-kala saya dah cukup berlembut dalam memberi markah, tapi pelajar tetap gagal. Pihak atasan mahu pelajar ini diluluskan juga kerana jika dia gagal, kolej yang sememangnya kurang pelajar akan kehilangan seorang lagi. Jadi untuk mengelakkan kerugian kolej kehilangan pelajar yang juga merupakan mata pencarian kolej, maka pelajar ini terpaksalah diluluskan jugak, walaupun selayaknya dia gagal.

Perkara ini berlaku hampir setiap semester, sehingga pelajar yang tak pernah masuk kelas, dan final exam pun entah apa dijawabnya pun terpaksa diluluskan. Jauh di sudut hati, memang berat sebenarnya nak beri lulus, bukan apa, kita akan rasa berdosa kerana telah berlaku tidak adil kepada pelajar yang telah berusaha gigih untuk lulus.

Untuk kes pensyarah tadi, mungkin juga disebabkan teknik pengajarannya yang kurang berkesan yang menyebabkan pelajar gagal. Malah bos saya di KTT pun cakap macam tu "Kalau dah separuh gagal, maknanya something wrong dengan pensyarah la".

Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan pendapat ini. Pelajar yang lulus 100% tidak semestinya pensyarahnya terlalu bagus, mungkin subjeknya agak mudah, mungkin pensyarah dah bagi soalan bocor yang sebijik lagi, mungkin pensyarahnya terlalu murah hati dalam memberi markah. Begitu juga sebaliknya bagi subjek yang pelajarnya tidak 100%, mungkin subjek tersebut terlalu sukar dan perlukan tumpuan yang lebih dari pelajar, tidak semestinya pensyarahnya yang tidak pandai mengajar.

Ikhlas saya cakap, pelajar kita khususnya Melayu terlalu dimanjakan. Semuanya nak disuap sehingga soalan pun mesti dibocorkan atau markah mesti dimudahkan, baru boleh lulus. Jika tidak, gagal. Pelajar kita mesti berusaha dengan gigih untuk lulus, bukan sekadar acuh tak acuh atau sambil lewa dalam menjawab soalan. Jika pensyarah tersebut teruk sangat, pasti tiada seorang pun yang lulus. Tetapi jika ada yang lulus membuktikan bahawa semua yang lain mampu lulus. Bezanya pelajar yang lulus rajin membaca, selalu berbincang dengan pensyarah dan rakan serta tekun, sebaliknya yang malas adalah seperti kebanyakan sikap pelajar Melayu, malas membaca, malu bertanya, bodoh sombong, anggap diri bagus, jika angkat tangan tanda tak tahu, mengambil mudah, terlalu berharap pada soalan bocor, lebih suka cuti / balik kampung, tiada sikap ingin tahu dan tiada keazaman untuk memajukan diri dengan cara yang halal dan diredhai.

Sebab itu ramai antara pelajar kita tak boleh survive untuk ke peringkat lebih tinggi di luar negara atau tidak mempunyai pengetahuan apabila masuk ke gerbang pekerjaan yang membutuhkan kemahiran dan pengetahuan lebih tinggi. Akibatnya, graduan Melayu kita kebanyakannya tak memenuhi standard dan akhirnya tak laku.

Kepada pelajar USIM yang gagal tu, hentikanlah menyalahkan pensyarah anda, baca buku, study betul-betul dan score time exam repeat nanti.

3 comments:

MZ said...

kitorg dah bace buku.
dah buat assignment.
dah buat presentation.
dah pergi kelas setiap hari takde miss.

so, logik ke x dpt markah langsung?

Ahmad Putra said...

sorry..maybe sy lebih banyak amik dari konteks saya.

Tak tau plak maybe pensyarah uSIM ni memang bermasalah...

anyway, smoga berjaya

harun said...

jarang nak jumpa kalau tiap2 hari pegi kelas, assignment semua buat dan tiba2 fail exam kecuali kursus yang di ambil tu kursus kritikal (cth perubatan, aeronautik dll.) bagi pendapat sy, semua ni lebih kepada propaganda IPT itu sendiri dimana kebanyakan IPTS lebih mementingkan pendapatan mereka melalui bilangan pelajar yang mendaftar berbanding kualiti pendidikan. hakikat ini saya lalui sendiri semasa saya bersama-sama dengan IPTS ketika dulu dan kini bersama dengan IPTA. Mungkin bagi IPTs mengejar kepada keuntungan kewangan adalah keutamaan, tapi bagi IPTA kualiti pendidikan lebih diutamakan. sebab tu saya tak hairan pelajar2 diploma yang diwaktu diploma mereka dapat PHNM 3.5 ke atas apabila mendaftarkan diri di IPTA, rata-rata mereka ini cuma mampu mendapat sekitar 2.5 kebawah. itu pun belum dikira yang gagal dan tak menamatkan pengajian. cuma pendapat seorang biasa.