Tuesday, November 3, 2009

KIK oh KIK



Apa ke bendanya KIK ni? KIK ni Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Mungkin pekerja swasta tak berapa tahu sebab mereka panggil ICC (Innovative and Creative Committee). Tapi kebanyakan jabatan sektor awam tahu dan pernah membangunkan KIK.

Saya pun dipilih juga oleh Pusat ICT kali ini untuk menjayakan KIK. Esokle persembahannya. Dalam minggu ni memang makan tidur semua dengan KIK. Bayangkan persiapan KIK selama 10 bulan hanya perlu dipersembankan kepada juri 20 minit sahaja.

KIK kerajaan ni lebih mementingkan proses membina produk daripada melihat produk tu sendiri. Sebab itu jika produk tersebut canggih macam mana pun tapi jika kita tak nyatakan mengapa kita pilih produk, mengapa bangunkan, bagaimana masalah terjadi dan sebagainya, projek takkan menang jugak.

Anyway, semoga kami dapat jugakla nombor esok ye, Insya Allah.

Putriku sebut tatte




Amanda dah berumur setahun 6 bulan. Tapi kalau bab berceloteh atau berleter, kalah makcik-makcik. Walaupun tak pandai sebut, tapi perkataan yang keluar dari mulut dia yang chumel tu memang menggelikan hati. Kalau lizard dia sebut 'ized'. Cat sebut 'chat'..haha

Rumah kami ni banyak juga lipas, keluar dari stor le. Yang paling seronok, kalau Amanda jumpa lipas, dia sebut apa tau?

Tattee, tattee .. comel le sangat2

Anak ni titipan Ilahi, jagalah mereka dengan elok ye. Bersyukurlah jika kita ada anak yang nakal dan lasak dari takde anak langsung.

Alhamdulilah

Tuesday, September 15, 2009

Riang Ria Berbuka

Dalam hadith Rasulullah S.A.W disebut “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya"

Ada lah beberapa foto saya and my little family berbuka nak share dengan kawan2
. Atas tu di JW Marriot. Bawah adalah anjuran kelab ICT di Felda Residence.


Tuesday, September 8, 2009

Tanah 3 ekar untuk dijual, Raub, Pahang


Saya ingin menjual sebidang tanah berkeluasan 3 ekar di Mukim Gali, Raub, Pahang Darul Makmur. Tanah tepi jalan dan amat sesuai untuk dijadikan tanah pertanian, perumahan dan perusahan, atau perniagaan stesen minyak.
Kelebihan tanah ini :
Pertanian - Berjenis pamah, tanah yang lebih subur
Perusahaan Industri dan Perumahan - Tepi jalan (memudahkan urusan pengangkutan, dekat dengan bandar Raub (10 km), serta jalan laluan utama dari KL ke Kota Bharu.
Perniagaan Stesen Minyak - Tepi jalan, jalan utama menghubungkan Raub ke Kuala Lipis, KL ke Kota Bharu.
Harga boleh dirunding jika betul-betul berminat. Harga awal RM350,000. Sesuai untuk individu atau syarikat yang ingin memulakan perusahaan.
Hubungi saya , Ahmad Wiraputra Selamat di 012-6784415 atau e-mel : a_wiraputra@yahoo.com

Wednesday, August 26, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Saya amat bersetuju dengan artikel dari TGHA ini. Walaupun mungkin akan mendapat kritikan dan kecaman dari Sisters In Islam, artikel ini walaupun pendek telah menyatakan hukum ini bukanlah untuk menyeksa umat, tetapi sebagai langkah pencegahan yang amat berkesan.

Semua muslim yang baik tidak mahu rumah mereka dirompak, isteri dan anak dirogol, atau anak mereka minum arak, kerana itulah naluri kita sebagai Islam. Jadi jika difikirkan semula, apakah langkah yang paling untuk mencegah semua yang disebut itu berlaku. Jawapan yang paling mudah, adalah hudud. Pada pendapat saya, hanya Islam Celup atau Islam Plastik sahaja yang menolak hukum ini.

Dan TGHA bersetuju bahawa hukum ini tidak boleh dijalankan dengan tergesa-gesa. Ianya perlu didahului dengan langkah pencegahan yang lebih lembut seperti larangan minum arak secara menyeluruh, walaupun di dalam rumah sendiri. Islam yang menyimpan arak, sama seperti menyimpan dadah. Setelah semua itu dilakukan, barulah kita menjalankan hukum dengan seadilnya kepada mereka yang minum arak.

Tuesday, August 25, 2009

Tahniahlah kepada yang menang

Pilihanraya Permatang Pasir baru sahaja selesai. Kepada yang menang, tahniah dan semoga Allah memberikan anda kekuatan untuk membantu penduduk Permatang Pasir dan Pulau Pinang amnya.

Kepada yang tewas, jangan bersedih. Adalah hikmah disebaliknya. Apapun di Ramadhan yang mulia, saya harap, yang menang dan kalah bermaafan la, tak perlulah kutuk2 atau ditimbulkan lagi kisah ini. Biarlah penduduk Permatang Pasir tenang dengan keputusan yang mereka telah buat.

Ramadhan Kareem...selamat berpuasa.

Sunday, August 23, 2009

Seni Programming

Prinsip asas saya dalam mem'program' adalah data. Apabila kita berjaya mewujudkan data yang sebenar, segala kerja mengaturcara akan menjadi mudah. Saya sering ibaratkan data ini seperti bata dan simen untuk bina rumah. Kalau bata dan simen ini cukup, design la rumah macam mana pun ia tetap akan jadi.

Sebut data ia tidak boleh lari dari pangkalan data. So, database inilah sebenarnya yang terpenting samada kita baru nak create, atau select atau delete sekalipun. Banyak masalah programming satu sistem yang berkaitan dengan sistem lain, berpunca dari data yang tidak lengkap.

Hmm, kalau tak lengkap, nak buat mcam mana, kena lengkapkanlah jugak. Dah tugas melengkapkan data sebenarnya amatlah sukar kerana ia ibarat kerja 2 kali. Inilah dilema sebuah negara membangun seperti Malaysia yang bersungguh nak laksanakan e-goverment la, e-payment la dan bermacam e lagi, tetapi pakar dan kelengkapannya masih di takuk lama.

Anyway, sebagai post pertama saya di Ramadhan Al-Mubarak, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan Muslim semua.

Wednesday, August 5, 2009

Amanda dah pandai jalan..she is unstoppable

He2..anakku Amanda dah pandai jalan. Mentang-mentangla baru dapat kaki, memang tak mahu berenti jalannya. Kita pulak yang penat mengejar sana sini. Kurus la abahnye, hua hua hua.

Then sekarang, Manda kuat gak makan, kalu nak makan dia sebut apa tau..Nak. Nak....Nak...Nak...Comel betulla anak abah ni.

Tapi lately dia manja sikit. Maklumlah nak dapat adik, kalau dilawan sikit angin dia, huh..bukan main marah..he3..

Monday, June 29, 2009

Cerita IPTS ke IPTA



Dari sebuah kolej kecil yang pelajar nye kadang2 1000 lebih, kadang2 600 orang je ke sebuah universiti yang mempunyai 15,000 pelajar. Dari sebuah pejabat yang hanya ada lebih 60 staf ke sebuah institusi yang dipandu lebih 1000 pekerja.

Menguruskan sebuah IPTS kecil jauh lebih mudah dan ringkas berbanding sebuah universiti besar. Di KTT dulu, tiada jabatan-jabatan,
unit-unit atau pusat-pusat tertentu. The whole KTT adalah ibarat sebuah jabatan.

Tetapi UPSI mempunyai berbelas-belas jabatan, pusat dan institut. Setiap daripadanya akan ada pengarah, pegawai tadbir dan kerani yang tersendiri yang tak mungkin diganggu gugat oleh jabatan lain. Setiap urusan pasti ada prosedur yang jelas, ditentukan oleh ISO dan dipateri oleh polisi atau iltizam jabatan. Setiap daripadanya perlu ada borang dengan nombor yang jelas, dan hanya orang tertentu yang boleh menandatanganinya. Setiap polisi jabatan pula terikat kepada polisi induk universiti serta Perintah Am dan Undang-undang Persekutuan.

Di KTT dulu juga ada borang, ada prosedur, tapi jalan ceritanya agak bercelaru tetapi memudahkan. Sesiapa sahaja boleh tandatangan termasuk PR, kerana apa, kerana di sana antara pensyarah dengan kerani tak jauh berbeza. Kadangkala semuanya akan jadi samarata apabila membuat kerja yang dikerah bersama seperti mencetak sampul surat (marketing), mengedar iklan mahupun membersihkan rumah pelajar (sbg warden)!!

Saya masih ingat, kami terpaksa mengedar risalah iklan mengenai KTT, pada awalnya kertas pun putih sahaja (tak menarik langsung), kemudian barulah ada warna-warni sikit. Tapi tulisan dan gambarnya tetap satu warna yang membosankan. Pada waktu itu, jika saya beri arahan kepada yang berpangkat rendah pun mereka akan marah saya semula.

Bezanya dengan UPSI dan sektor awam yang lain, KTT tiada tangga pangkat atau gred yang jelas. Yang membezakan setiap orang adalah tahap pendidikan dan sejauh mana mereka boleh mendampingi ketua jabatan masing-masing.

Berbeza dengan UPSI, tangga gajinya jelas dan adil, siapa yang rajin, insya Allah boleh naik pangkat tanpa meminggirkan mana-mana staf yang lebih senior.

Anyway, KTT banyak mengajar saya erti bekerja keras tanpa mengira penat dan jemu, walaupun dengan cara kerja dan prosedur yang tak berapa nak betul. Kerana apa? Kerana kita sering dipaksa untuk melakukannya walaupun tanpa kerelaan. Ianya macam kita berpindah ke sebuah negara yang aman damai, dari sebuah negara yang penuh dengan kontroversi, ketidakpuasanhati tetapi ceria dan warna-warni.

Monday, June 8, 2009

Pengembaraan Mencari Makanan di Kelantan




Pada 7 Mei lalu, kami sekeluarga melawat negeri Tadahan Wahyu, mana lagi kalau bukan Kelantan Darul Naim. Bertolak dari Tg Malim jam 6 pagi, ikut PLUS highway sampai ke Batang Kali, pintas ke Genting Sempah melalui GH, dan terus naik ke utara melalui Bentong, Raub dan sampai KB le senang.


Sebenarnya my wife yang beria sangat ajak, maklumlah dah lama tak balik kampung di Banggol Judah, tak jauh le dari Machang. Nak jumpa Mak Ngah le, Pak Su Le le, cikgu ngaji dulu la..he3. Anyway saya sendiri pun teruja juga nak ke sana, coz sekolah lama i pun di sana. Tau ke sekoleh apa, singkatannya STMFP, panjang Sek Tengku Muhamad Faris Petra. Walaupun mengaji sana hanya 10 bulan, tetapi tetap meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan, terutamanya dikejar pelajar form 5 selepas seorang dari member kami geledah locker diorang di hari terakhir kami di sana.

Tapi pengembaraan kami lebih kepada mencari makanan yang sedap-sedap kat sini. Maklumlah, Kelantankan Negeri Jelapang Makanan. Tapi personally saya kagumlah dengan Kelantan ni, dalam keadaan yang serba kekurangan kerana sering dianaktiri kerajaan Pusat, mereka mampu survive malah semakin membangun dengan kemampuan yang ada sehingga hampir seiring dengan negeri-negeri lain. Siapa yang kata Kelantan ni miskin, tiada pembangunan dan sebagainya, eloklah datang sendiri dan saksikan laaa...KB Mall, Tesco ada, kedai-kedai makin banyak, hotel makin banyak, siap nak bina KB Trade Centre tak lama lagi. Bukan apa, ini membuktikan kuasa ekonomi rakyat semakin tinggi dan meningkat. Jika tidak, masakan Tesco membuka cawangannya di sini dan antara yang terbesar di Malaysia. Saya lihat, walaupun mereka duduk di kampung, rumah pun kayu je, tapi ada jugak tanah, ada jugak lembu, ada jugak dusun, mereka ni berharta walaupun nampak miskin. Perasan tak, Bersamamu TV3 tu jarang ke Kelantan, agak-agak kenapa??

Anyway tahniah Tok Guru, ini yang dikatakan Membangun Bersama Islam...

Sebut pasal tempat makan pulak, memang rambang mata, tak sempat nak singgah semua, tapi antara yang sempatnya :

Day 1 : Nasi Kukus Zakini (huh..sedap giler), Restoran Shah, kami makan ikan 3 rasa, tomyam putih

Day 2 : Nasi Air Mek Nab, Nasi Kerabu restoran mana entah, sedap giler, Steam Boat di Jalan Bayam

Day 3 : pegi Pantai Seri Tujuh, Makan nasi di Pasar Siti Khadijah, shedap..

Kepada yang plan nak ke Kelantan, singgah-singgah le tempat2 ni, gerenti tak kecewa punya..

Tuesday, May 5, 2009

Manoharan : Proses Baikpulih Parti

1. Sepertimana pilihanraya umum sebelumnya, parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP telah meletakkan calon-calon mereka hampir di semua kerusi untuk menentang BN. Berbeza dengan BN, mereka ketandusan calon-calon yang berketrampilan tetapi juga berani tampil ke hadapan.

2. Perkara ini tidak pelik kerana bukan mudah nak jadi calon pembangkang. BN dan segala agensi yang dipegang pasti sudah mengenali mereka dan secara tak langsung menyukarkan mereka untuk berurusan dengan pihak kerajaan seperti urusan pinjaman, biasiswa anak dan sebagainya kerana dilabel 'penentang kerajaan'. Memang bukan mudah dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Berbanding BN yang mana calonnya diangkat penuh glamer dan diberi lagi jutaan wang untuk berkempen dan diberikan kepada 'rakyat'. Maklumlah parti yang sedang memerintah, apa yang mereka perlu takutkan.

3. Hal ini pada pandangan saya menyebabkan pembangkang terpaksa meletakkan calon tangkap muat yang lazimnya kurang berkualiti dan tak pandai berpolitik di beberapa kerusi Dun dan Parlimen, dan ia bukan disebabkan oleh kekurangan calon yang kuat, berkaliber dan dikenali rakyat, tetapi atas poin 2 yang dinyatakan tadi. Tambahan lagi, tiada siapa termasuk mereka sendiri menyangka akan memenangi negeri selain Kelantan yang telah 18 tahun diperintah PAS. Matlamat mereka lebih kepada mengurangkan majoriti besar yang diperoleh BN sahaja pada 2004.

4. Namun takdir menentukan pembangkang menerima sokongan besar rakyat dengan menang di 5 negeri dan mendapat kerusi parlimen dan Dun terbanyak dalam sejarah iaitu 82 kerusi parlimen dan 198 kerusi DUN. Atas kemenangan itu, pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat (PR).

5. Untuk menguruskan 5 negeri terutamanya yang tidak pernah diperintah seperti Selangor, Kedah dan Perak bukanlah mudah dan ini disulitkan lagi dengan kemenangan calon-calon PR yang tidak berkualiti kerana 'tangkap muat' tadi. Perlu diingatkan menjadi wakil rakyat bukanlah perkara yang mudah, mereka perlu berhadapan dengan rakyat selain tentangan sengit bagi pembangkang baru iaitu BN.

6. Disebabkan ketidakbagusan ini tadi, beberapa wakil rakyat mula tak tahan dan kalah dengan tekanan politik lantas mengambil keputusan menarik diri. Contohnya wakil Bukit Selambau, Penanti dan yang terbaru Kota Alam Shah.

7. Saya secara peribadi dapat merasakan rakyat mula jelik dengan pilihanraya kecil yang dah nak masuk kali ke 6 dalam tempoh 10 bulan ni. Dan ini tidak mustahil bakal diterjemah dalam bentuk undi di Penanti dan KAS nanti.

8. Walaupun agak meloyakan, saya berpendapat ia adalah proses PR untuk memperbaiki kembali kesilapan dan kekhilafan meletak calon pada Mac 2008 dengan satu-demi-satu pilihanraya kecil. Namun jauh di sudut hati, saya mengharapkan agak ia berakhir di Penanti (atau KAS jika jadi) kerana tiba masanya PR menumpukan kepada kerja-kerja mentadbir negeri pula dari asyik sangat dengan pilihanraya. Saya yakin, apabila genap 2 tahun PR memerintah, rakyat akan mula menilai baik buruknya dan pastinya akan mula menilai kembali parti mana yang akan diundi pada pilihanraya umum akan datang.

Perlukah Yang Mulia?

Kita perhatikan masyarakat kita dalam urusan rasmi masih meletakkan gelaran 'Tuan' kepada individu bernama 'Syed' atau 'Syeikh' dan gelaran YM atau 'Yang Mulia' untuk yang bernama Raja atau Tengku.

Saya tidak bercakap mengenai Dato', Tan Sri, YAB, YB dan seangkatan dengannya kerana ia adalah kurniaan khas dari Sultan atau gelaran khas buat wakil rakyat. Tetapi untuk Syed atau Raja (nama), mengapa perlu ada gelaran khas. Bukankah mereka sebenarnya sama sahaja darjat atau tarafnya dengan kita. Itu belum menyebut soal darah lagi seperti cerita P.Ramlee Antara 2 Darjat.

Bukan saja nak persoalkan, tetapi mengapa kita masih perlu mengangkat golongan ini hanya kerana nama yang menjadi tradisi turun temurun sahaja. Mungkin 1000 tahun dahulu kita cukup hormat pada Pak Arab, dan kita panggil mereka Tuan. Jadi keturunan Arab ini pun meletakkanlah 'Syed' pada nama awal mereka, malah ada yang sanggup tak kahwin selagi tak jumpa 'Sharifah' yang kononnya setaraf dengan mereka. Satu pemikiran yang amat kolot, dangkal, dan tak masuk akal. Pada masa kini mungkin kita akan berjumpa orang yang bernama Syeikh atau Syed yang bekerja yang perompak atau pembunuh, adakah kita masih nak panggil mereka Tuan??

Begitu juga Raja dan Tengku, ianya hanya tinggal pada nama sahaja dan hakikatnya mereka mungkin dah hilang segala bau-bau bacang pun dengan Sultan atau Raja. Jadi mengapa perlu gelar mereka Yang Mulia? Adakah mereka lebih mulia dari kita? Adakah Allah akan meletakkan mereka di Syurga lebih awal dari kita? Adakah gelaran YM akan menghalang mereka ke Neraka sekiranya bergelumang dosa?

Poin saya mudah, bukannya hendak mengecilkan atau menyinis orang yang bernama Syed atau Raja, ramai juga kawan saya yang bernama Syed. Malah antara tokoh yang saya sangat kagumi adalah Syed Naquib Al-Attas. Tetapi ini membuktikan orang kita masih lagi berfikiran feudal dan tidak kedepan. Sikap seperti ini tidak akan membawa kemajuan kepada bangsa kita lantaran sifat 'perhambaan' yang masih menebal dan membuta tuli. Tiada salahnya jika kita semua berkongsi gelaran yang sama iaitu Encik, Cik atau Puan. Jika dah terima kurniaan dari Sultan tu, tiada apalah, mungkin banyak jasanya sehingga diiktiraf oleh baginda. Tetapi yang lain-lain tu, takperlu sampai nak kena panggil YM atau Tuan setiap kali dinyatakan nama dalam surat rasmi.

Sunday, May 3, 2009

Putri Kasih Amanda 1 Tahun


28 April 2008, maka genapla puteri sulungku, Putri Kasih Amanda berusia 1 tahun. Alhamdulillah, Allah memberikan kegembiraan dan kebahagian buatku dan isteri dengan kehadiran Amanda. Amanda pula seperti tersangatlah gembira lahir ke dunia dan tumbuh sihat sebaiknya. Semoga Allah memberiku dan keluarga kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, April 16, 2009

Fairus Letak Jawatan : Election lagi..:-(

Cerita perletakan Adun Penanti yang juga bekas TKM1 Pulau Pinang, Sdr Mohammad Fairus Khairuddin menaikkan lagi suhu politik negara yang sememangkan sentiasa panas (non-stop) sejak 8 Mac tahun lalu. Hmm, satu keputusan yang memang dijangka walaupun kurang dipersetujui kerana ia akan membuka satu lagi pilihanraya yang tentunya akan semakin memeningkan kepala rakyat memikirnya. Tambah lagi pengundi Penanti ni baru je lagi mengundi semasa PRK Permatang Pauh 26 Ogos tahun lepas, dah nak mengundi lagi.

Saya agak pelik la dengan Sdr Fairus, bayangkan nak berhenti TKM dan Adun hanya kerana nak sambung belajar. Come on man! Saya bukan tak menggalakkan seseorang menuntut ilmu ke tahap lebih tinggi, tetapi Sdr Fairus dah berada di kerusi no 2 di sebuah kerajaan negeri!! Bukannya graduate yang sedang mencari kerja atau pekerja biasa yang nak naik pangkat dan taraf hidupnya. Sdr dah bergelar YB dan hanya selangkah untuk menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang! Cuba bayangkan...logik ke tak logik. Jika tidak benar beliau berhenti untuk sambung pelajaran, mungkin banyak kisah sampingan yang perlu dirungkaikan. Tapi jika benar, saya tak fikir Sdr Fairus membuat keputusan yang bijak.

Berita terbaru saya baca, beliau mengugut pulak agar PKR membersihkan namanya atau akan mendedahkan skandal PKR dan kerajaan negeri. Hmm, semakin thrilling la pulak cerita ni. Apakah PKR dan Pulau Pinang yang bermasalah atau Sdr Fairus yang cuba menjustifikasikan dirinya yang kiri dituduh rasuah. Atau PKR ini memang masih belum matang berpolitik, tidak seperti PAS dan DAP, yang menyaksikan sejak setahun dulu, selalu dilanda masalah dalaman.

Apa yang pasti, rakyat dah penat dengan pilihanraya kecil. Bayang dalam tempoh setahun sudah 6 pilihanraya kecil diadakan termasuk Penanti. Saya jangka jika rakyat sudah mula muak, tidak mustahil keputusannya akan menjadi 4-2. Namun jika Sdr Fairus sendiri yang mengkhianati amanah rakyat secara peribadi, saya optimis 5-1.

Tuesday, April 14, 2009

Akibat Kedekut Markah - Pandangan Saya

Sebentar tadi saya terbaca berita muka depan akhbar Kosmo bertajuk "Akibat Kedekut Markah". Beritanya tentang seorang pensyarah di USIM yang meletak jawatan kerana enggan menurut arahan pihak tertinggi universiti untuk memberikan markah kasihan kepada pelajar-pelajarnya lantaran sebahagian besar mereka gagal dalam subjek yang diajar pensyarah tersebut.

Saya cuma tersenyum, teringat semasa saya menjadi pensyarah di Kolej Teknologi Timur Sepang, masalah ini juga berlaku. Kadang-kala saya dah cukup berlembut dalam memberi markah, tapi pelajar tetap gagal. Pihak atasan mahu pelajar ini diluluskan juga kerana jika dia gagal, kolej yang sememangnya kurang pelajar akan kehilangan seorang lagi. Jadi untuk mengelakkan kerugian kolej kehilangan pelajar yang juga merupakan mata pencarian kolej, maka pelajar ini terpaksalah diluluskan jugak, walaupun selayaknya dia gagal.

Perkara ini berlaku hampir setiap semester, sehingga pelajar yang tak pernah masuk kelas, dan final exam pun entah apa dijawabnya pun terpaksa diluluskan. Jauh di sudut hati, memang berat sebenarnya nak beri lulus, bukan apa, kita akan rasa berdosa kerana telah berlaku tidak adil kepada pelajar yang telah berusaha gigih untuk lulus.

Untuk kes pensyarah tadi, mungkin juga disebabkan teknik pengajarannya yang kurang berkesan yang menyebabkan pelajar gagal. Malah bos saya di KTT pun cakap macam tu "Kalau dah separuh gagal, maknanya something wrong dengan pensyarah la".

Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan pendapat ini. Pelajar yang lulus 100% tidak semestinya pensyarahnya terlalu bagus, mungkin subjeknya agak mudah, mungkin pensyarah dah bagi soalan bocor yang sebijik lagi, mungkin pensyarahnya terlalu murah hati dalam memberi markah. Begitu juga sebaliknya bagi subjek yang pelajarnya tidak 100%, mungkin subjek tersebut terlalu sukar dan perlukan tumpuan yang lebih dari pelajar, tidak semestinya pensyarahnya yang tidak pandai mengajar.

Ikhlas saya cakap, pelajar kita khususnya Melayu terlalu dimanjakan. Semuanya nak disuap sehingga soalan pun mesti dibocorkan atau markah mesti dimudahkan, baru boleh lulus. Jika tidak, gagal. Pelajar kita mesti berusaha dengan gigih untuk lulus, bukan sekadar acuh tak acuh atau sambil lewa dalam menjawab soalan. Jika pensyarah tersebut teruk sangat, pasti tiada seorang pun yang lulus. Tetapi jika ada yang lulus membuktikan bahawa semua yang lain mampu lulus. Bezanya pelajar yang lulus rajin membaca, selalu berbincang dengan pensyarah dan rakan serta tekun, sebaliknya yang malas adalah seperti kebanyakan sikap pelajar Melayu, malas membaca, malu bertanya, bodoh sombong, anggap diri bagus, jika angkat tangan tanda tak tahu, mengambil mudah, terlalu berharap pada soalan bocor, lebih suka cuti / balik kampung, tiada sikap ingin tahu dan tiada keazaman untuk memajukan diri dengan cara yang halal dan diredhai.

Sebab itu ramai antara pelajar kita tak boleh survive untuk ke peringkat lebih tinggi di luar negara atau tidak mempunyai pengetahuan apabila masuk ke gerbang pekerjaan yang membutuhkan kemahiran dan pengetahuan lebih tinggi. Akibatnya, graduan Melayu kita kebanyakannya tak memenuhi standard dan akhirnya tak laku.

Kepada pelajar USIM yang gagal tu, hentikanlah menyalahkan pensyarah anda, baca buku, study betul-betul dan score time exam repeat nanti.

When we decrease, that's not means you increasee

The concept of 'One Malaysia' have been introduced by our newly appointed PM. Yesterday i watched 2 programs which discussed about this thing. Former DAP member (now social activist) said that we have to accept reality that our country are multiracial country and solidarity we enjoyed for the past 50 years are based on the concept of integration, not assimilation. That's why we have quite a number of Ultra-Racist party, to keep their rights and fight for their race.

'One Malaysia' means everyone in Malaysia regardless race, religion or skin color have to accept each other as a people of Malaysia. We cannot forever see Chinese as Chinese, or Indian as Indian anymore in term of their contribution to Malaysia or reward their obtain from Malaysia. We have to decrease our spirit of racism and try to be more tolerant with them to raise the spirit of 'One Malaysia'.

However that's not mean when we decrease, you increase. If that happens, the concept will be ruin. Chinese or other non-Malays will think they are stronger and Malays are become weaker and weaker.

The bottom line is, everyone have to low down the volume and try to respect each other as well. If that possible, i think 'One Malaysia' will be a successful story.

Ibu saudara nikah pada usia 50




Ahad baru ni, saya dan family ke Dewan Beringin, Sri Gombak untuk menghadiri perkahwinan aunty Nandai (atau nama sebenarnya Raudhah). Menariknya aunty saya ni dah 50 tahun jadi anak dara dan baru ni lah bertemu jodoh. Alhamdulillah, betullah kata orang, kalau jodoh takkan ke mana.

Aunty Nandai ada kembar namanya Wardiah, tapi kami panggil aunty Nani.

Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada aunty dunia dan akhirat bersama suami tercinta. Akhirnya Allah balas jua kesabaran aunty selama ini dengan jodoh yang baik.

Wednesday, April 8, 2009

Glamer MT Pekida

Hmm, semalam tengok Buletin Utama, keluarlah berita tentang PEKIDA menafikan ahli mereka terlibat dengan jenayah. That's OK, mungkin ada benarnya kerana saya dengar ramai juga antara kita ni yang tidak berdaftar dengan Pekida tetapi mengaku dari pertubuhan tersebut.

Tetapi yang menarik perhatian saya semalam adalah penampilan MT Pekida Wilayah yang seperti mak datin tu. Huh..glamour jugak geng Pekida ni, siap tayang rambut gitu. He2, bukan apa Pekida ni kan stands for Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiyyah. Dakwah Islamiyyah itulah yang saya nak highlightkan.

Anyway, mungkin puan tersebut ada sebab tersendiri. Semoga Allah memberkati kita semua.

Doctor, you suppose to know this!

Doctor! Are you very sure, i mean very very sure that my 11 months baby can eat everything she wants, everything she likes. My heart says it, but i never blew it up to the "no good" doctor.

That's the problems i always experience several times with a doctor. When i ask something that we desperately want to know, they replied us with very lazy, unethical, no good answer. I am still remember when my wife knew that's she is positive pregnant for very time. Then we went to our panel clinic to get some advice from doctor about what need to do next, what my wife suppose to eat or avoid. Then you know what the doctor said, "so celebrate lah, enjoy yourself". I just thought "what in the blue hell??". This is not we want to hear, we can hear it from anybody. But you are a doctor, you are the person that suppose to empower this.

So my point is, doctor "got me" a lot of time. In earlier situation i noted, my wife asked what is the most suitable food for a 11 months baby to make her more thick and chubby, because at this time, they are so active and energetic. So i am quite disappointed to hear the doctor said "whatever she wants". That's definitely incorrect because i ve already read from Pa n Ma magazine that certain food like spicy one, even grapes and so on are substantially not good for a baby. That prove that a lot of our doctor (especially Malay and Men one) are lack of knowledge about this very basic medicine thing.

I hope every doctor try to give their very best because this is about other people's health. Please, if you lack of this knowledge, back to your college and learn some more.

Oh...TV3 ku...


Hari ni saja balik rumah makan tengahari, nak tengok berita 1.30 TV3. Saja la nak dengar apa yang mereka serta menteri-menteri komen tentang keputusan pilihanraya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Bukan apa? Nak dengar jugak la apa yang pemimpin negara dapat rumuskan dari kekalahan parti mereka di 2 bukit serta kemenangan 'besar' penuh bergaya mereka di Batang Ai.

Tengok-tengok, hai ... LANGSUNG takde berita mengenai pilihanraya. Macam tiada apa yang berlaku semalam. Aduuh...Sikit pun tak sentuh tentang pilihanraya. Setahu saya dalam seminggu ni, berita pilihanraya untuk buletin 1.30 je mau dekat 10 minit (1/3 dari keseluruhan berita). Kalau berita 8.00 mau 25 minit. Semuanya tentang pilihanraya.

Tapi hari ni, zeroo! 0 minit gua cakap lu...he3...Takpelah TV3, bukannya rakyat tak tahu apa yang berlaku. Bagaikan menutup bangkai gajah dengan daun nyior, itu lah yang terjadi.

Sedikit nasihat, sampaikanlah berita tu dengan adil. Ingat, wartawan juga akan mati dan disoal Allah kelak, tak takut ke...Masya Allah!!

Tuesday, April 7, 2009

Mereka hanya mahu memahami Islam


Cerita Sdr Nga Kor Ming dari DAP mengambil sepotong ayat Al-Quran dalam ceramah di Changkat Jering baru-baru ini menjadi isu yang sangat besar. Pelbagai pihak terutamanya dari UMNO, Prowaris termasuk Mufti Perak sendiri menempelak dan menghina YB ini, tidak kurang membuat laporan polis.


Pandangan saya pula, setelah mendengar ceramah YB tersebut, memang ia ceramah politik. Tetapi sampai ke bab beliau hendak menyatakan tentang keadilan, beliau mengambil ayat Al-Quran, dan tidak mengambil dari kitab Bible, Hindu atau Buddha itu sendiri jika ada.

Ini langsung tidak menggambarkan sdr Nga hendak mempersenda Islam dan ayat Al-Quran malah melambangkan beliau mengagumi Islam dengan mengambil ayat tersebut. Seharusnya kita merasa berbesar hati kerana mereka telah menaikkan martabat Islam itudi mata kaum mereka sendiri. Pasti ramai antara mereka yang akan menyedari betapa adilnya dan indahnya Islam, malah mungkin ada yang diberi hidayah untuk masuk Islam.

Benar, sdr Nga ada tersilap sebut, tetapi beliau kan baru belajar dan iltizam beliau untuk mendalami Islam seharusnya mendapat galakan dari kita. Ini tidak, kita cemuh dia, kutuk dia, macam mana kaum Cina hendak dekat dengan Islam. Mufti Perak kena bertanggungjawab jika ada orang Cina yang tersinggung dengan Islam dan tak jadi masuk Islam kerana tempelakkan beliau.

Kita harus bersikap terbuka, malah dalam sejarah Wali Sembilan pun, apabila Sunan Kalijogo berdakwah kepada orang kampung di tanah Jawa yang baru peluk Islam, mereka menyebut syari'at sebagai syaringat. Sunan bertanya, mengapa disebut syaringat? Mereka menjawab syaringat kan lagi sedap dilidah. Sunan tidak kata tak boleh, atau haram atau terus menghina, malah berkata, boleh, asalkan syari'at pasti tetap dijalankan. Nampak tak begitu indahnya Islam.

Kita di sini silap sebut sikit, report polis. Inikah dakwah Islamiyyah? Positifkah agaknya reaksi Cina kepada Islam. Itulah jadinya apabila kita sendiri pun tidak selalu mengamalkan ajaran Al-Quran sehingga hati kita begitu sempit terhadap kitab suci ini.

Mereka mahu memahami Islam, apa salahnya, moga-moga mereka diberi hidayah untuk memeluk Islam. OK, bagaimana pula yang dikatakan mempersenda Al-Quran. Contoh paling jelas di Malaysia, seorang pemimpin parti politik mengambil ayat :

Ya ayyuhallazi na aa manu.... lantas mengambil perkataan aamanu dan disamakan dengan parti politik yang disertai. Itu mempersendakan Al-Quran! Di mana tok peti Perak ketika itu???

Sunday, April 5, 2009

Bukit Gantang, PAS jangan terlalu yakin, BN jangan terlalu gembira...


Antara 3 pilihanraya yang berlangsung 7 APril ini, Bukit Gantang adalah yang paling menjadi tumpuan sehingga undian KLPos menyaksikan Bkt Gantang menjadi perhatian 75% rakyat Malaysia berbanding Bukit 'Melampau' Selambau dan Batang Ai.

Mengapa?? Pertamanya adalah pertembungan klasik PAS-UMNO. Sejak dahulu lagi, pertemuan PAS-UMNO ini ibarat Brazil-Itali la dalam World Cup, atau Selangor-Singapura la dalam Malaysian Cup. Sarat dengan sejarahnya yang tersendiri, serta pertentangan yang berlaku lebih 50 tahun, PAS-UMNO sentiasa menyaksikan pertandingan yang sengit walaupun pilihanraya berlaku di kubu kuat mereka sendiri. Sebagai 2 buah parti yang digelar 'Malay Belt', tumpuan media arus perdana berbahasa Melayu seperti UM, BH, RTM dan TV3 walaupun 100% senget sebelah la kan.

Keduanya adalah isu di Perak itu sendiri. Isu ini telah digunakan oleh PR untuk menghentam BN. Siapa salah, siapa benar dari segi perundangannya masih lagi kabur, tetapi agak mengecewakan apabila BN mengatakan isu ini tidak timbul di Bkt Gantang. Sekali lagi mengapa?? Adakah BN takut? Adakah BN merasakan mereka di pihak yang salah? Cuba anda baca akhbar pro-UMNO, semua mengatakan isu ini tidak akan memainkan peranan. Jika ia memainkan peranan, mengapa? Adakah BN tidak yakin dengan 'rampasan' kuasa yang mereka buat ke atas Perak? Jika mereka di pihak yang benar, jelaskanlah kepada rakyat, dan tiada masalah jika isu ini memainkan peranan besar di Bkt Gantang jika ia memberi kelebihan kepada BN.


Ketiga, salah seorang pemainnya adalah insan yang terlibat secara langsung dalam drama 'rampasan' kuasa ini. Beliau tidak lain adalah DS Nizar Jamaluddin. Faktor ini menjadikan perlawanan bertambah menarik dan sengit kerana ia boleh dijadikan indikator sokongan rakyat terhadap DS Nizar.

Masih banyak persoalan yang bermain di fikiran. Jika kita lihat poll Internet, memang PAS sudah menang. Tetapi dalam kepala lebih 50,000 pengundi Bkt Gantang, hanya Allah yang tahu. Apapun PAS jangan terlalu yakin dengan poll di Internet, kerana yang mengisi poll tersebut bukan semua rakyat Bukit Gantang. Kempen BN sangat2 akhir amat perlu diwaspadakan kerana mereka sanggup melakukan apa saja untuk menang. Satu yang kena ingat, TV dan paper pun akan kempen bermatian-matian untuk BN.


Bagi BN, dalam media massa, mereka sudah menang. Tetapi ambillah iktibar dari Kuala Terengganu, P Pauh dan PRU ke 12, berita langsung tak menunjukkan BN akan kalah, tetapi akhirnya kalah jua. Sebab?? Berita dan akhbar tidak pernah menyampaikan berita yang benar semasa pilihanraya tetapi hanya berita yang menyedapkan hati pemimpin BN sahaja.

Selamat mengundi!! Allahu Akbar!!

Wednesday, April 1, 2009

Bitara UPSI

Tiga hari saya berkursus di Teluk Dalam Beach Resort, Pulau Pangkor. Kursus dianjur UPSI ini dinamakan Bitara yang mana semua staf diwajibkan hadir. Saya telah menghadiri beberapa kursus selama berada di sektor awam seperti Induksi dan BTN. Sebelum itu, saya merasakan kursus ini akan menjadi lebih kurang sama lah.

Tetapi jangkaan saya agak meleset. Kursus ini cukup santai, fun dan menyeronokkan. Namun sangat menginsafkan dan memupuk semangat. Jika Induksi sarat dengan soal kenegaraan dan undang-undang, BTN pula sarat dengan mind job entah apa-apa, Bitara sebuah kursus yang banyak tertumpu kepada soal etika dan jatidiri sebagai pegawai UPSI.

Tertumpu kepada pengajaran 6 nilai Bitara, kursus ini diselangseli dengan LDK yang menarik seperti nyanyian, games, outdoor activities dan banyak lagi. Memang menyeronokkan dan menghiburkan. Walaupun saya pergi dengan staf yang kebanyakannya masih baru, namun cukup mesra ibarat dah lama berkenalan.

Kepada tenaga pengajar UPSI, you all the best..congrats!

Tuesday, March 10, 2009

Oxygenizer, segar beb..


Anda perlukan air untuk membasahi tekak yang menyegarkan, sambil memberi lebih oksigen dalam badan anda? Minumlah Oxygenizer...Cewah..macam kempen la pulak.

Sebenarnya saya dah lama minum air ni. Kalau jalan2 kat KL tu, selalu la beli coz Tg Malim payah nak cari. Air ni walaupun cuma air kosong tapi lainlah rasa dia. Memang sedap dan menyegarkan walaupun tak sejuk. Tambahan pula, peranannya menambah oksigen dalam badan. Bila oksigen dah banyak, kita akan lebih bertenaga dan kurang mengantuk.

So, kalo jumpa tu, try la beli ye, tapi tak dapat beli banyak2, harganya agak kurang menyegarkan la.He3.

Monday, February 16, 2009

Microsoft Certified Application Developer


Setelah hampir sebulan menunggu, barulah saya mendapat kad dan sijil sebagai MCAD. Hmm, apa dia MCAD ni ek? MCAD adalah satu sijil pengiktirafan la buat pembangun-pembangun sistem atau web menggunakan produk Microsoft seperti Visual.NET dan MSSQL.

Dengan adanya MCAD ni, kita boleh diterima sebagai trainer Microsoft di mana-mana agensi sama ada kerajaan atau swasta. Macam polis jugak la, ada batch baru boleh tahan orang kan.

Nak dapatkan MCAD ni bukannya senang, kena hadir kursus 2 fasa. Fasa 1 3 minggu, fasa 2 2 minggu. Lebih kurang 5 minggu untuk menghabiskan 5 siliburs. Saya dihantar oleh UPSI bersama seorang lagi rakan (Apai) yang mengambil MCSA ke UM (Fasa 1) dan UiTM (Fasa 2).

Soalan dia memang payah giler babas la, pendek kata yang pass tu hanya bertaraf developer otai yang kerja dengan Microsoft dah 10-20 tahun kot. Memang payah la.

Tapi nasib baik kami diberi test kit. Test kit ni dari Internet pun banyak dan senang diperoleh. Ni dah kira macam bocor sket la. Diberi 400 soalan, kena hafal la. Yang keluar 47 je. He2.

Tapi satu perkara la nak citer tentang Microsoft punya development ni banding dengan PHP MySQL. Kalo PHP, pengaturcaraannya lebih mudah kerana kita hanya perlu deal dengan fail-fail PHP dan pangkalan data MySQL sahaja. Fail-fail lain hanya sebagai pembantu sahaja seperti HTML, CSS dan INC.

Tapi kalau kita develop dengan Microsoft melalui Visual.NET, nampak macam senang, tapi bila kita go deep inside, kita akan tahu betapa kompleksnya development dengan Micr. Development for sure melibatkan Visual.NET. File pulak ada solution, ada fail skrip, ada vb sahaja, ada asp pulak..pening kepala aku. Dah program tu, kena set pada COM+ pulak. Dalam COM+ ni ada registry la, DLL la, references la..semakin la berserabut. Dalam DB pulak, diorang kena apply Stored Proc la, trigger la...pening x,korang baca pun pening kan

Tapi sekurang2 pengalaman ni mengajar diriku erti pengaturcaraan bertaraf tinggi. Ilmu ini sebenarnya amat bernilai sma tingginya dengan nilai sijil itu sendiri..cewah, TQ Microsoft.

Thursday, February 5, 2009

Akhirnya Perak jatuh atas kepingan jutaan wang


Setelah 11 bulan memerintah, akhirnya kerajaan PR Perak berjaya ditumbangkan oleh BN. Banyak respons yang saya dengar dari kawan-kawan, bloggers dan rakyat jelata amnya. Hampir 90% mengharapkan Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

Ada juga suara2 sumbang yang dangkal mengatakan, jika buat pilihanraya banyak la pakai wang, membazirkan wang rakyat. Bagi saya ini bukan soal membazirkan wang, tetapi untuk membentuk kerajaan melalui lunas undang2. Yang memerintah kita ini adalah lawmakers, electorat dan banyak lagi istilah yang diberikan kepada mereka, takkan kita sanggup membiarkan negeri kita diperintah melalui penipuan, politik wang dan pengkhianatan.

Apa yang terbaik kepada Perak adalah menyerahkan semula kepada rakyat. Namun kita pasti BN tidak akan membubarkan DUN kerana dalam keadaan sekarang, mereka amat tidak yakin dapat menguasai Perak semula melalui undi rakyat.

Di situlah, duit menjadi taruhan. Bahkan menurut ahli-ahli pembangkang yang ditawarkan, jumlahnya bukan sedikit, mungkin mencecah RM50 juta. Nampak mcm jumlahnya ditambah2, tapi tidak mustahil. Tidak mustahil bagi seorang bekas posmen yang dituduh rasuah dan berzina menerima jumlahnya tersebut bukan saja untuk menjadi kaya secara ekspres tetapi melepaskan diri dari tuduhan yang sedang dihadapi.

Apapun, Sultan dah menitahkan, kerajaan BN yang akan memerintah, kita akur sahajalah. Kepada YB Nizar, saya amat kasihan dengan anda. Saya pernah jumpa YB Nizar, bersalaman, malah bersolat jamaah bersama, saya tahu beliau orang baik dan ikhlas.

Memang kita rasa kecewa kerana Perak tersungkur bukan disebabkan pilihan rakyat, tetapi atas kepingan wang ringgit. Bersabarlah rakyat Perak, mungkin mereka untung sekarang, tetapi tak mustahil mereka akan rugi kemudian.

PERAK OH PERAK - Dipetik dari tulisan dam Iluvislam

Perak oh Perak..
www.iLuvislam.com
Imran Koyube
editor : Imran Koyube



Saya masih ingat salah satu pendapat dari seorang pelayar internet yang memberikan pendangan selepan Piliharaya Umum(PRU) tahun lepas; "antara negeri-negeri Pakatan Rakyat(PR), jika ada yang akan tumbang semula ke Barisan Nasional(BN); Perak adalah yang pertama."

Dengan izin Allah, apa yang dibayangkan oleh individu tersebut hampir menjadi realiti apabila Perdana Menteri(PM) Malaysia telah pun mengumumkan Menteri Besar(MB) Perak yang baru malam tadi.

Jika selepas 8 Mac 2008, rakyat Perak khususnya bangsa Melayu sangat risau kerana banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi oleh DAP, kini sekali lagi rakyat Perak dikejutkan dengan peralihan kuasa yang saya pun kurang pasti samada ia berlandaskan undang-undang negeri atau tidak (peralihan kuasa tanpa undi tidak percaya dan parlimen negeri tidak dibubarkan).

InsyaAllah, walaupun saya agak pasti bahawa pemimpin-pemimpin parti politik tidak berkesempatan membaca iluvislam.com, saya, dengan sedikit kelebihan yang ada di sini ingin menulis bukan banyak berkenaan isu terbaru ini. Lagipun saya orang Perak (sebut : Peghok) dan saya sangat lah 'terasa' dengan peristiwa ini.

Saya lebih tertarik untuk mengambil keratan-keratan akhbar Utusan Malaysia Online supaya sahabat boleh fikirkan sendiri dan insyaAllah, saya akan membuat sedikit konklusi.



Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pengkhianat

"PEKAN 22 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan segelintir wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang 'melompat' ke parti lawan sebagai pengkhianat."

''Mana-mana wakil rakyat yang bertanding dengan menggunakan tiket BN dan kemudian melompat ke parti lain, itu perbuatan yang mengkhianati BN," katanya.

''Kita memilih mereka untuk bertanding menggunakan tiket BN kerana yakin dengan ketaatan mereka terhadap parti selama ini," jelasnya.


Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pembohong Besar

SHAH ALAM 23 Mac - Mana-mana wakil rakyat yang bertindak melompat parti merupakan pembohong besar yang tidak boleh dimaafkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata tindakan seumpama itu tidak bertepatan dengan kehendak majoriti rakyat yang memilih individu tertentu untuk menyuarakan keperluan serta permasalahan mereka.

Ini kerana, seseorang wakil rakyat dipilih bukan hanya berdasarkan karakter semata-mata tetapi ia turut didorong oleh parti politik yang diwakilinya.

"Secara peribadi saya katakan sekiranya ada wakil-wakil rakyat bertindak melompat parti, ia bermakna mereka telah berbohong kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepadanya.

"Malah, wakil rakyat seperti ini juga dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya lebih mementingkan diri serta kedudukan mereka semata-mata.

"Oleh itu, orang seperti ini tidak mungkin dapat memberikan sebarang manfaat kepada rakyat dan parti sebaliknya akan merosakkan sistem demokrasi itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Politik Sepatutnya Jujur dengan Perjuangan mereka

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Masing berkata, ahli politik seharusnya jujur dan menghormati janji yang mereka buat sebelum menjadi wakil rakyat.

''Isu lompat parti ini seharusnya tidak timbul jika ahli politik jujur dengan perjuangan mereka.

''Selain itu, ahli politik juga harus sedar mengenai mandat yang diberikan rakyat supaya mereka berkhidmat," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Rampasan Politik Mewujudkan Kerajaan 'Tidak Bermoral'

KUALA LUMPUR 18 April - Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka.

Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

''Selain itu, perbuatan yang dirancang ini akan hanya melambangkan pakatan pembangkang tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Ini adalah satu bentuk pengkhianatan," kata Mohamad Mustafa ketika dihubungi hari ini.

Melompat Parti Menggalakkan Rasuah

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim berkata, tindakan melompat parti bercanggah dengan sistem demokrasi dan menggalakkan amalan rasuah.

"Jika amalan itu diteruskan, ia hanya akan menjemput malapetaka di negara ini.

"Negara yang aman akan bertukar menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di Haiti, Nigeria dan Timor Leste," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Patuhi Lunas-Lunas Perlembagaan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh Perlembagaan dan beliau tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, apa juga tindakan berhubung kedudukan Perdana Menteri mesti mengikut lunas-lunas Perlembagaan negara.

"Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan, ia tertakluk kepada Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.

"Pintu Belakang" Tidak Beretika dan Tidak Demokratik

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Saintis politik Dr. Chandra Muzaffar berkata, cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui "pintu belakang" adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik.

''Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang - dua cabang penting dalam tabir urus - akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti.

''Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik,'' katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri negara ini secepat mungkin.



Konklusi saya:

1. Kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan & Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, mengapa Dato' Seri perlu tergesa-gesa mengambil alih Perak sedangkan negara kita kini menghadapai kegawatan ekonomi? Saya harap Dato' Seri dapat utamakan mana yang lebih utama - demi kepentingan rakyat Malaysia. Dan saya juga berharap Dato' Seri dapat 'cakap serupa bikin' kerana Dato' Seri pernah mengatakan bahawa wakil rakyat yang melompat parti adalah pengkhianat tetapi dalam isu Perak ini, seolah-olah Dato' Seri yang menggalakkan wakil rakyat lain melompat parti.

2. Kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen,lain kali pilih-lah calon yang benar-benar layak dan 'bersih' untuk mewakil PKR dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir Dato' Seri perlu mencontohi pimpinan PAS dalam keputusan pemilihan calon. Selain itu, secara peribadi saya merasakan bahawa Dato' Seri telah 'tewas' dalam isu lompat parti ini kerana BN telah pun menjadikan ia suatu realiti.

3. Kepada sahabat-sahabat yang 'cakna' dengan perkembangan politik negara, jangan lupa doakan negara sendiri
selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin dan lain-lain. Teruskan kewajipan kita semua sebagai seorang pendakwah dan jangan mudah 'down' dengan apa yang berlaku. Jom fahamkan ummah tentang Islam!

p/s: Artikel di atas adalah pendapat peribadi saya & ia bukanlah pendirian rasmi iluvislam.com

Wednesday, January 28, 2009

Raya Cina kat kampung

Walaupun 2 hari je, sempat jugaklah saya snap beberapa gambar family untuk korang semua. Adik beradik i ni x ramai, but nak berkumpul semua mcam ni kemain payah, ada je hal masing2, termasuklah i..he3..

Anyway, family is everything...When everything in this world go wrong 4 us, family is those will be with us..so, sayangilah family anda :-)







Wednesday, January 21, 2009

Kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu - Analisis Saya

Sebagai seorang penganalisis politik bebas, saya cuba senaraikan beberapa sebab mengapa BN yang diwakili UMNO tewas dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini.

1. Faktor Calon - ini adalah masalah dalaman UMNO yang amat serius dan berlaku pada kebanyakan bahagian. Asal bukan orang yang mereka suka sahaja, sabotaj. Asal bukan puak mereka saja, boikot..Katanya Wan Farid ini orang Pak Lah, anak Datuk Ismail yang sebelum ini pun abangnya dicalonkan di DUN Ladang menyebabkan pengundi jemu, di samping tuduhan mengatakan beliau sombong dan tak pernah jenguk pun rakyat sebelum ini. Ini diburukkan lagi dengan ramai ahli UMNO yang nak sabotaj parti disebabkan ada antara mereka yang pro Idris dan tak suka kepada MB baru Mat Said.

Ini sebaliknya tidak berlaku kepada PAS. Walaupun ramai juga yang terkejut atas pencalonan Mohd Abdul Wahid Endut lantaran ramai yang menyangka Hj Mt Sabu atau Syed Azman lebih layak, tetapi mereka tak sabotaj parti. Kesetiaan penyokong PAS terhadap parti kerana kuatnya tarbiyah ke atas mereka. Mereka mengundi bukan atas calon, tetapi parti yang ingin menegakkan hukum Allah.

Di sini saja, UMNO dah kalah 1-0.

2. Media yang berat sebelah - saya teramat pelik kenapa BN tak belajar dari peristiwa 8 Mac lalu? Rakyat sekarang bukan seperti tahun 70 an, 80 an atau 90 an. Rakyat dan semakin bijak dan celik menilai. Dulu ye, apa yang TV atau suratkoba (pinjam kecek kelate) cakap, tu lah yang sahihnya. Apa pun Utusan atau TV3 cakap, semuanya diterima bulat2. Tapi sekarang tak lagi, sebab rakyat dah pandai, mereka tahu berita ni semuanya membodek kepada BN sahaja.

Berita yang tak logik langsung, yang BN ni semuanya maksum, yang PAS semuanya salah. Langsung tak seimbang, manalah rakyat nak percaya. Semuanya aktiviti BN, aktiviti PAS satu pun takde. Logik tak??Akhirnya rakyat mula melihat kepada pelbagai sumber seperti portal internet, blog dsb. Rakyat meluat dan menyampah teramat sangat dengan sikap media yang kuat mengampu dan langsung x bebas dalam menyampaikan berita. Kalah lagi 2-0

3. Perangai - kalau kita di KT, kita akan nampak penyokong mana yang baik dan mana yang tak baik (nakal la). Media akan sentiasa menggambarkan penyokong BN ni baik macam malaikat dan PAS macam setan bertanduk 2. Sedangkan hakikatnya, penyokong BN lebih gemar bersosial tanpa batasan, pakaian Puteri UMNO dan wanita ketat2, dedah sini sana, kebanyakan tak bertudung pun (kalo bertudung pun syarat je), dapat vest yang cantik2 sebab sponsor, suka terpekik terlolong, menghina PAS dengan pelbagai ungkapan sampai terlajak menghina Islam dan ulamak dan sebagainya.

Sedangkan penyokong PAS walaupun bukan semua lebih bersih, berwajah baik, berpakaian menutup aurat, mengerjakan solat dengan baik, pergaulan yang lebih terbatas dan sebagainya. Memang diakui ada jugak yang buruk perangai, tapi disebabkan mereka membawa nama PAS sebagai parti Islam, mereka segan sikitlah nak buat perangai huduh. Sedangkan UMNO membawa nama Melayu yang tidaklah disegani sangat oleh pengikutnya.

4. Membawa Ezam memburukkan PAS dan PR - mungkin bagi kebanyakan penyokong UMNO, taktik ini pastinya akan berjaya kerana orang yang pernah ada dalam PR tentunya yang paling tahu keburukan PR. So apa yang disampaikan pasti lebih dipercayai rakyat. Tetapi bagi pemerhati atau penganalisis politik, tindakan mengheret Ezam ke sana sini akan membalikkan peluru kepada UMNO itu sendiri. Kenapa ye? Kerana majoriti rakyat muak dengan kempen sebegini seolah2 UMNO tiada kekuatan sendiri sehingga terpaksa membawa bekas2 PR atau PAS berkempen untuk menghentam bekas parti mereka.

Saya lihat PAS lebih pandai dan berstrategi. PAS tidak membawa Dato Zahar Hashim berceramah untuk mengutuk UMNO. Kerana mereka tahu strategi tersebut hanya akan membuka pekung di dada PAS sendiri. Dato Zahar mungkin ada di KT untuk membantu, tapi tidak dijadikan alat oleh PAS bagi meraih kemenangan mudah

5. Politik Wang - saya bukan orang KT dan tak pasti adakah rakyat KT diberi wang untuk undi BN. Tapi semasa PRU12, Pak Mertua saya yang mengundi di Machang diberi RM400 untuk seorang orang politik. Jika BN menang akan diganda RM400 lagi. Malangnya (atau untungnya) BN kalah.

Politik wang mungkin berlaku atau tidak di KT. Dan yang dapat mungkin bukan semua, tapi ahli UMNO yang tak dapat menyokong PAS. Saya kira mereka ni tidak mahu pangkah PAS, tapi sebab x dapat duit, undilah PAS. Jumlah mereka mungkin tak ramai, tapi pasti ada.

Walaubagaimanapun rata2 rakyat KT menolak politik yang menggunakan wang untuk menarik sokongan rakyat ini. Rakyat merasakan mereka seolah2 diperbodohkan dengan cara ini.

6. Janji pembangunan yang melampau2 - BN boleh janjikan pelbagai projek untuk KT tetapi janganlah melampau sangat sampai ia sudah jadi tidak natural. Jadi rakyat nampak seolah2 BN ni hanya bagi itu dan ini semasa pilihanraya kecil, sebaik dah tamat, jenguk pun tidak lagi, projek hilang entah ke mana.

Rakyat KT bukanlah menolak pembangunan, tetapi cara BN menjanjikan pembangunan itu seolah2 rakyat KT ini boleh diperbodohkan dan materialistik. Tambahan lagi mereka lihat PR juga boleh melaksanakn pembangunan seperti BN. Tengok Kelantan, dan 18 tahun PAS perintah, masih utuh, pembangunan di sana sini.

7. Isu hudud - Khairy Jamaluddin (KJ) mungkin merasakan dialah pemuda BN yang paling bijak kerana menghangatkan kembali isu ini sebelum PRK KT. KJ mungkin fikir dengan cara ini, DAP dan PAS akan berbalah sekaligus membawa undi Cina dan Melayu kepada BN. Dari satu segi, KJ hampir berjaya. Saya akui apabila Karpal mula mengeluarkan kenyataan tidak mahu pada hudud dan dibalas balik oleh MB Kedah.

Namun apa yang KJ lupa, orang KT ini kuat jugak pegangan Islamnya. Bila isu ini banyak dipolemikkan, banyak orang UMNO yang terlepas cakap dan senada pulak dengan parti2 bukan Islam seperti MCA dan DAP yang menolak hukum Islam. UMNO pulak nampak seolah2 mempermain dan menolak hukum Islam sementara DAP (selain Karpal) kelihatan mahu bertolak ansur dalam hal ini. Sekali lagi KJ dan UMNO terjerat dengan isu yang mereka mainkan sekaligus undi Melayu majoritinya pergi kepada PAS.

8. PAS nampak lebih tenang dan steady - UMNO dan BN terus-terusan menyerang PAS melalui media massa dan jentera kerajaan seperti orang hilang akal, manakala PAS nampak steady dan tidak mudah melatah.

Imej PAS yang lebih cool dalam PRK ini memberikan kelebihan. Walaupun jumlah ceramah PAS lebih banyak dari UMNO dan BN, tetapi isi ceramah disampaikan dengan tersusun dan lebih tenang.

9. Jentera BN lambat panas - Hmm, ni dengar beritanya begitulah. Tapi realitinya saya pun tak pasti. Dengarnya sehari dua hari selepas penamaan calon, jentera BN slow sangat2 sedangkan PAS sudah rancak dengan ceramah berkelompok dan rapat umum. Ini mungkin menyumbang kepada kekalahan BN tetapi pada pendapat saya terlalu sikit.

10. Imej BN sebagai parti orang kaya - Lihat sahajalah poster BN, sepanduk2 semuanya cantik2. Siap ada orang upahan pasang lagi. Banding dengan PAS yang benderanya pun guna yang lepas2 je, pasang pun sendiri, ahli yang panjat sendiri mendatangkan simpati rakyat kepada PAS.

Ikhlas saya cakap, saya menjangkan BN akan menang dengan majoriti 2000 lebih kerana serangan mereka yang bertubi2 terhadap PAS selain janji pembangunan yang begitu banyak. Mengapa 2000 lebih, kerana saya fikir sentimen pengundi akan kembali seperti PRU 2004 yang mana BN menang besar ketika itu.

Tetapi Allah Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Ternyata PAS lebih berhak dan mendapat kepercayaan rakyat.

Tahniah kepada PAS, dan kepada BN, jangan sedih, cuba lagi next time ye.

Tuesday, January 20, 2009

Ketua jabatan dilarang hadiri mesyuarat di Perak?? Oh Hj Zahid yang angkuh

link : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090121003326/Article/index_html

"IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

NI apa ni? Apa ertinya semua ini? Jika sebelum ni pusat jugak nakkan kerjasama erat dan jitu antara negeri dan pusat. Tapi apa yang dilaungkan selama ini hanya hangat2 tahi ayam hanya untuk mendapatkan perhatian rakyat."

Mengapa Hj Zahid? Apa yang salahnya pada kerajaan negeri Perak yang dilantik rakyat? Mengapa JKKK Perak tak dikktiraf tetapi JKP Barisan Nasional yang ditolak rakyat pula yang diiktiraf? Dasar tidak tahu malu, ego, angkuh, sombong. Baru naik haji dah berlagak macam Perdana Menteri yang zalim. Saya secara peribadi mendoakan kepada Allah membalas perbuatan Zahid Hamidi yang sombong.

BN mati akal mengapa mereka kalah teruk di KT? Saya ada jawapannya, inilah jawapannya. Angkuh, sombong dan tidak mengakui pilihan dan hati nurani rakyat. Kepada Zahid, saya sebagai salah seorang penduduk Perak tidak mengiktiraf pun Barisan Nasional selagi mereka mendapat mandat rakyat di Perak. Sikap angkuh kamu wahai Zahid, pasti dibalas Allah di akhirat kelak, tunggu sahajalah Zahid.

Sunday, January 11, 2009

"HANCUR ISRAEL!!" bergema di UPSI































UPSI juga tidak ketinggalan menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas saudara Islam kita di Palestin. Namun dari riak sebahagian besar warga UPSI, tidaklah menampakkan kesedihan sangat. Macam program suka-suka je. Sepanduk pun sponsor je.

Namun hati siapa yang tahu kan..Walaupun usaha kita ini teramatlah sedikit sebenarnya, tetapi ia tetap perlu bagi menyatakan bantahan terbuka kita. Israel dengar tak dengar, itu lain cerita.. yang penting Allah dengar.

Saya lebih mudah menjangka BN


1. Jika ditanya kepada saya siapa yang bakal memenangi PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini, saya lebih mudah mengatakan BN akan menang.

2. Namun bukanlah kerana saya ini penyokong kuat / totok BN, tetapi kerana faktor semasa.

3. PAS dan PR bukan sahaja berdepan dengan BN tetapi seluruh jentera kerajaan Malaysia. Kita ambil contoh pertama, TV dan media massa.

4. Hampir kesemua media massa tanpa segan silu menghina dan mengutuk PAS di samping memberikan publisiti percuma kepada BN. Setiap hari saya tonton TV, takde langsung berita mengenai perkembangan calon PAS, semuanya dari BN dan sedikit dari Bebas. Kalau ada dari PAS pun, semuanya yang berniat memburuk-burukkan mereka sahaja.

5. Jadi kebanyakan dari pengundi dari KT ini orang kampung, tak ramai yang terdedah kepada sumber maklumat lain melainkan RTM, Tv3, Utusan dan BH sahajalah. Tidak mustahil mereka akan menerima bulat2 apa yang diputarbelitkan oleh mereka.

6. Jentera-jentera kerajaan dikerah ke KT, kakitangannya mereka diwajibkan hadir ke program2 kerajaan. Namun apabila DS Najib berucap, hampir keseluruhan ucapannya berkisar kepada kempen pilihanraya sahaja.

7. Dari itu, saya membuat ramalan yang tidak seberapa menyatakan BN akan menang. Walaupun bukan mudah tetapi BN lebih mudah menang kerana mereka ibarat pengecut tua yang diajak berlawan, tetapi lawannya diikat kaki dan tangan untuk memudahkan mereka membelasah lawan tersebut. Namun walaupun mereka main cengkelat, disebabkan lawan mereka ini bukanlah calang2, kadangkala lawan yang diikat ini masih mampu menewaskan mereka.

8. Itulah kerajaan BN yang memerintah kita pada hari ini.

Wassalam.

Amandaku kini 8 bulan































Puteri sulungku Kasih Amanda kini sudah 8 bulan. Sudah boleh mengensot, merangkak sikit dan yang paling penting sudah mula menunjukkan reaksi ke atas kita. Betullah kata pepatah, anak mampu menggembirakan sesiapa sahaja.

Sekarang ni bukan mama atau abah yang agah dia, dia pulak yang agah kita, memang comel. Amanda, semoga menjadi insan muslimah yang sejati satu hari nanti ye nak...

Wednesday, January 7, 2009

RTM - Realitinya Terus Mundur



Assalamualaikum

RTM ini adalah salah satu entiti kerajaan sama seperti hospital kerajaan, pejabat kerajaan, badan2 kerajaan dsb. Disebabkan terbangunkan semua entiti kerajaan adalah dari wang yang dipungut dari rakyat seperti cukai pendapatan, cukai jalan, saman2 dan sebagainya, maka kerajaan perlulah bersikap adil kepada SEMUA rakyat, tanpa mengira mereka menyokong BN atau Pakatan Rakyat(PR).

Saya bukanlah hendak mempolitikkan thread ini, tetapi saya lihat antara kelemahan RTM ialah pada beritanya yang berat sebelah. RTM dengan terang-terangan menyatakan sokongan terbuka kepada BN dan di samping menyatakan penentangan terbuka kepada PR. BUktinya, anda tonton sahajalah berita-berita semua dari pemimpin BN dan negeri yang diperintah BN. Banyak yang baik2 saja dan yang buruk2 tu pula cuba dicover seolah-olah ia bukan kesalahan pemimpin, tapi rakyat itu sendiri.

Di negeri2 PR pun banyak aktiviti dan banyak yang mereka sumbangkan kepada rakyat, tapi tiada satupun yang dimasukkan dalam berita. Nak kata tiada nilai berita, takkan ucapan MB Perak pada Hari Kualiti atau sumbangan MB Selangor kepada mangsa banjir (sekadar menyatakan beberapa contoh) pun tiada nilai berita. Sedangkan pemimpin BN yang mengutuk PR hanya atas khabar angin (cth penutupan tadika di Perak) pun boleh masuk berita. Hal negeri yang ditadbir PR, yang masuk berita semua yang buruk2 dan direka2, seolah2 pemimpin PR ni duduk dalam ofis tak buat kerja langsung.

Jadi inilah masalahnya. Sepatutnya sebagai sebuah badan kerajaan yang baik, mereka harus menyampaikan semua berita yang BENAR kepada rakyat baik dari BN atau PR. Kita ambil contoh hospital, ada tak tiba2 mereka halau atau hina pesakit hanya kerana mereka ahli PAS, tiada kan. Ada tak urusan di pejabat tanah dilengahkan hanya kerana mereka penyokong PKR, tiada kan. Jadi samalah jua halnya dengan RTM. RTM perlu ingat, semua rakyat membayar cukai, tak kira mereka BN atau PR. Kalau RTM dah kemaruk sangat nak mengutuk pembangkang, minta ahli BN bayar caj bulanan, buka saluran khas sendiri macam astro. Kutuklah PR puas2, tiada masalah. Tetapi RTM dengan zalim dan angkuhnya menggunakan saluran rakyat, untuk mengutuk pilihan rakyat itu sendiri.

Harapan saya agar RTM berubahlah menjadi stesen TV yang lebih telus, adil, jujur dan terbuka. Ingatlah di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah tentang amal kita, payah nak menjawab kalau kita bersikap zalim dengan orang lain, kerana dosa kita tu hanya akan diampun setelah kita minta maaf pada orang yang kita zalimi.